Friday, September 30, 2011

African Marble Cake



Sebab apa African ntahle..hihi... Dapat resepi dari Myresipi... Tengok stok semua ada, maka bersilatlah di dapur kejap..saya guna pandan emulco dan sedikit pewarna hijau...tak berapa menjadi pulak marble tu...takpe, usaha lagi di lain masa.tapi kek ni sangat lembut dan sedap....hihi..nak share resepi jugak kat sini...
Terima kasih untuk tuan empunya resepi..


Bahan-bahan ( loyang 10" x 3" tinggi )
  • 250g tepung naik sendiri
  •  200g gula kastor
  •  300g telur - timbang tanpa kulit ( saya guna 5biji size B )
  •  1camb ovellate
  • 1camt baking powder
  •  2camb susu pekat
  • 50ml susu segar
  • 175g butter - cairkan
  • 1/2camb coklat/strawberry/ kopi/pandan emulco - pilih satu yang digemari
Cara-cara


1.    Pukul semua bahan kecuali butter cair dan emulco hingga pekat dan kuantitinya menjadi double.
2.  Masukkan butter cair dan kacau adunan sebati. Asingkan 3 senduk adunan. Campurkan 3 senduk dengan emulco. Tuang adunan banyak dalam loyang. Tuangkan sedikit2 adunan emulco dan corakkan atas adunan banyak.
3.    Pastikan adunan hanya separuh loyang sebab kek ni akan naik double. Bakar pada suhu 160 selama 45 minit atau sehingga masak. Setelah masak, biarkan 5 minit dalam loyang lepas tu keluarkan. Ini untuk elakkan kek jadi kecut.
Sumber: Myresipi

Wednesday, September 21, 2011

Paru Goreng


Salah satu kegemaran saya...niatnya nak buat goreng sambal. Sekali makan goreng gini je pon sekejap je dah licin...tak dapat nak diselamatkan lagi untuk sambal. Tunggu rezeki dapat paru lagi laa...nak dapat pon susah ni... Dah tinggal kenangan je laaa...huhu... Untuk resepinya tak payah la kot, senang je ni... Rebus dengan air dan sedikit garam sehingga agak2 paru dah tak liat lagi. Kemudian hiris nipis dan gaul dengan garam dan kunyit dan goreng la seperti biasa... Semua orang pon tau kan...saja je nak jot down sini, untuk rujukan masa depan.... 

Monday, September 19, 2011

Bingka Tepung Beras


Salam Hari Isnin semua... hari ni nak cerita pasal kuih putih bersih ni...Bulan lepas sebelum Ramadhan saya ada ke Ipoh, suami ada urusan kat sana, bermalam di rumah ibu saudara saya. Sarapan pagi saya telah dijamu dengan pelbagai jenis kuih termasuklah kuih bingka tepung beras ni. Saya rasa sangat sedap kuih ni. Bila dah balik ke Terengganu ni, saya pon carilah resepinya dan terjumpa di blog kak Yatie. Saya pon copy la dan try, alhamdulillah menjadi dan menepati citarasa yang saya bayangkan. =) Terima kasih kepada tuan empunya resepi,Kak Fida di myresipi dan juga kak Yatie kerana berkongsi resepi ni. Minta izin juga nak letak resepi kat sini yer... Terima kasih banyak2...(saya buat separuh adunan je)


Bahan:- (loyang 8x8x3 inci)

* 1500 ml santan (dari 2 biji kelapa) (*akak guna santan kotak 1000 ml + 500 ml air)
* 250 gm gula pasir
* 250 gm tepung beras
* 50 gm tepung Hoen Kue putih>>saya guna tpng jagung je
* 1/2 st. esen vanila
* 1 sk. garam

Cara-Cara
 
1.            Satukan kesemua bahan dan kacau hingga sebati dan ditapis.
2.            Masak adunan hingga pekat dan berkilat (hendaklah dikacau sentiasa supaya tidak berkerak).
3.            Tuangkan adunan ke dalam loyang yang beralas daun pisang atau setakat disapu minyak aje.
4.            Bakar dalam oven dengan api grill dulu hingga permukaan kuih garing sikit atau berkulit, kemudian bakar dengan api bawah hingga masak pada suhu 180C lebih kurang 30 minit. (*note - akak bakar 30 minit api atas (grill), then 30 minit api bawah sj, then 10 minit lagi api atas n bawah)
5.            Biarkan kuih benar2 sejuk baru dipotong dan dihidangkan. Kuih ni agak lembik ketika masih panas dan akan keras sedikit bila telah sejuk tapi memang lembut bila dimakan.


Sumber: Myresipi & Kak Yatie

Friday, September 16, 2011

Agar-agar Lumut


Salam Hari Malaysia semua..dan salam hari Jumaat juga...baru-baru ni saya dok belek2 resepi yang telah disimpan dlm folder resepi saya dan ternampak resepi agar-agar ni. Tekak lak terasa nak makan something yang manis dan ala2 pencuci mulut untuk minum petang. Melihatkan barang2 semua ada di dalam stok, maka terhasilah agar2 ni. Resepi nya saya copy dari myresepi.

Bahan2:
·         7gm agar-agar strip
·         850ml air + pewarna hijau
·         1 gelas gula
·         1 biji telur + sedikit pewarna hijau - pukul sedikit
·         200ml air + 2-3 helai daun pandan - potong, blend, perah jusnya atau sedikit pandan paste
·         sedikit garam

Cara-cara
1.   
Rebus agara-agar bersama 850ml air hingga larut, masukkan gula masak hingga gula cair, letakkan pula pewarna hijau, taburkan garam kacau rata hingga mendidih.
2.   Masukan air jus daun pandan, didihkan seketika, tuangkan telur sedikit demi sedikit kacau denga pemukul telur supaya rupanya cantik seakan berlumut dan tidak berketul, tujuannya bagi mencantikkan lagi rupanya, tutup api, tuang dalam dulang, bekukan, potong, hidangkan

Thursday, September 15, 2011

Jantung Masak Kunyit



Salam rindu semua.. dah lama sangat tak mengupdate dapurkecilnorul ni, atas beberapa sebab yang sangat tidak mengizinkan. Dalam hati tu rindu sangat nak aktif macam dulu2, dan dengan harapan lepas ni dapat jugalah mengaktifkan diri walaupon tak dapat seaktif dulu..huhu.. Macam mana raya kawan2 semua tahun ni? Saya alhamdulillah, seronok sebab dah lama tak balik ke Pahang dapat habiskan 2 minggu kat sana, oklah tu kan, siap gi mandi manda kat air terjun lagi..hihi..
Baru-baru ni time raya macam biasa lah, ayah saya jual daging dan beberapa ekor lembu pun tumbang. Dapat lah merasa perut lembu muda, jantung, hati,paru yang setelah dibahagi2 sesama sedara mara yang ada kat Pahang tu, dapat lah di bawa balik ke rumah masing2 sorang sikit. Jantung tu saya dapat sebelah je maka terhasillah jantung masak kunyit ni. Resepi macam masak kunyit biasa je, tapi saya rebus dulu jantung tu.

Bahan2:
Jantung lembu sebelah
3 biji cili padi (diketuk)
1 biji bawang besar (dihiris bulat)
2 ulas bawang putih (dihiris)
½ inci halia (dihiris)
½ sudu kunyit serbuk
1 sudu makan sos tiram
Sedikit garam

Cara2:
Jantung lembu direbus hingga nampak jantung sedikit kecut. Kemudian jantung dihiris nipis dan digaulkan dengan garam dan kunyit.
Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang putih, bawang besar, halia dan cili padi. Bila dah kekuningan masukkan sos tiram dan jantung tadi. Masukkan sedikit air jika nampak terlalu kering dan gaulkan hingga masak.