Saturday, October 15, 2011

Red Velvet Cake


Kebelakangan ni mood nak mengekek macam berkobar2. Semua jenis kek nak cuba rasa, maka kena buatlah kalau nak rasa kan…huhu.. Resepi Kek Red Velvet ni dah lama saya simpan sebenarnya. Baru2 ni rasa nak makan kek, kebetulan birthday husband saya lak, bolehla bakar kek sebiji. Tengok dalam list resepi tu dan ternampak resepi kek Red Velvet ni, tengok bahan2 semua ada, maka terjadilah kek ni. Tapi warnanya tak berapa nak red sangat, tersilap letak kurang pulak pewarna merah tu..huhu..asalkan rasanya tetap sedap dan diterima ramai kat rumah ni, oklah… Resepi ni dapat banyak juga adunan..saya buat dapat 1biji kek sebesar loyang 22cm dan 12biji dalam bentuk cup cake. Resepinya saya dapat dari http://myhappyoven.blogspot.com. Apapun terima kasih kepada tuan empunya resepi…Minta izin copy dan paste resepi kat sini yer.. =)

BAHAN A:
2 1/2 cawan tepung superfine (all purpose flour)
1 1/2 cawan gula castor
1 sudu kecil bicarbonate of soda
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk koko (saya guna 1 sudu besar)


BAHAN B: 
1 1/2 cawan minyak sayur @ mana2 minyak makan pun bole
*1 cawan buttermilk 
2 biji telur (gred A)
1 sudu makan pewarna merah
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil esen vanilla


CARA MEMBUATNYA:
1. Ayak Bahan A bersama, ketepikan sebentar.
2. Satukan dalam mangkuk lain Bahan B, lepas itu sebatikan guna whisk.
3. Tuangkan Bahan A ke dalam Bahan B, gunakan mixer dengan medium speed, gaulkan hingga sebati.
4. Selepas tu, tuang dalam 2 loyang 9" bulat @ 1 loyang sahaja, ikut mana2 yang anda rasa mudah.
5. Oven hendaklah dipanaskan dahulu 175 darjah celcius selama 10-15 minit & barulah bakar adunan tadi pada suhu sama selama 30-35 minit atau sehingga masak ikut oven masing-masing. Bila dah masak, keluarkan dari oven & biarkan sejuk sebelum kita hias cream cheese frosting atasnya.

BUTTERMILK
1 cawan susu + 1 sudu makan cuka, biar 10 minit.


3 comments:

  1. Kek yang memenag best. Tapi tak leh buat selalu sebab lemak2 dah mula bermaharajalela

    ReplyDelete
  2. huhu...nampak org berceloteh je & resepi..gambo takleh tgk..
    tp nak tanya gak..sedap sgt tak? bnyk betul versi red velvet kan..tak tahu yg mana satau sedap..hehe..
    pastu buttermilk kalo wat guna susu cair jadi tak ek?

    ReplyDelete
  3. Kak Sam,
    betul tu...saya pon dah kena beringat skrg..makan mmg sedap..huhu

    Anna,
    sedap la bg saya n family...rasa dia lain dr yg lain...versi lain tatau lak rasa mcm mn..saya pon br sekali ni je try..hihi buttermilk tu, saya guna susu segar...kalau susu cair tak brani nak ckp la..

    ReplyDelete