Tuesday, March 29, 2011

Custard Teacake




Salam bahagia semua…wah..dah lama saya tak hantar laporan masakan kat sini. Internet bermasalah sikit la..tapi sempat juga terjangkit virus Custard Teacake ni..agaknya saya lah orang terakhir buat cake ni, tapi tak kisah lah kan..saya tak boleh nak tengok ada custard2 ni..tambahan pula, semua bahan2 memang ada dalam stok. Terus je la buat  dan laku jugak la kat ‘kedai makan’ saya ni. Anak sulung saya kata ‘eh, kek ni ada inti la..’ tak pernah umminyer buat cake ada inti. Sebenarnya saya buat custard teacake ni dah dua hari lepas.Baru sekarang sempat nak post kat blog. Mula2 dulu ternampak custard teacake CMG kat dapur tanpa sempadan nun di Sedenak,masa tu dah berkenan dan salin resepi siap2 dah. Pastu dua hari lepas tu pulak, makin ramai ada menu ni..wahh makin membara semangat nak membuat tu..hehe..dan sekarang dah rasa dah…memang sedap, diapproved oleh Tuan Besar di rumah ni.. =) Nak share kat sini jugak resepi nya, saya copy dari rumah CMG..minta izin yer..terima kasih juga kepada tuan asal resepi ni…

BAHAN KEK :-)
125 gram mentega
1/3 cawan gula halus @ gula kastor
1 biji telur gred A
3/4 cawan teping naik sendiri (self raising flour)
1/2 cawan tepung kastard
1/2 camca teh esen vanilla

BAHAN KASTARD :-)
1 camca besar tepung kastard
1 camca besar gula kastor
2/3 cawan susu segar (mat guna 70% susu sejat IDEAL + 30% air)
15 gram mentega (kurang lebih 1 camca teh)
2 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.
  2. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat saiz 7 inci (mat guna acuan kaca macam dalam gambar). Ketepikan.
  3. Putar mentega dengan gula halus hingga berkrim, masuk telur dan putar hingga kembang. Tambah esen vanilla. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung naik sediri + tepung kastard sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.
  4. Masukkan 1/2 adunan ke dalam bekas yang telah disediakan, ratakan dan buat sedikit lubang ditengah2nya. Tuang kastard, ratakan dan tutup dengan baki adunan, ratakan dan bakar selama 30 minit atau hingga masak.
  5. Sejukkan sebelum dihidangkan. Jika suka boleh ayak gula aising atas permukaan kek sebagai penyeri...Selamat mencuba!!!
Sumber: CMG

Tuesday, March 22, 2011

PAC dah lepas...

Alhamdulillah..baru balik dari PAC di Rantau Panjang. Balik dengan membawa kaki yang sakit2 akibat berlari 2.4km dalam masa 17minit dalam hujan, lari 4 x 10, lompat spring, sits up 28kali dalam 2 minit...wahh..sangat mengaskarkan saya, haha.Semua ujian fizikal ini dilakukan di UPP (Unit Pencegahan Penyeludupan). Ini adalah the first batch untuk PAC KDRM ni. Sebelah malamnya pula, ada ujian personaliti pula menjawab 185 soalan objektif. Serius tak dapat berfikir panjang nak menjawabnya sebab dah lembik diuji fizikal siangnya. Selepas itu sahajalah masanya untuk mengarang untuk 'public speaking' keesokkan harinya di kala mata sangat ingin ditutup dan badan ingin dibaringkan. Memang sangat mencabar. Tajuk public speaking yang saya pilih dari 24 tajuk yang diberi adalah 'Website, blog and facebook'. Banyak juga lah yang saya merapu tu, hehe. Untuk hari kedua pula ada 'Case Study' dalam group yang melibatkan perbincangan diikuti presentation. Saya agak bernasib baik kerana mendapat ahli kumpulan yang mana sedang berkhidmat dan dalam proses kenaikkan pangkat. Agak banyak tips yang dia berikan kepada kami dan dengan harapan kumpulan kami (group of ten, 5 perempuan dan 5 lelaki) dapat menjadi kumpulan terbaik.Segala tingkah laku dan personaliti perserta diambil kira dan ada markahnya. Sepanjang program, makanan dan tempat tinggal disediakan, semuanya memuaskan. Apa pon, I had so much fun. Untuk hari terakhir program habis pada pukul 12tengahari. Lepas habis terus balik ke Kuala Terengganu, rindukan my babies. Baru tinggalkan 2 malam dah rindu sangat, macam manalah kalau kena tinggalkan 3bulan nanti?? huh..tak tercapai akal rasanya... What ever I believe, everything happened for a reason. Ada hikmahnya, InsyaAllah...Kat sini ada beberapa gambar yang telah di snap oleh salah seorang peserta PAC ni..bolehlah dibuat kenangan..hihi..dan jutaan terima kasih kepada husband saya yang sudi menunggu saya di sebuah hotel di rantau panjang sehingga habis program. =) 

 Selepas aktiviti 'Case Study'. Tengok, kita orang telah ditransform menjadi netballers. hihi
Dalam dewan taklimat.

p/s: teka yang mana saya...hehe

Friday, March 18, 2011

Simple Apple Pie



Salam bahagia semua, semoga hari ini dan hari2 yang mendatang menjanjikan kebahagiaan untuk kita semua insyaallah. Beberapa hari yang lepas saya buat epal pie untuk minum petang. Resepi yang saya gunakan dari CMG @ Dapur Tanpa Sempadan yang glamer tu la..memang sangat sedap dan mudah untuk disediakan. Sebenarnya resepi ni dah lama simpan baru sekarang dapat buat dan merasa. Dulu2 biasa makan kat McD apple pie ni, sekarang dah boleh buat sendiri jer..hihi.. Terima kasih yer CMG atas perkongsian resepi ni. Jadi sekarang saya nak tempek kat sini resepinya, minta izin yer CMG.

Simple Apple Pie
sumber : Dapur tanpa Sempadan

BAHAN INTI EPAL :
2 biji epal, hijau, kupas kulit, buang empulur dan dadu kecil
1/4 cawan kismis (terpulang nak guna kismis hitam atau kuning)
2 1/2 camca besar gula peerang (brown sugar)
Sedikit perahan jus lemon (1 camca teh)
50 gram mentega
1 batang kayu manis
3/4 camca besar tepung jagung
Secubit garam

BAHAN LAIN :
Puff pastry secukupnya (jenama kawan saiz 4 inci x 4 inci)
Telur + 1/2 camca teh esen vanilla, dikacau rata.

CARA MEMBUATNYA :
1.                   UNTUK INTI EPAL :- Panaskan mentega dalam periuk, kemudian goreng epal tadi bersama kismis, kulit kayu manis dan gula perang hingga sebati dan gula mencair. Masak hingga epal lembut. Tambah tepung jagung dan lemon jus, kacau hingga pekat, padam kan api dan ketepikan Bila hilang wap panas, simpan dalam peti sejuk hingga dingin dan pekat.
2.                   UNTUK SIMPLE APPLE PIE :- Ambil sekeping kulit puff pastry, kerat 2 dan satu lagi dikelar2 halus Letak inti anggaran 1 camca besar dibahagian tengah pastr yang tidak berkelar. Kemudian tutup dengan bahagia satu lagi, kemaskan dan tekan dengan garfu sekeliling puff. Buat kaedah sama untuk baki puff pastry. Sapu kuning telur pada permukaan pastry.
3.                   Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau kuning keemsan, Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.

Sumber: CMG

Monday, March 14, 2011

Ayam Masak Stew


Salam sejahtera...salam dan selawat juga kepada Rasul junjungan kita Nabi Muhamad SAW. Semoga kita akan berada dibawah naungan rahmat Allah SWT sentiasa. Peristiwa tsunami di utara Jepun bertinggian 10m iaitu bersamaan dengan tinggi bangunan 3tingkat sangat menggerunkan.Mungkin ini adalah di antara tanda-tanda akhir zaman. Semoga Allah melindungi kita. Amin.

Untuk lunch 2 hari lepas saya hanya mempunyai stok ayam dalam suku ekor saja, maka nak menyenangkan kerja, masuk sekali dengan sayur-sayuran, terhasillah ayam stew cara saya ni. Biasanya lauk2 yang ada peminat atau permintaan dari 'customer' memang akan sentiasa diulang dan diorang pon suka. Resepi saya nak sharekan di sini.

Bahan2:
1/4 ekor ayam dipotong kecil
1 biji bawang besar di potong bulat
2 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dipotong nipis
1 sudu lada hitam kisar
2 sudu tepung gandum
2 cawan air
2 batang lobak merah dipotong
bunga kobis dipotong kasar
semangkuk cendawan butang dihiris
garam secukup rasa

Cara2:
Ayam yang telah dipotong dilumurkan dengan tepung gandum tadi,ketepikan.
Panaskan 2 sudu minyak masak dan tumiskan bawang besar,bawang putih dan halia hingga kekuningan, kemudian masukkan air dan ayam tadi. Masak hingga mendidih masukkan lada hitam dan garam. Pastikan ayam benar2 masak, kemudian masukkan pula sayur-sayuran tadi. Sekiranya kuah agak pekat boleh tambahkan lagi air mengikut kepekatan kuah yang dikehendaki. Boleh juga dimasukkan lada merah.

Sunday, March 13, 2011

Roti Bakar Simple


Salam bahagia semua..tatkala dah tak ada idea sangat nak masak untuk minum petang saya pon buat menu simple ni. Idea mulanya dapat dari myresipi tapi saya buat macam laporan masakan dari Hana6877 tu je..saya bakar sampai hangus2 sikit supaya leh rasa rangup2 je..Anak2 sangat suka, sekejap je leh habis.

Saya buat versi senang, potong roti kepada 3bahagian (instead of tepi roti sahaja), sapukan mentega  dan taburkan gula. Kemudian bakar dalam oven lebih kurang 5minit pada suhu 150darjah atau sehingga roti bertukar warna keperangan.

Saturday, March 12, 2011

Pancake



Baru2 ni untuk minum petang saya buat pankek ni. Sebelom tu dah ternampak Kak Nor secubit Garam buat pankek ni tapi letak jagung. Saya buat yang plain je. Nak try resepi yang Kak Nor guna. Kebetulan tengok stok, semua ada untuk bahan2 nya tu, maka terjadilah pankek yang amat gebu dan lembut ni. Makan dengan madu, sos coklat atau susu pekat manis memang best dan mengenyangkan. Nak share resepi di sini, Kak Nor, saya minta izin copy and paste resepi di sini yer. Terima kasih. =)

PANCAKE by Hajar
sumber: K.Nor@SecubitGaram

3 sudu besar butter/majerin ~ dicairkan
1 bj telur (k.nor guna saiz A)
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula castor
1 cawan susu segar (boleh guna susu tepung yg dibancuh dgn air)
secubit garam
1 sudu besar jus lemon (optional)
isi jagung secukupnya (saya tak letak)

Campurkan kesemua bahan kecuali isi jagung dan gaul hingga sebati.
Boleh guna blender atau guna balloon whisk.
Biarkan selama 10 minit.
Masukkan sesenduk adunan ke dalam pan dan taburkan isi jagung ke atasnya.
Bila timbul buih2 dipermukaan adunan pancake tu boleh lah di balikkan pancake dan biarkan hingga pancake masak.
Angkat dan hidangkan dgn madu/sos coklat/jem. (saya makan juga dengan susu pekat)

Thursday, March 10, 2011

Moi @ Bubur Nasi




Salam petang yang dingin..
Dari pagi tadi hujan turun, petang ni renyai2 je..dingin betul..anak sulung saya pon liat betul nak bangun pagi ni ke PASTI, akibatnya lewat lah. Nasib tak ada kena denda lewat datang sekolah..hihi..Beberapa hari lepas saya ada masak bubur atau moi ni..Kalau abah saya panggil nasi moi…maksudnya bubur nasi la tu..Sedap dan mengenyangkan, makan lak dengan sambal gesek kak Hana. Dah lama tengok kawan2 blogger mencuba, ni baru saya mencuba sambal gesek makan dengan moi ni..bertambah makan..husband pon suka..hihi.. Saya nak kongsi resepi kak Hana di sini..Mintak izin yer kak Hana.Terima kasih banyakkk.. =)

RESEPI MOI @ BUBUR
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
·                     1 cawan beras
·                     4-5 cawan air
·                     1/2 keping dada ayam - potong dadu kecil
·                     1/2 kiub pati ayam @ 1sk serbuk pati ayam
·                     1 inci halia di ketuk@ hiris nipis
·                     carrot - potong dadu kecil
·                     lada sulah @ blackpepper
·                     sedikit garam
·                     Bahan sampingan (ikut pilihan): bawang goreng, daun sup@daun bawang, sambal getuk @ sambal gesek @ sambal crispy delimas, ikan bilis goreng, kacang goreng, halia goreng, daging ayam rebus hiris, kangkung goreng, telur dadar nipis etc.
Cara-cara
·                     Cuci beras dan masukkan semua bahan kecuali garam dan lada sulah@blackpepper. Masak hingga nasi menjadi bubur. Perasakan dengan garam secukup rasa dan juga serbuk lada sulah@blackpepper. Matikan api.
·                     Cedokkan ke dalam mangkuk dan taburkan dengan daun sup@daun bawang dan juga bawang goreng. Jika suka boleh tambahkan aksesori lain.

Sunday, March 6, 2011

Wish Me Luck



Salam Ahad yang terang..
Setelah lama tidak ke library Terengganu, saya pergi semula ke sana. Terpaksa buat kad ahli perpustakaan. Sebenarnya dah pernah daftar tapi kadnya dah expired dan hilang, maka kenalah bayar RM3. Kenapalah saya ke sana? Saya nak cerita sikit dengan penuh debaran..hehe..takut..tidur pon tak leh nak lena sangat (yeke?). Semalam saya dapat surat dari SPA panggilan ke PAC di Akmal Kelantan. Setelah sekian lama saya tidak melibatkan diri dengan semua ini, dan pada 20-21 Mac ni saya berada di sana. Mood nak tempek gambar makanan pon dah tak ada buat masa sekarang,tapi blogwalking sempat juga..hihi. Banyak benda yang saya kena gali dan ingat. Kena buat persiapan serba sedikit. Macam tak percaya pon ada, di kala usia tak berapa nak muda remaja lagi ni dipanggil untuk satu kursus penilaian macam tu..pasti ramai calon2 lain yang masih muda remaja..hihi..Macam2 yang saya fikirkan termasuklah apakah aktiviti2 yang bakal saya jalani kat sana nanti dan juga macam mana lah agaknya anak kecil saya (dah 2 tahun lebih sebenarnya) tidur malam tanpa saya??huhu.. Moga adik tabah (adik ke umminyer?).. Saya kena gunakan sepenuhnya masa yang ada sebelum ke Kelantan tu betul2...at least saya sudah berusaha kan kalau tak dapat pon.. Saya sangat nervous!! Doakan saya yerr....

Tuesday, March 1, 2011

Tat Telur




Salam bahagia semua. Hari ni nak cerita pasal tat telur. Saya ni memang penggemar tat telur dari dulu lagi. Dulu masa di KL balik dari kerja singgah di bakery di Ampang Park singgah beli buns atau tat telur. Masih ingat masa tu sebiji tat telur berharga RM1 dan ada masa boleh turun jadi 90sen,sekarang ni tak tahulah range harganya,masih sama ke?tak mungkin kot.. Hari tu ada nampak mimi buat tat telur ni, tengok bahan2 dan cara2 membuat macam senang je, maka tergerak lah hati nak membuatnya. Simpan resepi dah dekat seminggu barulah berkesempatan nak buat petang tadi untuk minum petang. Saya buat separuh adunan dari resepi ni. Alhamdulillah ternyata tak mengecewakan..hihi…seronok berjaya buat tat telur sendiri,walaupon rupanya tidaklah secantik orang lain buat,tapi rasanya tepat dengan citarasa saya. Minta izin Mimiey yer, saya nak copy paste resepi kat sini…

Bahan utk crust :
·                      2 cawan tepung gandum
·                     1/4 cawan gula halus
·                     1/2 teaspoon baking powder
·                     1/4 teaspoon garam
·                     1/2 cawan butter (bhgikan kpd 8 bhgn kecil2)
·                     2 biji telur 
Bahan utk filling :
·                      1 cawan susu cair
·                      4 biji telur
·                     1 cawan gula halus
·                     1 cawan air
·                     1 tbs tepung kastard
·                     ½ tsp vanilla essence

Cara-cara:
Utk buat crust : Masukkan tepung, gula, baking powder dan garam ke dlm doh mixer/food processor/guna tgn pun boleh. Sebatikan.
  Masukkan butter. Sebatikan.
Masukkan telur sebiji demi sebiji. Tunggu hingga menjadi bentuk doh.
Cara utk buat filling : Pukul gula dan telur.
 Masukkan semua (bahan filling) yg belum dimasukkan. Kacau hingga sebati.
Tekan2 doh ke dalam bekas tart/pie. Then tuang je bahan filling ke dalam acuan bekas tart yg diletakkan doh tadi.
Bakar dlm oven. linda agak2 jer temp dia. huhu. agak2 nmpk mcm dah kekuning orangean tuh masak la tuh! hihi. tunggu sejuk baru potong tau! (saya bakar 15minit pada suhu 150 darjah.)