Saturday, December 24, 2011

Muffin Pandan



Salam sejahtera semua. Dah lama saya tak update blog nampaknya. Kali ni baru berkesempatan. Tahap kesihatan tak berapa mengizinkan dan ada masalah internet juga..huhu.. Baru2 ni saya godek2 resepi yang dah tersimpan dalam notebook, dan ternampak resepi muffin pandan yang saya copy dari myresepi yang entah bila pon saya tak ingat. Tengok bahan2 semua ada, maka saya pon cubalah resepi ni untuk minum petang. Saya letak strawberry chips tu saje je nak menarik perhatian anak2..memang diorang suka. Sedap dan mudah disediakan muffin ni. Nak copy dan paste resepi kat sini, minta izin tuan punya resepi yani kat myresepi, terima kasih banyak2.. =)

Bahan-bahan
90g butter
70g gula halus
1 biji telur
40ml susu segar
sedikit vanila esen
110g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil pandan emulco



Cara-cara.

  • Pukul butter sehingga lembut. Kemudian masukkan gula,pukul sehingga putih.
  • Masukkan telur sikit demi sedikit. Pukul sehingga semuanya sebati.(sebelum masukkan telur ke dalam adunan,pukul dulu sikit telur tu dengan garfu. Tak perlu kembang). Kemudian masukkan esen vanila. Pukul lagi sehingga sekata.
  • Masukkan pula tepung yg telah diayak dengan baking powder ke dalam no.2 sedikit demi sedikit sebanyak 3 kali berselang seli dgn susu segar sambil di kacau. (tepung-susu-tepung-susu-tepung)
  • Bahagikan adunan kepada 2. Ambik satu bahagian adunan, masukkan pandan emulco dan kacau sehingga sebati.
  • Isikan cup muffin dengan dua adunan yang berlainan itu. Bakar selama 25-30minit dengan suhu 180C.
  • siap utk dimakan.

    Sumber: Myresipi

    No comments:

    Post a Comment