Friday, April 1, 2011

Vanilla Muffin



Salam sejahtera semua. 30 Mac lepas birthday anak sulung saya ke 4 tahun. Bermaksud pengalaman melahirkan pertama kali saya dah berlalu 4 tahun yang lepas. Tapi masih segar di ingatan memori diinduce. Anak saya ni overdue 13hari, best sangat duduk dalam perut agaknya, itu yang kena paksa tu. Bergolek2 lah dalam labor room tu hampir 9jam.Nasib baik anak kedua ni overdue 3 hari je, tak sempat la nak kena paksa..hehe..
Birthday anak saya takde party2 pon, sambut kecil2 kat rumah je, lagipun hari tu dia sekolah.Petang tu saya cuma buat muffin vanila kesukaan kakak je. Untuk lunch pula saya masakkan nasi minyak, ayam ros senang dan sayur acar mentah je. Yang penting semua orang kenyang, hehe.. Vanilla muffin ni saya jumpa resepinya di MyR, dah lama guna resepi ni, memang senang dan sedap. Saya nak kongsikan di sini resepinya, terima 
kasih kepada tuan punya resepi yer…

Bahan-bahan ( 2 dozen muffin)
8tbsp mentega dicairkan
4 cawan tepung
2 cawan gula
4 tbsp baking powder
1 tsp garam
2 biji telur
1 tbsp esen vanila
Cara2:
Gaulkan semua bahan2 hingga sebati.
Isikan adunan ke dalam bekas muffin.
Bakar selama 20minit / 180 darjah celcius.


Sumber: MyResipi


*saya buat setengah adunan je ,untuk 4 orang makan.

4 comments:

  1. salam norul
    tumpang makan mapin kat sini
    happy bday buat anak sulong norul ya.semoga menjadi anak yg soleh ya nak ya.

    ReplyDelete
  2. wkmslm kak anim,
    sila kak..hihi
    terima kasih aunty anim (anak saya kata)..Insyaallah, moga menjadi anak yg soleh..Amin

    ReplyDelete
  3. Assalam norul,
    happy belated birthday buat along ya..muffin vanila ni akak belum pernah cuba kalau norul dah selalu buat confirm sedaplah tu ya..bolehlah masuk list juga ni..

    ReplyDelete
  4. Wkmslm kak ayu,
    terima kasih yer...
    haah...bagi saya sedap..anak2 pon suka... try la.. =)

    ReplyDelete