Wednesday, December 28, 2011

Pot Chicken Rice


Salam ceria semua. Seperti biasa sebenarnya dah lama simpan resepi pot chicken rice ni. Teringat masa muda2 dulu (masa bujang)  selalu kalau pergi beli barang dapur kat Tesco Mutiara Damansara tu mesti makan kat café dia, makan Chicken claypot rice. Masa tu memang favourite nasi ni. Dah lama dah, masa tu kat Mutiara Damansara tu cuma ada Tesco ni je dengan IKEA dan Ikano Power Centre tu. The Curve memang tak nampak bayang lagi masa tu. Sekarang ni kat area tu dah padat dah..Semua ada.. Tapi claypot rice kat situ saya tak sure pulak, masih ada lagi yang dulu atau tak..dah lama tak jejak ke situ. Kali ni dah dapat resepi ni memang puas hati sangat bila buat. Husband pon suka, asyik tanya letak apa dalam nasi ni. Anak2 pula, masa saya tengah masak, dia orang tanya, ‘Ummi masak apa bau sedap ni?’..hihi..memang laku lah…Alhamdulillah…Saya jumpa resepi ni dari blog Tun qurataayun. Katanya resepi dari mamahawa dan asalnya dari trymasak. Terima kasih pada semua yer… nak kongsi kat sini pula resepinya…

Pot Chicken Rice
Resepi: trymasak
Sumber: mamahawa

Bahan2
       
200 g Beras - tun guna 1 1/2 cawan
250 ml Air- x sukat, masak mcm masak nasi biasa
200 g Isi Ayam - dipotong kasar 
4 bj Cendawan Kering - direbus & dihiris nipis - guna shiitake
1 tangkai Daun Bawang - dicincang kasar - xde stok
½ Cili Merah - dihiris nipis 
10 hiris Halia 
2 ulas Bawang Putih - dicincang 
2 sb Gula  
2 sb Sos Tiram 
1 sb Kicap Pekat 
1 sb Kicap Cair 
1 sb Minyak Bijan 
1 sb Jus Halia (saya sagat halia)
1 sb Serbuk Lada Hitam 
sedikit Garam

Cara Memasak

 
Perap ayam bersama lada hitam, garam, kicap pekat, kicap cair, sos tiram, minyak bijan, jus halia dan gula. Ketepikan.
Masak nasi bersama air secukupnya.
Tumis bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan hirisan cili, cendawan dan ayam. Kacau sebati hingga ayam empuk.
Apabila nasi masak, masukkan ayam diatasnya. Biar hingga aroma ayam sebati bersama nasi dan kuahnya kering.
Taburkan daun bawang sebelum dihidang.

4 comments:

  1. sedapnya tu tang cendawan tu kan. terliur la pulak bila tengok

    ReplyDelete
  2. Emmm...cedapnya...tetengahari dapat join makan ni best kan kan...:)

    ReplyDelete
  3. izah,
    mmg cendawan tu menjadi rebutan..hehe

    kak cek,
    sila2...hehe

    ReplyDelete