Bahan-bahan:
· 250 gm tepung gandum( lebih kurang 2 1/4 mug kecil )
· 1/2 sd teh soda bikarbonat
· 1 sd teh baking powder
*Ayak bersama ketiga2 di atas
· 200 gm creamy sweet corn dalam tin ( agak-agak lebih kurang 1/2 tin )
· 4 biji telur
· 180 gm gula ( lebih kurang 1 1/4 mug kecil )
· 200 gm butter.....cairkan & biarkan sedikit suam( ida pakai 100 gm butter+100 mls minyak sayuran....stok butter tinggal sikit )
· 2 sudu besar susu pekat
· 2 titik essen vanilla
· 1/2 sudu teh garam
· Apa-apa kekacang yang dimesin halus untuk tabur ke atas adunan kek ( ida pakai badam yang dah siap )
cara-cara:
· Panaskan oven terlebih dahulu dalam suhu 180C....selama 15 minit.
· Ayak tepung gandum bersama bahan penaik
· Pukul telur hingga betul-betul kembang dengan mixer....guna high speed
· Tambah gula & essen vanilla.....pukul lagi hingga betul-betul kembang
· Masukkan butter cair&minyak,kacau sebati.
· Masukkan pula sweet corn,garam......kacau sebati
· Masukkan bahan ayak separuh-separuh/di ayak terus ke dalam adunan separuh-separuh....kacau secara kaup balik/pukul menggunakan low speed mixer.
· Alas loyang pembakar dengan baking paper/sapu bahagian dalam tapak loyang sahaja dengan minyak/marjerin.
*Ida bakar dalam 2 loyang kecil untuk mendapatkan 2 kek yang nipis sahaja...jika loyang saiz besar,bolehla terus dibakar dalam satu loyang sahaja.
· Tuangkan adunan ke dalam loyang,taburkan kekacang kesukaan anda.
· Bakar dalam suhu 180 C/selama 35 minit jika adunan yang nipis....jika tebal,tambahkan masa sedikit lagi.
*Kek ni agak lembab2 sedikit ya....
*Selepas dikeluarkan dari oven beberapa ketika, kek ni akan mendap sedikit sebab kek ni versi kek lembab2 gitu k.
Sumber: Ida didapur
KaK Cek nak sepotong...:0
ReplyDeletekak cek,
ReplyDelete2 potong saya bagi =)
kalau bubuh jagung mmg akak suka!
ReplyDeletekak norlie,
ReplyDeletesaya pon.. =)
Sedapnyaaa..
ReplyDelete