Saturday, May 14, 2011

Sardin Gulung

Salam bahagia semua kawan2. Juadah apa yer untuk keluarga hari ni? Sardin Gulung ni saya buat untuk minum petang. Anak2 saya suka betul. Mak2 mesti sukakan bila anak2 suka dengan apa yang kita sediakan. Makin bersemangat nak masak macam2 lagi. Lagi2 anak saya yang sulung tu memang sangat pandai membodek.Haha…Tapi sardin gulung ni memang best. Saya buat goreng untuk makan segera dan separuh lagi difrozenkan, boleh goreng bila2 nak makan. Sumber resepi ni dari Mamafami, minta izin tuan empunya resepi yer nak kongsi resepi di sini. Terima kasih banyak.. =)

Sardin Gulung / Sardine Roll
Sumber Nazian Nasir /
 Mamafami

Bahan Inti
1 tin kecil sardin
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 sudu besar cili kisar
1 tangkai cili merah - dicincang
gula dan garam secukup rasa

Cara-cara :
Inti : 
 
Tumis bawang putih yang ditumbuk.  Masukkan cili kisar, bawang besar yang didadu dan cili merah.  Masukkan sardin dan sosnya sekali.  Tumis sampai kering sosnya dan perasakan dengan gula dan garam.  Kacau sebati, angkat dan sejukkan dahulu.pukul ringan

Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
1 sudu teh yis mauripan
1 biji telur sejuk
2 sudu besar minyak masak
1/2 cawan air mineral sejuk
1 sudu teh garam halus
1 sudu besar gula

Pelekat :  1 sudu besar gandum + sedikit air menjadi pes pekat

Cara-cara :
1.  Larutkan yis dan gula dengan 1/2 cawan air.  Kacau rata hingga sebati dan biarkan sebentar.
2.  Masukkan tepung yang diayak ke dalam mangkuk besar.  Masukkan telur, minyak dan garam.  Gaul sebati dan tuangkan air bercampur yis sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
3.  Bahagikan doh kepada bebola kecil seberat 30gm.
4.  Gelek doh menjadi nipis dan letakkan sedikit inti di atasnya.  Gulung kemas dan letakkan sedikit pelekat di hujung supaya gulungan tidak terbuka bila di goreng.  Picitkan sedikit di hujungnya.
5.  Panaskan minyak dan goreng hingga keperangan.  Toskan dan sedia dihidang.

4 comments:

  1. mmm.. sedap..!!
    maklong ni mamang suka apa sahaja yang ada sardin..

    ReplyDelete
  2. Maklong,
    memang sedap..anak2 saya pon suka..

    ReplyDelete
  3. sedapnya tngk roti sardin gulung ni..yis tu bancuh dngn air sejuk juga ke....

    ReplyDelete
  4. kak Yatie,
    haah..dgn air sejuk je..
    biarkan lama sikit sampai berbuih.. =) mmg sedap kak yatie..

    ReplyDelete