Wednesday, April 27, 2011

Talam Sagu

Nampaknya dah sampai giliran saya mencuba Talam Sagu ni, yang telah difofularkan oleh Kak Anim..hihi..Dah lama simpan resepi akhirnya dapat juga merasa. Alhamdulillah, sedap..Kanak2 di rumah ni pon suka..Sebenarnya kuih ni dah 2 hari lepas saya buat, baru sekarang dapat post dalam blog. Terima kasih Kak Anim berkongsi resepi dan juga kepada kawan2 blogger yang lain yang telah berjaya ‘membakar’ saya untuk mencuba kuih talam sagu ni..hihi..Nak letak juga resepinya di sini…

Talam Sagu
Bahan :
Bahan untuk lapisan bawah ( bersagu ) :
·                     2 cawan santan cair
·                     1 cawan sagu - dicuci dan rendam sebentar
·                     1/2 - 1 cawan gula pasir – Kak Anim letak 1 cawan-saya letak 6sudu besar je
·                     garam secukup rasa
·                     pewarna merah secukupnya
Cara membuatnya :
1.                   Sapu acuan dengan minyak dahulu. (Saya guna acuan kecil2)
2.                   Gaulkan semua bahan hingga sebati. Saya masak dulu dalam periuk dengan mengacau hingga sagu pekat dengan menggunakan api perlahan. 
3.                   Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 30 min.  Cakarkan permukaan lapisan bawah dengan garfu (tak cakar sebab pakai acuan kecil2).  Letak adunan lapisan atas.

Bahan untuk lapisan atas :
·                     3 cawan santan pekat
·                     1 cawan tepung beras
·                     1 sudu teh garam

Cara membuatnya :
1.                   Gaul semua bahan supaya rata.
2.                   Tapiskan kedalam kuali tak lekat ( non stick pan ) dan kacau sebentar atas api.
3.                   Apabila nampak pekat, tutup api dan ke tuang atas lapisan bawah tadi.
4.                   Kukus lagi selama 20 minit. 

 Nota :
·                     Sila lapik penutup pengukus dengan kain untuk mendapatkan talam yang cantik. 


9 comments:

  1. terima kaseh nurol sudi jugak mencuba kueh talam nih...ehem2..ada lagi tak tu?..dah jadi baja dah pun ya?..hehe

    ReplyDelete
  2. kak anim,
    sesama...mesti cuba sebab dah masuk list..cuma lambat je sikit..hihi..ye la kak..dah selamat semuanya..haha

    ReplyDelete
  3. wah dh ramai mencuba resepi nie.. kzura pon kena try la jugak.. ekeke..

    ReplyDelete
  4. kak zura,
    try la..tak rugi punyer..hihi..

    ReplyDelete
  5. sedap kan kuih talam ni....akak pun suka..cantik jer rupa kuih talam norul ni...

    ReplyDelete
  6. nak jugakkk.. hentak kaki.. ak jugak nak jugak.. tapi mood menalam tak sampai lagi ni

    ReplyDelete
  7. jelesnya ..ramai yg dah buat...macam Izah..mood lum ada..brg2 dah beli...kus kus....cantik

    ReplyDelete
  8. sedap kan nurol kuih talam sagu nie..mkn sejuk2 lagi sedap..

    ReplyDelete
  9. Kak Nieza,
    mmg sedap kak kuih talam ni..saya mmg gemar sagu2 nih..

    Izah,
    nak jugak ke? kena buat la..hihi..meh koi tiup fuh fuh aura menalam sampai ke KL.. =)

    Kak Nazrah,
    haa..brg2 dah beli tu..pe lg..meh saya tiup meh..hihi

    Iza Akma,
    mmg sedap..iza pon dah buat kan.. =)

    ReplyDelete