Saturday, April 23, 2011

Pengat Keladi

Salam petang Sabtu yang hangat...Ke mana petang2 ni? Saya baru balik dari beli2 barang tadi. Biasalah, bila barang2 dapur dah habis stok kenalah restock untuk minggu depannya. Agak aneh, biasanya bila ke Sabasun mesti orang ramai hari2 weekend nih, tapi tadi smooth je. Bayar pon terus ke kaunter. Saja tidak memilih ke pasaraya2 yang lebih besar, kononnya nak elak dari orang yang berpusu-pusu dan beratur panjang di kaunter pembayaran. Tapi, baguslah kan tak ada lah berlama2 di Sabasun tadi. Makan apa ye petang ni? Saya nak jamu Pengat Keladi. Asalnya pengat keladi, tapi telah ditokok tambah dengan jagung dan juga lempuk durian. Jom kita tengok resepinya. Mesti semua orang pon dah tau macam mana nak buat pengat ni kan, tapi tak apalah, saya nak share sini untuk rujukan masa depan juga.(ayat biasa)..hihi..

Bahan2:
2 ketul keladi dipotong (lebih baik direbus dahulu)
1 batang jagung rebus (diambil isinya sahaja)
3 sudu besar lempuk durian
2 cawan santan
1 cawan air
1 ketul gula melaka (nisan)
sedikit garam
1 helai daun pandan (diikat)
gula secukupnya (jika nak lebih manis)

Cara2:
Masukkan santan, air, gula melaka,keladi, garam,jagung dan daun pandan di dalam periuk. Masak sehingga mendidih, sentiasa kacau supaya santan tidak berkepala. Kemudian masukkan lempuk durian dan kacau lagi. Rasakan manisnya, adjust tahap kemanisan mengikut kegemaran masing2.

4 comments:

  1. sedapnya pengat.makan petag2 gini.lama dah tak makan pengat keladi weh...

    ReplyDelete
  2. izah,
    kalo aok dekat boleh la koi anto ke semangkuk..hihi

    ReplyDelete
  3. nak jugak smangkuk..
    maklong suka sangat keladi..
    tak kira masak apa pun..

    ReplyDelete
  4. Maklong,
    kalo maklong nak 2 mangkuk pon boleh saya bg...hihi

    ReplyDelete