Salam bahagia semua. Hari ni nak layan puding sagu pelangi pula. Saya memang suka yang ada sagu2 ni. Jumpa resepi kat blog Kak Yatie. Tertarik dengan rupa pelangi yang cantik tu teringin nak buat. Saya pon ikut macam kak Yatie juga ganti santan dengan susu cair, kaler je tak ada kaler kuning…hehe..Mengikut Kak Yatie, resepi ni asalnya dari Gert. Minta izin nak letak resepi kat sini dan terima kasih banyak yer.. =)
Bahan-bahan :
1 cawan biji sagu putih
1 liter air
20 gm serbuk agar-agar
11/2 cawan gula pasir
3 helai daun pandan
1 tin susu cair (400ml, boleh guna santan)
3 jenis pewarna kegemaran
Cara Membuatnya
1. Rendam biji sagu selama 2 jam. Kemudian rebus hingga biji sagu menjadi jernih.Tuangkan ke dalam tapisan dan cuci di bawah air mengalir utk membuangkan kanji dan mengelakkan ia melekat-lekat.
2. Bahagikan biji sagu kepada 6 bahagian berasingan dan warnakan 3 bahagian berbeza-beza dengan pewarna kegemaran anda. Lagi 3 bahagian sagu biarkan pada keadaan asal.
3. Dalam sebuah periuk yg lain, masukkan 1 liter air bersama serbuk agar-agar, gula dan daun pandan, masak hingga mendidih.
4. Masukkan susu cair.Kemudian tutup api
5. Cedok 200 ml larutan agar-agar dan masukkan ke dalam 1 bekas sago tanpa warna. Kacau rata dan tuang ke dalam acuan yang telah dibasahkan dengan air. Biar keras seketika dan kelar permukaan agar-agar dengan pisau.
6. Cedok 200 ml larutan agar-agar tadi dan masukkan ke dalam 1 bekas sago dengan pewarna dan kacau rata. Tuang perlahan ke atas lapisan pertama tadi. Biarkan keras seketika sebelum mengelar permukaan agar-agar dengan pisau.
7. Ulangi langkah 5 & 6 beberapa kali sehingga habis semua larutan agar-agar dan biji sago digunakan. Sejukkan di dalam peti ais...
NOTE:
Untuk setiap lapisan saya masukkan ke dalam freezer (1-2min) suhu max. Supaya puding cepat membeku
Untuk setiap lapisan saya masukkan ke dalam freezer (1-2min) suhu max. Supaya puding cepat membeku
Sumber: Kak Yatie
assalam
ReplyDeletesedap dan menarik puding sagu pelangi ni, dan boleh masuk list utk try selepas ni he he
sbnye yg ada sagu ni memang akak ni suke ...
lawa warnanya...sure sedap ni....
ReplyDeletecantik...sy pun nak wat gak...:)
ReplyDeleteKak mamasara nur,
ReplyDeletecubalah...sesuai utk penggemar sagu..
Cendana Kasih,
sedap...letak dalam freezer, makan sejuk2 lagi syok..hihi
Kunangkunang,
buatlah...senang je ni.. =)