Saturday, May 28, 2011

Fetucini Meat Ball


Untuk makan petang baru2 ni saya buat fetucini Meat Ball ni. Resepi asalnya saya dapat dari buku senangnya memasak Chef Hanieliza hadiah dari adik saya. Tapi seperti biasa lah, saya ada tambah2 sikit mengikut citarasa dan stok yang ada. Anak sulung saya suka sangat, dia kata ‘Memang best’. Bertambah-tambah makannya. Resepi ni sebenarnya Spaghetti Meat Ball, tapi saya tukar dengan Fetucini sebab itu yang ada di dapur. Fetucini ni sebenarnya spaghetti yang dicampur dengan telur. Resepi ni senang je nak buat, tapi sedap… Nak kongsi resepi seperti yang saya buat di bawah.

Bahan2:
500gm Fetucini
400gm daging kisar
1 biji bawang besar didadu
2 ulas bawang putih dicincang
2 biji tomato di potong dadu
1 batang lobak merah di potong dadu
1 biji lada benggala di potong
½ cawan tepung jagung
2 batang sosej dihiris
1 cawan isi ayam dipotong kecil
½ tin sliced button mushroom
1 sudu makan lada hitam kisar
1 sudu makan serbuk oregano
Garam secukup rasa
1 cawan sos tomato (boleh digantikan dgn tomato masak yang dikisar)
2 sudu makan minyak masak

Cara2:
Rebus fetucini hingga lembut. Toskan.
Gaulkan daging kisar dengan tepung jagung. Bulatkan seperti bebola kecil.
Panaskan minyak, tumiskan bawang hingga wangi. Masukkan isi ayam dan sosej yang dihiris, masak sebentar.
Kemudian masukkan tomato, cendawan, lobak merah, sos tomato, serbuk oregano, serbuk lada hitam dan garam. Masukkan  bebola daging dan masak hingga bebola daging masak dan mendidih. Sekiranya air kurang boleh tambah sedikit ketika ini. Kemudian masukkan sayur-sayuran dan masak hingga kuah agak pekat. Rasakan masinnya.Kacau rata dan biarkan sehingga pecah minyak.
Bolehlah dihidangkan dengan fetucini yang telah direbus tadi.

Friday, May 27, 2011

Laksa Kuah Masak (Laksa Terengganu)

Salam bahagia semua...hari ni nak jamu laksa kuah masak ni. Ada jugak orang panggil laksa kuah merah, atau laksa terengganu. Saya kenal kuah masak ni pon sejak berada di Terengganu, sebelom tu memang tak pernah rasa. Nak letak resepinya kat sini....



Bahan2:
2  sudu cili kisar
4 biji bawang merah (dikisar)
3 biji bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
1/2 inci lengkuas(dikisar)
1 cawan santan pekat
1 cawan air
1 kilo ikan selayang (ikan kembung pon boleh) - dikisar santan
1 tongkol gula melaka
2 sudu makan kerisik
3 sudu makan rempah gulai bunga rose
2 keping asam keping
minyak masak utk menumis
garam dan gula (secukup rasa)

Cara2:
Ikan direbus dan kisar isi ikan (buang tulang). (macam buat kuah laksa yang lain jugak)
Panaskan minyak terlebih dahulu, kemudian tumiskan bahan yang dikisar sehingga naik bau dan pecah minyak
Kemudian masukkan santan, gula melaka, kerisik, asam keping, isi ikan, gula dan garam,masak sehingga kuah pecah minyak serta naik bau.Jika perlu boleh ditambah sedikit air.
Setelah siap hidangkan laksa dengan letakkan kuah, ulaman pilihan serta sambal belacan.



Thursday, May 26, 2011

Butter Bread Puding With Custard Sauce



Di rumah saya bekalan roti mesti ada, tapi kadang kala tu lambat juga habis stok nya. Untuk nak menghabiskan roti cepat sikit daripada menyenyangkan toh sampah, saya pon buatlah puding ni. Letak lak choc chip, anak2 memanglah suka, ada rasa coklat2. Sebelum2 ni saya biasa buat guna resepi dari Master Chef Sabri, tapi kali ni nak try resepi Kak Nor la pula. Nampak sedap je Kak Nor tayang sebelum ni..hehe..Kak Sheila pon dah pernah buat kan..Memang sedap, saya suka letak dlm peti sejuk..Makan sejuk2, memang best. Minta izin Kak Nor saya nak copy paste resepi kat sini, terima kasih daun keladi yer.. =)

BUTTER BREAD PUDING Dgn SOS KASTARD
resipi : K.Nor@SecubitGaram

10 - 12 kpg roti 
butter secukupnya
500ml susu fresh
4 sudu besar gula halus
3 bj telur
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar tepung jagung
sedikit kismis dan choc chip

Sapu roti dgn butter dan potong .
Susun ke dlm loyang yg dah digriskan.
Masukkan susu, gula, telur, vanila dan tepung jagung ke dalam sebuah bekas dan kacau hingga sebati.
Tuangkan adunan ni ke atas roti yg dah disusun td dan biarkan meresap lebih kurang 10 minit.
Taburkan kismis dan choc chip ke atas roti td. (kalau nk letak kismis dan choc chip ni selapis demi selapis masa menyusun roti pun boleh jugak.. terpulang la ya)
Bakar puding roti dm oven yg dah dipanaskan (175 -180C) lebih kurang 40 - 45 min atau sehingga masak.
Sejukkan seketika baru lah di potong dan dihidangkan begitu saja atau dgn sos kastard.


SOS KASTARD
resipi : K.Nor@SecubitGaram

1/2 tin susu cair
1 tin air (guna tin susu cair)
3 - 5 sudu besar gula ~ ikut kemanisan sendiri
1 sudu tepung kastard
1 sudu tepung jagung
1 helai daun pandan/1/2 sudu esen vanila
secubit garam

Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan masak lah sehingga sedikit pekat.
Hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul.
Sejukkan dan bolehlah dihidangkan bersama Puding Roti.

Wednesday, May 25, 2011

Kambing Massala


Masakan kambing ni memang kegemaran sekeluarga. Kali ni saya masak Kambing massala. Senang membuatnya, simple yet delicious. Resepi asalnya saya dapat dari buku Senangnya Memasak Chef Hanieliza, tapi saya ada tambah serba sedikit mengikut citarasa. Saya nak kongsikan di sini resepinya. Sedap di makan dengan nasi putih panas dan telur dadar.

Bahan2:
500 gram daging kambing dipotong kecil
3 biji buah keras*
3 biji Bawang besar*
3 ulas bawang putih*
4 inci halia*
(bahan bertanda* dikisar)
3 inci kulit kayu manis
3 biji pelaga
2 kuntum bunga lawang
3 biji cengkih
2 sudu makan cili kisar
2 sudu makan serbuk kari daging
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 cawan santan
2 biji kentang dipotong empat
2 biji tomato dipotong kasar
Sedikit garam dan gula secukup rasa
Semangkuk air

Cara2:
Gaulkan daging kambing bersama serbuk kari dan serbuk jintan manis, perapkan selama 30minit.
Panaskan 3 sudu minyak masak di dalam periuk, tumiskan bahan kisar berserta kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, cengkih sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar, masak sehingga cili kisar betul2 masak.
Kemudian masukkan daging yang telah diperap tadi, gaul rata dan masak hingga naik minyak. (Air daging akan keluar waktu ni).
Setelah air daging agak kering masukkan pula air, kentang dan tomato, masak sehingga semua bahan lembut. Kemudian masukkan garam,gula dan santan. Masak hingga kuah agak pekat. (kepekatan mengikut citarasa masing2) Tak ada massala masalah punya. Sedia dihidangkan dengan nasi panas. =)

Saturday, May 21, 2011

Pajeri Mangga



Salam petang Sabtu yang damai....Nampaknya hari ni cuaca amat baik. Alhamdulillah, tapi saya tak ada plan ke mana2 pon. Duduk di rumah je. Sebenarnya dah lama sangat nak mencuba Pajeri mangga ni, sebab tak pernah rasa. Akhirnya setelah berjaya angkut buah mangga muda dari rumah mak mertua baru ni, saya pon mencubalah. Sedap dan lain rasanya. Makan dengan ikan goreng atau ikan masin memang terangkat..dengan nasi panas pula..wahh..Resepi ni saya dapat dari trymasak dalam bentuk video. Saya nak kongsi kat sini resepinya.

Bahan2:
1) Mangga Muda - dibelah lebar memanjang (3 biji)
2) Air untuk melembutkan mangga (secukupnya)
3) Cili Merah - dibelah memanjang (3 biji)
4) Bawang Putih - dihiris nipis (4 ulas)
5) Bawang Besar - dihiris nipis (1 biji)
6) Halia - dihiris nipis (1 inci)
7) Udang Kering (2 sudu besar)
8) Pes Cili (1/2 cawan)
9) Kerisik (2 sudu besar)
10) Gula Perang (2 sudu besar)
11) Serbuk Kayu Manis (1/2 sudu kecil)
12) Serbuk Ketumbar (1 sudu kecil)
13) Serbuk Jintan Manis (1/2 sudu kecil)
14) Serbuk Jintan Putih (1/4 sudu kecil)
15) Serbuk Kunyit (1/2 sudu kecil)
16) Bunga Cengkih (3 kuntum)
17) Garam (sedikit)
18) Minyak (untuk menumis)

Cara2:
Tumis bawang putih serta bawang besar hingga wangi dan layu. Kemudian masukkan halia dan pes cili. Goreng hingga pecah minyak dan masukkan udang kering
 Setelah naik bau udang kering, masukkan kerisik. Kacau rata dan masukkan mangga muda.
 
 Diikuti dengan gula perang, serbuk ketumbar, serbuk kunyit, jintan putih, serbuk kayu manis, garam dan  jintan manis.
 
 Ratakan semua bahan dan curahkan air, cuka, bunga cengkih serta cili merah. Kacau rata.
 Jika air kering dan mangga belum lembut, tambahkan air.
 Pajeri mangga enak dimasak hingga mangga benar-benar lembut dan sebati bersama kuahnya.

Friday, May 20, 2011

Apple Crumble


Salam bahagia semua..lama betul saya tak mengupdate. Tak berpeluang. Kali ni baru ada chance. Kat dalam peti ais tu banyak apple yang kawan baik dari Penang datang ziarah hari tu. Jus epal dah berkali2 buat. Saya pon cari2 resepi yang guna apple ni, terjumpa lak resepi Apple Crumble ni kat umah kak Naz. Actually kat myresipi pon ada juga jumpa, tapi tengok cara2nya tu, yang Kak Naz ni lebih senang dan cepat nak disediakan. Kak Naz, saya minta izin copy dan paste resepi kat sini yer...Sedapp..terima kasih...

APPLE & DATES CRUMBLE

Bahan-bahan A :
4 biji epal (lebih sedap kalau guna epal Granny Smith)
10 biji buah kurma
1/4 cawan kismis
1 Tbsp gula pasir
1/2 biji lemon (Naz perahkan jus lemon ni sebab Naz guna epal merah) 

Cara-cara :
1. Kupas kulit epal dan hiris-hiris seperti di atas. Kalau nak potong dadu pun boleh jugak. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk.
 2. Perahkan jus lemon dan campurkan dengan kismis serta buah kurma yang dihiris-hiris.
Opssss..jangan lupa gulanya sekali. (saya letak epal dan kismis je)
 3. Gaul rata.
  4. Masukkan ke dalam bekas yang sesuai untuk memasak di dalam oven.
Ketepikan.

Bahan-bahan B (crumble) :
1 cawan tepung gandum
1/4 cawan butter pada suhu bilik
1/4 cawan gula perang
1/4 tsp serbuk kayu manis (tak nak letak pun tak apa)

Chocolate rice dan sugar ball untuk hiasan..(saya letak choc chip juga)

Cara2:

1. Satukan semua bahan kecuali bahan hiasan ke dalam sebuah mangkuk.

 2. Gaul dengan hujung jari hingga menjadi serbuk roti.
 3. Taburkan ke atas bahan A di dalam bekas pembakar tadi rata-rata. Tidak perlu ditekan-tekan atau dimampatkan.
 4. Taburkan bahan hiasan. Naz taburkan juga 1 Tbsp gula perang di permukaan crumble. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 C selama 30 minit atau sehingga keperangan.

Sumber: Kak Naz

Tuesday, May 17, 2011

Donut

Topping choc

Gebu dan lembut..sedap!!

Donut lagi, kali ni guna resepi Hasue dari Myresipi. 

Sumber : HaSue MyR

Bahan2


·                     500g Tepung Berprotein Tinggi (guna tpg gandum pun ok)- lieza buat separuh 2 cawan tepung gandum
·                     1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)-lieza guan separuh
·                     50g Marjerin - 2 sudu besar
·                     1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)- maintain
·                     2 Sudu mkn (penuh) gula pasir - 1 sudu jer
·                     2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa] -Lieza guna 1 sudubesar susu tepung
·                     1 Biji Telur- maintain
·                     1/2 Sudu Teh Garam
·                     Gula Halus atau topping kegemaran anda
·                     190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)
Cara-cara
1.            Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
2.            Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
3.            Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
4.            Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
5.            Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll,boleh la dibahagi 2. Utk resepi dan teknik membuatnya sila rujuk http://www.myresipi.com/top/detail/6526
6.            Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.
7.            Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)
8.            Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^

Sunday, May 15, 2011

Pizza

Alkisahnya mengenangkan anak2 suka makan pizza. Tapi kalau yang beli di kedai tu habis dikorek buang sayur mayur, cili2 segala. Makanya saya pon buat je la sendiri. Toppingnya saya letak apa yang ada di dapur je, sosej dan isi ayam. Roti pizza tu sangat lembut dan sedap. Saya dapat resepi dari sini. Lain kali bolehlah buat yang betul2 Pizza untuk mak dan bapak budaknya. Kali ni nak mencuba resepi doh nya tu dan ternyata boleh dibuat lagi lain kali. Nak kongsi resepi di sini, terima kasih Kak yatie yer…jasamu tetap dikenang..hihi =) memang lembut betul roti pizza tu...serius tak tipu.. =))
 Selepas di bakar...haruuumm baunyer..

Sebelum dibakar..ye ye..mmg tak bulat betul..haha..main taram je..tak sempat nak canai cantik2..

Bahan2 Doh Pizza

·                     2 cwn tepung gandum
·                     1 sk yis kering
·                     1 sb susu pekat
·                     1 sk bread improver
·                     1 sb garam
·                     1 sk minyak zaitun
·                     1 sk shortening
·                     1 cwn air suam
 
Caranye :
1.       Sediakan cwn berisi air suam...campurkan yis + susu dan kacau..biarkan seketika sehingga bancuhan spt susu masam yg kembang...
2.       Sediakan bekas, masukkan tepung,garam ,bread improver dan shorterning...uli bersama 1 cwn bancuhan air suam td..sehingga doh tidak melekat2 di tgn...( ltk sikit minyak zaitun )
3.       Biarkan sehingga doh naik 2 kali ganda dan tutup dgn kain basah/kering....
4.       Kemudian bila doh sudah kembang tumbuk2kan dan uli lg....ulangi step 3 td..dan uli lg...
5.       Setelah itu canaikan doh dan masukkan ke dlm loyang yg sudah di sapu minyak ( spy x melekat)
6.       Kemudian bolehlah diletakkan toppingnya mengikut kesukaan dan dibakar selama 20minit pada 170 darjah.

Saturday, May 14, 2011

Sardin Gulung

Salam bahagia semua kawan2. Juadah apa yer untuk keluarga hari ni? Sardin Gulung ni saya buat untuk minum petang. Anak2 saya suka betul. Mak2 mesti sukakan bila anak2 suka dengan apa yang kita sediakan. Makin bersemangat nak masak macam2 lagi. Lagi2 anak saya yang sulung tu memang sangat pandai membodek.Haha…Tapi sardin gulung ni memang best. Saya buat goreng untuk makan segera dan separuh lagi difrozenkan, boleh goreng bila2 nak makan. Sumber resepi ni dari Mamafami, minta izin tuan empunya resepi yer nak kongsi resepi di sini. Terima kasih banyak.. =)

Sardin Gulung / Sardine Roll
Sumber Nazian Nasir /
 Mamafami

Bahan Inti
1 tin kecil sardin
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 sudu besar cili kisar
1 tangkai cili merah - dicincang
gula dan garam secukup rasa

Cara-cara :
Inti : 
 
Tumis bawang putih yang ditumbuk.  Masukkan cili kisar, bawang besar yang didadu dan cili merah.  Masukkan sardin dan sosnya sekali.  Tumis sampai kering sosnya dan perasakan dengan gula dan garam.  Kacau sebati, angkat dan sejukkan dahulu.pukul ringan

Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
1 sudu teh yis mauripan
1 biji telur sejuk
2 sudu besar minyak masak
1/2 cawan air mineral sejuk
1 sudu teh garam halus
1 sudu besar gula

Pelekat :  1 sudu besar gandum + sedikit air menjadi pes pekat

Cara-cara :
1.  Larutkan yis dan gula dengan 1/2 cawan air.  Kacau rata hingga sebati dan biarkan sebentar.
2.  Masukkan tepung yang diayak ke dalam mangkuk besar.  Masukkan telur, minyak dan garam.  Gaul sebati dan tuangkan air bercampur yis sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
3.  Bahagikan doh kepada bebola kecil seberat 30gm.
4.  Gelek doh menjadi nipis dan letakkan sedikit inti di atasnya.  Gulung kemas dan letakkan sedikit pelekat di hujung supaya gulungan tidak terbuka bila di goreng.  Picitkan sedikit di hujungnya.
5.  Panaskan minyak dan goreng hingga keperangan.  Toskan dan sedia dihidang.

Monday, May 9, 2011

Yogurt Muffin Choc Chip



Salam bahagia semua..lama sungguh saya tak melawat dapur kawan2 atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan. Kali ni nak cerita muffin yang saya buat 2 hari lepas. Sangat sedap dan laku sekelip mata..hehe..anak2 sangat suka..sedar2 dah tinggal seketul je tinggal untuk abinya. Lain kali kena buat double adunan. Nak buat muffin ni senang je dan saya memang sangat suka buat muffin ni sebab tu la. Mana taknya, tengah buat, baru nak mengadukkan semua bahan2 tu dah ada suara2 kecil berbunyi-bunyi ‘nak muffin umi…nak muffin’.huh..camne nak konsentrate lelama?tak tenang tau..huhu.. Kena buat yang cepat siap je la nampaknya buat masa sekarang ni ataupon kena tunggu diorang tidur la gamaknya.Resepi ni saya skodeng kat dapur Izah, dah lama salin baru sekarang nak post sini. Tapi masa membakar muffin ni, saya tergezut jugak lah sebab dia naik macam menggunung,macam lahar nak kuar pon yer..ke memang gitu eh Izah? Haha..takpe lah, janji sedappp…lembut je, kena pulak ada choc chip dalam tu, memang tak cukup seketul lah…Minta izin yer Izah, koi CNP resepi muffin sedap aok te sini yak.. Terima kasih bebanyok la weh..            



YOGURT MUFFIN COKLAT CHIP
sumber: izahdaut

Bahan2:
1 cawan tepung 
1/3 cawan gula
1/2 sk soda bikarbonat
3/4 sk baking powder
1/4 sk garam
1 biji telur
1/2 cawan yogurt natural low fat *boleh guna jenis apapun
1/3 cawan susu segar
1/2 sk vanilla essence
2 sb butter cair
*1/2 cawan coklat chip

caranya:
Satukan tepung, baking powder, soda dan garam. Ayakkan ke dalam mangkuk yang besar. Satukan gula.Ketepikan.
Sebatikan yogurt bersama telur sehingga licin dan sebati. Kemudian masukkan susu, butter cair dan vanilla. Gaul sebati dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi.
Gaul sekadar tepung bersatu dan sendukkan terus ke dalam muffin tin. 
Bakar pada suhu 180 C selama 25 minit.

Sunday, May 8, 2011

Cinnamon Roll

Selamat Hari Ibu kepada semua ibu2 di dunia ni...Saya seperti biasa, tak ada celebrate2 pon..hihi..masak2 makan2 sendiri jer laa..best jugak tu...
Seperti biasa, ini adalah di antara resepi2 yang saya dah perap dalam waiting list untuk mencuba dan alhamdulillah, dapat juga merasa cinnamon roll nih..Resepi ni saya dapat dari kak Ida 1001resepi. Memang best dan berbaloi lah membuatnya. Anak saya yang kedua tu suka betul makan. Minta izin kak Ida, saya nak letak resepinya kat sini...Terima kasih banyak yer... =) 

Bahan-bahan;
1 cawan susu suam
2 biji telur
1/3 cawan marjerin, cairkan
4 1/2 cawan bread flour dicampur 1 sdt garam
1/2 cawan gula putih
2 1/2 sudu kecil ragi (yeast)

cara;
anda boleh menggunakan bread machine jika ada...masukkan bahan mengikut peraturan dan jenis mesen anda.

saya menggunakan cake mixer dan hook menguli roti. masukkan tepung yang telah diayak ke dalam mangkuk mixer, masuk gula dan garam pada bahagian tepi tepung. lubangkan tengah tepung. letakkan yeast ke dalam lubang tersebut. pecahkan telur.....sebiji-sebiji ke dalam tepung. tuangkan susu suam keatas yeast dan jalankan mesen anda perlahan-lahan....apabila tepung telah menjadi seketul doh, keluarkan dari mangkuk dan uli sebentar...

letak semula doh ke dalam mangkuk dan dengan tuala dapur lembab tutup hingga doh kembang (dalam 30 minit. tumbuk tengah doh sekali dan uli lagi (2,3 minit).

letak doh atas permukaan bersih yang luas, taburkan tepung keatas permukaan tersebut supaya doh tidak melekat. dengan menggunakan rolling pin gelek doh selebar dan sepanjang yang boleh (jangan koyak). saiznya hendaklah bentuk segiempat bujur.

taburkan inti sehingga rata dan memenuhi permukaan doh tersebut. mula menggulung doh seperti kita menggulung tikar, iaitu dibahagian doh yang panjang.


inti:
1 cawan gula perang lembut
2 1/2 sudu besar serbuk kayu manis
1/3 cawan butter

cara; campurkan semua bahan, ketepikan.

potong doh lebar seinchi dan susun dalam dulang pembakar yang telah dialas dengan kertas minyak. tutup dengan tuala dapur lembab hingga kembang (sekitar 20 minit) dan bakar pada suhu 180C selama 15 minit.

cream cheese frosting
1 packet cream cheese
1/4 cawan mentega
1 1/2 cawan gula icing
1/2 sdt vanila
1/2 sdt garam

pukul cream cheese dan mentega hingga kembang. masukkan vanilla dan garam. masukkan gula ising sedikit-sedikit hingga semuanya habis...ketepikan....


keluarkan cinnabon dari oven dan sapukan icing keatasnya....sedap dimakan panas...

 Baru keluar oven, sebelum ditopping..
Gebu dan sangat lembut...

Saturday, May 7, 2011

Donut Pesona


Sebenarnya dah lama saya mengidam nak buat donut, banyak versi dah saya simpan tapi resepi kali ni baru saya dapat mencuba dengan jayanya, Alhamdulillah. Mungkin resepi2 lain pon akan saya cuba juga lain kali. Donut ni saya tengok masa Mas post kat dapur dia hari tu, dah lama juga sebenarnya. Saya sempat copy resepinya nak mencuba. Bila tengok bahan2nya memang ada kat dapur, saya pon start enjin la. Menjadi, tak sangka, hehe..Anak2 saya suka sangat, tak sabar2 nak suruh saya goreng cepat. Bila makan tu berketul2. Saya buat separuh goreng untuk dimakan segera, separuh pula saya frozenkan. Tapinya lepas tu tak cukup rupanya, terpaksa masak juga yang difrozenkan tu.Tak apalah kan, janji anak2 suka dan makan banyak terutama si kakak yang agak choosy sikit makannya tu. Terima kasih kepada tuan empunya resepi serta Mas dan izinkan saya kongsikan di sini juga.

Donut Pesona
Resepi asal : Donut@myresepi.com
Bahan ( 20 biji sederhana saiz ) :

·                3 cawan tepung gandum - diayak
·                2 sudu besar gula halus
·                11 gram yis kering - 1 paket
·                2 sudu besar air
·                3/4 cawan susu cair - saya letak susu segar
·                1 biji telur
·                3 sudu besar marjerin @ mentega -Saya letak butter
·                1/2 sudu kecil garam
·                1 titik esen vanila - jika suka 
·                1 titik esen ros - jika suka -saya tak letak
·                1 1/4 sudu teh pelembut bio bostan -Saya letak bread improver

Cara membuat donut :
1.              Larutkan yis ke dalam air suam dan apabila telah rata (pekat), pindahkan ke dalam susu dan ratakan. Biarkan 2 minit.
2.              Pindahkan larutan susu-yis ke dalam mangkuk dan masukkan gula, telur, margarin, garam dan PELEMBUT BIO DONUT. Campur sehingga sebati dengan memukul atau gunakan mixer letrik. Masukkan separuh tepung dan gaulkan sekurang-kurangnya tiga puluh saat. Tambah lagi tepung baki dan uli sehingga rata (10 minit). Taburkan sedikit tepung jika perlu untuk memudahkan ulian
3.              Tutup mangkuk dan biarkan selama lebih kurang 30 minit (atau apabila ulian doh sudah berganda)
4.              Uli doh sekali lagi sehingga ulian menjadi pejal (4 atau 5 minit).
5.              Terap doh menjadi lapisan kurang sedikit dari setengah inci. Tabur sedikit tepung untuk memudahkan pengendalian doh.Gunakan pencetak doh atau ciptaan sendiri untuk menebuk doh tadi.
6.              Sapu hanya sedikit minyak pada bekas untuk mengelakkan doh melekat. Perap selama 25 minit atau apabila doh sudah naik secukupnya.
7.              Goreng pada api yang sederhana dan balikkannya dengan kerap. Goreng sehingga kuning keemasan. Sekiranya hendak dibekukan, memadai kuning pucat sahaja.