Monday, September 19, 2011

Bingka Tepung Beras


Salam Hari Isnin semua... hari ni nak cerita pasal kuih putih bersih ni...Bulan lepas sebelum Ramadhan saya ada ke Ipoh, suami ada urusan kat sana, bermalam di rumah ibu saudara saya. Sarapan pagi saya telah dijamu dengan pelbagai jenis kuih termasuklah kuih bingka tepung beras ni. Saya rasa sangat sedap kuih ni. Bila dah balik ke Terengganu ni, saya pon carilah resepinya dan terjumpa di blog kak Yatie. Saya pon copy la dan try, alhamdulillah menjadi dan menepati citarasa yang saya bayangkan. =) Terima kasih kepada tuan empunya resepi,Kak Fida di myresipi dan juga kak Yatie kerana berkongsi resepi ni. Minta izin juga nak letak resepi kat sini yer... Terima kasih banyak2...(saya buat separuh adunan je)


Bahan:- (loyang 8x8x3 inci)

* 1500 ml santan (dari 2 biji kelapa) (*akak guna santan kotak 1000 ml + 500 ml air)
* 250 gm gula pasir
* 250 gm tepung beras
* 50 gm tepung Hoen Kue putih>>saya guna tpng jagung je
* 1/2 st. esen vanila
* 1 sk. garam

Cara-Cara
 
1.            Satukan kesemua bahan dan kacau hingga sebati dan ditapis.
2.            Masak adunan hingga pekat dan berkilat (hendaklah dikacau sentiasa supaya tidak berkerak).
3.            Tuangkan adunan ke dalam loyang yang beralas daun pisang atau setakat disapu minyak aje.
4.            Bakar dalam oven dengan api grill dulu hingga permukaan kuih garing sikit atau berkulit, kemudian bakar dengan api bawah hingga masak pada suhu 180C lebih kurang 30 minit. (*note - akak bakar 30 minit api atas (grill), then 30 minit api bawah sj, then 10 minit lagi api atas n bawah)
5.            Biarkan kuih benar2 sejuk baru dipotong dan dihidangkan. Kuih ni agak lembik ketika masih panas dan akan keras sedikit bila telah sejuk tapi memang lembut bila dimakan.


Sumber: Myresipi & Kak Yatie

9 comments:

  1. salam selamat hari raya
    lama betul x mkn bingka tepung beras ni teringat dulu2 zmn kecik2 selalu mak buat...kuih ni npk bersih putig..tang atas tu yg sdp garing

    ReplyDelete
  2. pandainya buat bingka...selamat hari raya dari E-na Lovely Kitchen..

    ReplyDelete
  3. wkmslm kak sheila,selamat hari raya jgk...
    mmg kuih org dulu2 ni...
    yang atas tu anak saya cop dulu..
    bawah tu maknye la kena abiskan..

    E-na,
    selamat hari raya jgk..ikut resepi, Insyaallah jadi..hihi =)

    ReplyDelete
  4. kak Sam,
    saya pon dah lm tak makan...
    bila teringin tu kena buat sendiri laa..huhu

    ReplyDelete
  5. sy pun dah try resepi yatie tu..sedap kan..mmg fav ni! :)

    ReplyDelete
  6. Del,
    mmg sedap...gembira sebab menjadi.. =)

    ReplyDelete
  7. salam Norul..sedapnya bila tgk bingka nie..nk tapau pon mesti dah habihkan...Lps dmm ni mcm2 tingin nk mkn:)

    ReplyDelete
  8. wkmslm..
    kak atie dah sihat yerr? alhamdulillah..biasalah masa demam tak lalu nak makan, dah sihat dtglah blk selera tu... =)

    ReplyDelete