Sunday, October 2, 2011

Kek Karamel


Salam semua.. Setelah ‘terbakar’ dengan entry2 kawan2 yang membuat kek karamel ni dan setelah di pok vontot oleh kak Anim hari tu maka terhasillah juga kek ni. Gembira sebab kek ni menjadi, memang follow step by step cuma saya tak letak krim of tar tar. Alhamdulillah menjadi juga. Anak sulung saya siap bagi 10bintang. Buat kaler2 gitu sukalah kanak2 kat rumah ni. Alkisahnya dah lama sebenarnya saya menyimpan resepinya, macam biasa laa…Tengok entry kak Anim aritu membuak2 lak nak mencuba.Resepi saya nak letak kat sini juga, untuk rujukan masa depan. Saya copy paste dari blog kak Ita yang step by step tu…Minta izin yer Kak Ita…terima kasih.. =)
Gula Hangus 
2 sudu besar gula pasir


Sediakan loyang 8 inc. 
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras

Bahan Karemel
1/2 tin susu cair 
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur



Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur. 

Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air 
45ml minyak masak



Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.

Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder



Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan  sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.

Merinque  
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2 (saya tak letak)



Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.

Letakkan pewarna yang anda sukai.
Kemudian tuangkan ke atas lapisan karemel tadi.
Belang- belangkan adunan
Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula  3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.

Panaskan oven terlebih dahulu. Ita (Saya juga) panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita (saya juga) tukar pada suhu 160C
Gunakan api bawah sahaja. 


Kaedah Steam Bath 
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadiLetakkan pada rak bawah dalam oven.Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.

14 comments:

  1. wahh dah sampai sini dah kek karamel ni...akak jer lum buatx2 lagi..:D

    ReplyDelete
  2. as-salam
    npk cantiklah kek karamel tu...bila kita nak buat ni..

    ReplyDelete
  3. Kak Nieza,
    tak lm lg smpai la dapur akak tu..hihi

    ady,
    buat jgn tak buat.... =)

    ReplyDelete
  4. slm norul...baru sempat terjah sini jap....thanks sudi singgah ke blog akak ye, memang2 kek ni sedap yg amat kn..ceria kaler kek norul ni

    ReplyDelete
  5. Aslmkm Norul..Alhamdulillah takde cot pun still jadi kan? hehe,..
    nnt leh try yg keremel tebal tu, guna 8 biji telur lak yer..lg puas hati makan..

    ReplyDelete
  6. wkmslm Kak Ida,
    haah..mmg saje nak bg kalerful..anak2 suka cantik2 gini.. =) mak dia pon suka...

    wkmslm Anna,
    haah..menjadi. nasib baik hihi..berdebar jgk tu..insyaallah kena kumpul telur lebih dulu nak buat versi karamel yg tebal tu..mesti lg best.. =)

    ReplyDelete
  7. wah dah sampai ke sini kek yg glemer ni...makcik dah buat tapi hasil yang agak kecewa:( insyallah akan cuba lagi..

    ReplyDelete
  8. Tak tahan dah ni. Semua irang duk buat n3 menggoda

    ReplyDelete
  9. Salam..wahhh kek ni makin ramai yang dah cuba....

    ReplyDelete
  10. Cm,
    ohh nape kecewa? takpe..try lg lain kali...gerenti jadi =)

    Kak Sam,
    kalo tak tahan kena buat niii...

    Sue @ Nenie,
    wkmslm..mmg dah ramai yg buat, saya ni buat sebab tak tahan godaan la..hihi

    ReplyDelete
  11. tahniah2...hihihi...kak,lame dok chating...hihihihi....

    ReplyDelete
  12. wani,
    ye lah..akak dah jarang online skrg.. =)

    ReplyDelete