Salam semua..semoga hari ini akan menjanjikan kebahagian buat semua. Semalam semasa berblogwalking ternampak Roti Roreng Rangup kat dapur kak Dayang. Sebelum ni dah banyak nampak menu ni kat dapur2 lain. Masa tu dah kuar mentol kat kepala dah, nak buat ni untuk minum petang. Semalam lepas jalan2 kat dapur kak Dayang tu, perasaan membuak2 untuk membuatnya, maka terhasillah menu minum petang Roti Goreng Rangup ni. Memang betul rangup lah...sedap makan panas. Memang puas hati. =) Terima kasih kepada tuan asal resepi senang dan sedap ni yer.. Saya copy paste resepi di sini, minta izin.
RESEPI ROTI GORENG RANGUP
source 1 : HaSue@myresipi.com
source 2: hanamemories.blogspot.com
Bahan-bahan
- 8 keping roti
- Serikaya - Secukupnya
- 2 cawan Tepung gandum
- 2 1/2 cawan air
- 2 sm Marjerin
- 1 sudu kecil garam dan gula(gula bkn nk bagi perasa tp nk bg kuih sdikit berkilat je)
- Sedikit pewarna kuning
Cara-cara :
- Di dalam bekas,satukan tepung bersama marjerin,garam dan gula. Bancuh dgn air(guna whisk lg senang)warnakan kuning dan ketepikan.
- Ambil 2 keping roti dan intikan dengan serikaya dan potong ikut citarasa..nak cantik buang kerak tepi pun boleh.
- Panaskan minyak di dalam kuali utk menggoreng.
- Celupkan roti td ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan. (Sy suka sedikit hangus,lg rangup!)
- Tips: Roti yg dipotong pd saiz kecil lebih menarik perhatian si manja anda.
salam ziarah,
ReplyDeletesedapnya roti goreng....
wkmslm wattie,
ReplyDeletethanks sudi singgah.. =)