Saturday, April 30, 2011

Ikan Pedas Bunga Kantan

Salam Sabtu yang terang benderang..Apa khabar semua hari ni? Di harapkan semua kawan2 beroleh kesihatan selalu..Yang mana tak berapa sihat tu, jangan lupa makan ubat dan berehatlah secukupnya. Saya pon kalau time panas2 terik macam sekarang ni, selalu juga sakit kepala sampai terpaksa telan paracetamol 2 biji. Oklah, hari ni saya nak cerita pasal menu lunch, Ikan Pedas Bunga Kantan. Sedap dan memang lain rasanya. Makan dengan nasi panas memang ngam, bertambah nasi..confirm..hihi.. Resepi ni saya dapat dari blog Kak Yatie . Terima kasih Kak Yatie atas perkongsian. Minta izin nak share resepi tu kat sini yer...


Bahan-Bahan
·                     5 ekor ikan mata besar/ apa2 jenis ikan kegemaran
·                     1 btg serai- diketuk
·                     2 kuntum bunga kantan- di belah 2
·                     2 biji buah tomato- di belah 4
·                     2 cwn santan pekat
·                     1 cwn air
·                     1 keping asam keping
·                     garam dan sedikit gula
·                     sedikit serbuk kunyit utk mengoreng ikan
·                     minyak secukupnya
Bahan dikisar
·                     10 biji cili padi merah atau lebih
·                     1 biji bawang besar
·                     3 ulas bawang putih
·                     1 inci kunyit hidup
·                     1 inci halia
·                     sedikit belacan
Cara-Cara
1.            Ikan di bersihkan, cuci dan toskan. Lumurkan sedikit garam dan serbuk kunyit.
2.            Goreng ikan separuh masak atau embal2....setelah masak, ketepikan dulu.
3.            Panaskan sedikit minyak dlm kuali. Tumiskan bahan2 kisar dan masukkan serai, tumiskan sehingga naik bau.
4.            Masukkan air, santan, asam keping, garam dan sedikit gula. Kacau lagi dan masukkan bunga kantan yg telah di belah 2.
5.            Masukkan ikan dan kacau lagi sehingga kuah mesra dngn ikan..... biarkan kuah mendidih.
6.            Masukkan buah tomato yg telah di belah 4...kacau lagi dan perasakan.
7.            Sekiranya dah ok, matikan api dan bolehlah diangkat dan di hidangkan.

Friday, April 29, 2011

Kerutup Ayam Kampung

Salam petang Jumaat yang penuh berkat... Nampaknya cuaca hari ni di Kuala Terengganu terang sangat. Kain baju yang dijemur pagi tadi pon dah kering dan siap berlipat. Alhamdulillah, settle satu task. Kot2 petang ni leh tengok Royal Wedding tuh..hihi..Makan apa ye lunch hari ni? Saya ada masak Kerutup Ayam Kampung ni. Resepi saya ikut kat belakang paket serbuk rempah kerutup cap Adabi. Alhamdulillah menjadi dan sedap...Saya nak letak resepi kat sini lebih kurang macam yang kat paket yang dah selamat masuk tong sampah..

Bahan2:
1 ekor ayam kampung dipotong kecil
1 batang serai diketuk
2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
Bahan bertanda * dikisar
2 ulas bawang putih diketuk
2 sudu besar kerisik
1 mangkuk santan
1/2 sudu pes asam jawa
1 mangkuk air
1 paket rempah kerutup ayam/daging cap Adabi
1 biji lada merah dipotong empat (tak putus)(nak lebih pon takpe)
garam dan gula merah secukup rasa

Cara2:
Satukan bahan2 kisar bersama rempah kerutup dengan sedikit air dijadikan pes. Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam periuk kemudian masukkan bawang putih yang diketuk bersama serai yang diketuk. Apabila naik bau masukkan pes rempah tadi dan masak sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan air, santan, kerisik,ayam,pes asam jawa, garam dan gula merah secukup rasa. Masak sehingga ayam betul2 empuk. Sekiranya kuahnya agak pekat, bolehlah tambahkan sedikit air lagi mengikut kepekatan kuah yang dikehendaki.

*saya biasa memang kena masak berkuah lebih sikit sebab ahli keluarga suka masakan berkuah..tapi jangan risau, kerutup ayam ni memang kuah nya agak pekat.
*kuahnya juga sedap dicicah dengan roti.

Thursday, April 28, 2011

Puri Kentang


Selamat malam semua, yelah dah malam dah tapi nak cerita pasal menu minum petang. Mudah disediakan dan sedap. Kegemaran anak2..Resepi saya dapat dari myresipi. Terima kasih kepada tuan punya resepi, Kak Fida. Minta izin saya copy resepinya dan paste di sini yer..

Bahan-bahan ( 8 keping )
  • 125 g kentang - rebus empuk dan lecek halus
  • 120 g tepung gandum (1 cawan rata)
  •  1 sk garam
  • 50 ml air hangat (10 sb)
  •  secukup minyak masak untuk goreng terendam

Cara-cara
1.       Kentang lecek dicampur dgn tepung dan garam dan digaul rata.Tuang air hangat sedikit2 ke dlm adunan kentang dan uli hingga tak lekat ditangan.Tambah tepung jika adunan terlembik.Tutup dgn plastik atau kain lembap dan perap 30 min.
2.       Doh di bahagi 8 dan dibulat2kan menjadi bebola kecil.
3.       Canai bebola doh tadi sebesar tapak tangan,buat hingga habis dan dibiarkan 10 min. sementara minyak dipanaskan di dalam kuali.
4.       Goreng doh yg dicanai sekeping2 dlm minyak terendam.Sambil dibalik2kan dan disiram2kan minyak pd kedua2 belah puri.
5.       Goreng puri hingga kecoklatan,angkat dan toskan minyaknya.
6.       Siap untuk disajikan.

*boleh di makan dengan sambal ikan bilis, kari atau pon di makan begitu saja pon dah sedap.

Sumber : Myresipi

Bingka Tepung

Salam Khamis yang terang semua..Kuih bingka tepung ni biasa saya buat untuk minum petang atau sarapan juga. Senang je nak buat dan bahan2 pon simple je. Saya nak kongsi resepi kat sini...
Yang ni dalam loyang lagi...hihi..


Bahan2:
2 biji telur
1 cawan tepung gandum
1/3 cawan tepung jagung
1 sudu kecil garam
1 cawan gula
2 cawan santan
2-3 titik pewarna hijau

Cara2:
Masukkan semua bahan2 di dalam blender / mixer dan sebatikan.
Kemudian masukkan ke dalam acuan yang telah di greased kan dengan mentega.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan 180 darjah selama 30minit.

Award dari Fie dan segmen jom berkenalan

Wahh..dah lama simpan,  baru sekarang dapat gantung kat sini.. Award ni dari Fie untuk semua follower nya. Terima kasih Fie...Salam Ukhwah juga.. =)


Yang ni pulak segmen jom berkenalan...
Sementara saya ada masa sikit ni, bolehlah menjawab tag dari Fie ni..dah lama nak buat tak berkesempatan. Terima kasih Fie sebab nak kenalan ngan saya..ahakss..meh saya nak jawab soalan pulak...

Apakah status anda?
Seorang isteri, ibu kepada sepasang cahaya mata, anak kepada abah saya yang jauh nun di Pahang, (mak dah meninggal 7tahun lepas..Al-Fatihah).

Ceritakan tentang diri anda.
Saya seorang yang biasa2...just a plain Jane.. tak ada yang istimewa pon..hihi..dan sedang memperbaiki diri lagi dari segala aspek.

Cerita tentang blog anda.
Sebenarnya saya dah berblogging dari tahun 2006 lagi selepas kawin. Tapi terlampau carca marba. Awal tahun ni baru saya terfikir nak buat blog yang lebih banyak pasal makanan dan resepi disamping cerita2 sampingan la. Besides, saya suka juga nak berkenalan dengan blogger2 lain..Seronok berkawan2 di sini.

Apa pandangan anda terhadap dunia blog?
Pendapat saya, dunia blog ni bagus sebenarnya. Depend pada intention masing2 la kan. Saya suka sebab boleh belajar dan mencuba resepi2 baru, bertukar2 pandangan dan dapat kawan2 baru. Selagi niat kita ikhlas, Insyaallah ianya akan memberikan kita kebaikan. 

Nasihat anda pada rakan-rakan yang baru nak buat blog..
Tak pandai nak bagi nasihat, tapi sesiapa kawan2 yang baru nak buat blog tu, go on.. and enjoy it.. =)

Nyatakan keunikkan yang ada pada blog anda.
Tak ada apa yang unik pon..biasa je.. hihi

Sampai bila hendak menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?
Insyaallah selagi ada mood untuk berblog dan ada capaian internet. Impian, moga dapat terus berblog sampai bila2.

Tag rakan2 anda yang anda nak kenal sangat.
Ramai sangat yang saya nak kenal. Oklah, kepada sesiapa yang membaca entry ni, sila lah kalau sudi dan berkesempatan nak jawab tag, silakan yer. Jangan memalu.. =)

Wednesday, April 27, 2011

Talam Sagu

Nampaknya dah sampai giliran saya mencuba Talam Sagu ni, yang telah difofularkan oleh Kak Anim..hihi..Dah lama simpan resepi akhirnya dapat juga merasa. Alhamdulillah, sedap..Kanak2 di rumah ni pon suka..Sebenarnya kuih ni dah 2 hari lepas saya buat, baru sekarang dapat post dalam blog. Terima kasih Kak Anim berkongsi resepi dan juga kepada kawan2 blogger yang lain yang telah berjaya ‘membakar’ saya untuk mencuba kuih talam sagu ni..hihi..Nak letak juga resepinya di sini…

Talam Sagu
Bahan :
Bahan untuk lapisan bawah ( bersagu ) :
·                     2 cawan santan cair
·                     1 cawan sagu - dicuci dan rendam sebentar
·                     1/2 - 1 cawan gula pasir – Kak Anim letak 1 cawan-saya letak 6sudu besar je
·                     garam secukup rasa
·                     pewarna merah secukupnya
Cara membuatnya :
1.                   Sapu acuan dengan minyak dahulu. (Saya guna acuan kecil2)
2.                   Gaulkan semua bahan hingga sebati. Saya masak dulu dalam periuk dengan mengacau hingga sagu pekat dengan menggunakan api perlahan. 
3.                   Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 30 min.  Cakarkan permukaan lapisan bawah dengan garfu (tak cakar sebab pakai acuan kecil2).  Letak adunan lapisan atas.

Bahan untuk lapisan atas :
·                     3 cawan santan pekat
·                     1 cawan tepung beras
·                     1 sudu teh garam

Cara membuatnya :
1.                   Gaul semua bahan supaya rata.
2.                   Tapiskan kedalam kuali tak lekat ( non stick pan ) dan kacau sebentar atas api.
3.                   Apabila nampak pekat, tutup api dan ke tuang atas lapisan bawah tadi.
4.                   Kukus lagi selama 20 minit. 

 Nota :
·                     Sila lapik penutup pengukus dengan kain untuk mendapatkan talam yang cantik. 


Super Moist Eggless Chocolate Cup Cake


Salam bahagia semua. Ni akibat tak tahan menengok entry2 rakan2 blogger yang pernah buat cake ni, akhirnya saya terjebak juga dan saya buat versi cup cake. Dah lama simpan resepi (sounds cliché), tiba2 di suatu petang tatkala berfikir2 nak masak apa untuk minum petang, maka browse2 and lastly terlekat kat resepi choc cake ni. Tengok bahan2, check2 stok semua ada. Maka di kala kedua2 putera dan puteri tengah tidur, dapatlah saya menggodek kek nih. Wahh..bila dah masak,tak sabar nak merasa. Bila dah rasa, seronoknya saya..haha..sebab sedapppnyerr kek nih…Gumbira sungguh..Tak sabar nak suruh putera dan puteri bangun berkongsi kesedapan kek ni. (biasalah anak2 terpaksa lah melayan kerenah umminya ni kan). Moist sungguh, lembut je. Terima kasih Kak Dayang berkongsi resepi choc cake yang mabeles ni,saya copy resepi ni dari dapur Kak Nor akbiat tergoda dengan ayat ‘baek’ punyer dari Kak Nor dalam tu lah..hihi..Nak letak resepinya di sini, minta izin yer kak Dayang dan Kak Nor...Terima kasih banyak2.. =)

SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE
resepi : 
DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com
sumber: 
K.Nor@SecubitGaram


Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang)(Saya guna Van Houten)
2 sudu besar susu tepung (saya letak susu tepung perisa koko)
1 1/4 cawan air sejuk (air sejuk dari peti ais/k.nor letak ais dlm air dan biarkan ais cair)(saya pon)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
1 sudu kecil cuka atau jus lemon (saya letak cuka)

Cara-cara :
Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

Sunday, April 24, 2011

Cucur Pisang



Pisang emas di bawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi di bawa mati..

Salam hujung minggu untuk mereka2 yang di luar Kedah, Terengganu dan Kelantan. Koner weh cuti ni? Kalau di Terengganu ni, hari bekerja dan sekolah. Pagi2 tadi dah menghantar anak sulung saya ke PASTI, tapi tak ada orang. Tiba2 ada orang jerit2 kat saya.. 'Dok skoloh arinin'...Rupanya pakcik yang jual makanan pagi guna basikal tu yang jerit kat saya dari seberang jalan. Lalu saya pon membalas jeritan beliau (aiseh), 'Bakpe?'..dan pakcik tu membalas 'Dop tahu gok, skoloh ada sukang gamok'. Ohh wohh..kenapa aku tidak ketahuan nih? Hari ni anak saya tu bermood baik nak ke sekolah, dah tak sekolah pulak. Haha..Ntah2 dah di bagitau kat anak saya, tapi biasalah kanak2, baru 4 tahun..tak pasti apa dah berlaku sebenarnya. Khamis minggu lepas pon balik sekolah, abinya yang ambil. Tapi abinya kata cikgu pesan nak salinan surat beranak je, tak ada pulak kata Ahad depan tak sekolah. Huhu..makanya patah balik lah ke rumah..sambung tengok katun lak kat rumah..huhu..Ok2..dah habis bab tu..nak cerita pasal pantun di atas pulak. Sebenarnya bukan cerita pantun tapi cerita Cucur Pisang ni, saya buat guna pisang emas. Seperti biasa nak letak resepinya kat sini...

Bahan2:
6-7 biji pisang emas masak dilecek dengan garfu
1 1/2 cawan tepung gandum
1/4 sudu soda bikarbonat
air secukupnya
3 sudu gula
secubit garam

Cara2:
Gaulkan semua bahan2 di dalam mangkuk sehingga sebati. Tambahkan air untuk mendapatkan adunan yang baik (tidak terlalu pekat atau cair).Kemudian di perap selama lebih kurang 30minit, barulah digoreng dalam minyak yang panas. Cucur akan lembut walaupon telah sejuk.

Saturday, April 23, 2011

Pengat Keladi

Salam petang Sabtu yang hangat...Ke mana petang2 ni? Saya baru balik dari beli2 barang tadi. Biasalah, bila barang2 dapur dah habis stok kenalah restock untuk minggu depannya. Agak aneh, biasanya bila ke Sabasun mesti orang ramai hari2 weekend nih, tapi tadi smooth je. Bayar pon terus ke kaunter. Saja tidak memilih ke pasaraya2 yang lebih besar, kononnya nak elak dari orang yang berpusu-pusu dan beratur panjang di kaunter pembayaran. Tapi, baguslah kan tak ada lah berlama2 di Sabasun tadi. Makan apa ye petang ni? Saya nak jamu Pengat Keladi. Asalnya pengat keladi, tapi telah ditokok tambah dengan jagung dan juga lempuk durian. Jom kita tengok resepinya. Mesti semua orang pon dah tau macam mana nak buat pengat ni kan, tapi tak apalah, saya nak share sini untuk rujukan masa depan juga.(ayat biasa)..hihi..

Bahan2:
2 ketul keladi dipotong (lebih baik direbus dahulu)
1 batang jagung rebus (diambil isinya sahaja)
3 sudu besar lempuk durian
2 cawan santan
1 cawan air
1 ketul gula melaka (nisan)
sedikit garam
1 helai daun pandan (diikat)
gula secukupnya (jika nak lebih manis)

Cara2:
Masukkan santan, air, gula melaka,keladi, garam,jagung dan daun pandan di dalam periuk. Masak sehingga mendidih, sentiasa kacau supaya santan tidak berkepala. Kemudian masukkan lempuk durian dan kacau lagi. Rasakan manisnya, adjust tahap kemanisan mengikut kegemaran masing2.

Friday, April 22, 2011

Ikan Goreng Dalam Sos Daun Limau Purut

Salam ceria semua..apa khabar hari ni? Moga semuanya diberikan Allah SWT kesihatan yang baik. Hari ni saya nak cerita pasal satu resepi yang baru saya cuba. Resepi ni hasil godekkan  di dapur Kak Nor Secubit Garam (lagi). Wahh..tak sangka, masakan ni memang sangat sedap dan lain dari yang lain. Aroma daun limau purut tu memang sangat harum dan membangkitkan selera. Menurut Kak Nor ni resepi masakan Thai. Limau purut kan macam sinonim je ngan masakan Thai ni.. Tapi kali ni saya guna ikan biasa je (tatau nama ikan), yang ada dalam freezer. Lain kali boleh try ngan ikan besar2 macam siakap ke..wahh..mesti lagi sedap.. Saya nak share kat sini resepi tu dan untuk rujukan masa depan juga, minta izin yer Kak Nor.. Terima kasih banyak2.. =)



IKAN GORENG DALAM SOS DAUN LIMAU PURUT
sumber : K.Nor@SecubitGaram
Bahan:
2 ekor ikan bawa/talapia
1/4 cawan tepung serbaguna
2 helai daun limau purut ~ hiris halus dan digoreng garing, toskan
minyak utk menggoreng

Bersihkan ikan dan keringkan.
Salut dgn tepung(kering) dan goreng hingga keemasan.
Hidang atas pinggan dan tuangkan sos daun limau purut keatasnya.
Taburkan daun limau purut yg dah digoreng atas ikan.

Utk Sos :
5 ulas bawang putih ~ dicincang
3 ulas bawang merah ~ dicincang
5 bj cili padi hijau ~ diicincang
5 bj cili padi merah ~ dicincang
3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
3 sudu besar sos tiram
1/4 cawan cuka
3 sudu besar sos ikan
2 - 3 sudu besar gula
garam secukup rasa
1/2 cawan stok ayam ~ k.nor guna air biasa dan 1/2 kiub stok ayam (saya pon)
1 sudu kecil tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit air
minyak
Cara2:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili hingga wangi.
Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali bancuhan tepung jagung.
Masak hingga mendidih.
Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan sehingga sos menjadi sedikit pekat.
Tuangkan atas ikan dan tabur dgn daun limau purut yg dah digoreng.



*saya guna cili merah hiris..tak boleh pedas sangat, anak2 tak makan pedas.. =)

Thursday, April 21, 2011

Puding Karamel Tanpa Telur

Salam bahagia semua...Moga2 hari ini dan hari2 yang mendatang lebih mematangkan kita...Meh rapat, meh rapat.. Ni nak cerita pasal Puding Karamel tanpa telur. Sesuai la untuk mereka2 yang alergi pada telur dan juga vegetarian. Sebelum ni selalu buat pon karamel yang guna telur banyak tu. Kali ni nak try yang tanpa telur pulak. Sedap, kanak2 kat rumah ni suka..sebab dia macam lembut je kan..manis2 gitu. Letak dalam peti, bila makan sejuk je tekak. Saya dah lama simpan resepi ni sebenarnya, biasalah kan...hihi..saya dapat resepi ni kat Myresipi. Terima kasih kepada tuan punya resepi Firasyira, minta izin nak kongsi kat sini yer.. =)


Bahan-bahan ( 10 orang )

A) 2 senduk gula
B) 1 bungkus agar-agar serbuk
4 cawan air
2 1/2 senduk gula
C) 1 tin susu cair(lebih kurang 400g)
2 sudu makan tepung kastard
1 sudu vanilla
(Campur sebati semua bahan C)
Yang telah dipotong sedia untuk di makan... =)
Cara-cara
  1. Hanguskan gula cam buat karamel utk puding karamel yang lain gak...biasanya saya hanguskan gula terus atas acuan,bila da kaler emas tuang air sikit..pastu ketepikan..
  2. Dalam periuk didihkan bahan b. kecilkan api kemudian masukkan bahan c. kacau rata selama lebih kurang 3 minitn @ sehingga adunan sedikit likat dan pekat. Matikan api, tuang adunan dalam acuan yang berisi gula hangus.
  3. Bekukan sebentar, dan hidang. (lebih sedap dihidang sejuk-sejuk).

Wednesday, April 20, 2011

Ikan kekek dengan sambal bunga kantan

Salam Rabu yang terang. Dah makan tengahari ke semua? Saya baru je siap masak untuk tengahari. Kali ni teringin nak cuba resepi sambal bunga kantan ni, memandangkan ada bunga kantan kat rumah ni, bolehlah mencuba. Tapi saya guna ikan kekek 2 ekor. Seekor tu besarnya adalah sebesar tapak tangan atau pon besar sikit la.hihi.. Saya nampak resepi ni di dapur Kak Nor, tapi Kak Nor guna ikan Talapia..Tak pe la kan, saya guna ikan yang ada je la..hihi.. Memang ada kelainan sambal ni, ada rasa bunga kantan,serai...memang sedap lah...makan dengan nasi panas2..wahh.. Minta izin yer Kak Nor, saya copy paste resepi kat  dapur saya ni lak yer..untuk rujukan di masa depan dan berkongsi dengan kawan2 yang lain juga.. Terima kasih daun keladi..hihi.. 


IKAN RANGUP DGN SAMBAL BUNGA KANTAN
resipi : AlongRoz
sumber : K.Nor@SecubitGaram
BAHAN2:
1 ekor Ikan (+/- 1 kg berat) ~ k.nor guna ikan talapia
Tpg Jagung
Cili Padi* (Nak pedas bubuh banyak)
2 biji Cili Merah*
2 biji Cili Hijau*
1/2 biji Bwg Besar*
2 ulas Bwg Putih*
1 btg Serai*
1 btg Bunga Kantan* (* blender)
1 Tomato - potong2
1/2 biji Bwg Besar - hiris
1 biji Limau Kasturi
Garam


CARA2:
1. Kelar2 ikan seperti dlm gambar di atas (sila refer pd gambar di link AlongRoz)
Ratakan garam atas ikan.
Golekkan ikan atas tpg jagung & goreng dlm kuali yg tak melekat.
Lihat gambar di atas - jgn guna minyak terlampau banyak utk mendapatkan ikn yg rangup.
Jgn alihkan ikan sehingga betul2 rangup utk mengelakkan ikan pecah.
Alihkan ikan & masak bahagian yg sebelah lagi.
Hidangkan dlm pinggan.

2. Panaskan minyak & tumis bhn2 yg de blender.
Masukkan garam, bwg hiris & tomato.(saya tak letak)
Masak sebentar sehingga bwg layu.
Hidangkan sebelah ikan goreng tadi dgn hirisan limau.

Tuesday, April 19, 2011

Roti Paun Nekma


Di Terengganu ni senang nak dapat roti paun ni. Peniaga2 makanan sarapan yang menjaja makanan dengan motorsikal pon ada bawak biasanya. Sebungkus dalam RM2.50 juga lah harganya.Roti ni memang lembut je, best..Anak2 saya pon suka, biasanya sebungkus tu boleh habis sekali hadap jer..cicah pulak dengan teh o panas..memang sedap dan kenyang. Resepi ni dah lama saya intai2 di myresipi, tapi baru sekarang berkesempatan nak cuba.Seronok saya buat eksperimen kali ni. Jakun sikit, first time buat roti..Roti2 yang lain pon banyak dalam list, Cuma tak sempat lagi nak gi sambar tepung roti..haih..bila la nak menjejak ke kedai baking nih…huhu…  Gambar atas ni sebelum di bakar, dah kembang..

Yang ni pulak selepas dibakar...
Yang ni pulak yang seketul je untuk si kakak...
Nak kongsi resepi kat sini... Minta izin yer meow..katanya resepi mak mertua dia..

Bahan-bahan ( 2-3 loyang sederhana )
·         1 sudu kecil yis kalau nk cepat naik taruk 2- 21/2 sudu kecil.

·         1cawan air suam
·         ½ cawan gula
·         ½ cawan marjerin/butter
·         Tepung gandum bergantung di taruk masa menguli.
·         sedikit minyak utk dilenserkan diatas roti

Cara-cara
  1.  1 cawan air suam dicampurkan yis biarkan seketika hingga larut. Sediakan besen tarukkan sedikit gandum lebih kurang ½ cawan kedalamnya. Kemudian masukkan air suam yg bercampur yis tadi kedlm besen yg berisi gandum.
  2.  Kemudian masukkan pula gula kacau hingga gula hancur. Kemudian masukkan marjerin/butter kedalamnya kacau sampai sebati.
  3. Sesudah itu di letak sedikit demi sedikit tepung gandum di adun sampai boleh diuli. Jangan diisi terlampau banyak tepung takut jadi keras Cuma agak2 boleh diuli dgn tangan dan tidak melekat ditangan sahaja sampai menjadi doh yg lembut. Kemudian doh direhatkan sehingga ½ - 45 minit.. kemudian boleh dibentukkan bulat2 (ikut suka hati) dan di susun ke dlm loyang yg telah dialas baking paper (mcm MIL buat dia alas daun pisang-fuhyo naik dan bangkit bau dia).
  4. Dibiarkan naik sampai 2 kali ganda lepas itu dilenserkan minyak ke atas roti yg dah kembang kemudian bolehlah dibakar dgn kepanasan 180C selama 10-15minit dlm oven yg telah di panaskan terlebih dahulu..
Sumber: Myresipi

Friday, April 15, 2011

Bubur Sum Sum

Salam petang Jumaat yang penuh berkat. Kali ni saya nak jamu bubur sum sum...Resepi dapat dari myResipi.Saya copy paste kat sini..Sorrylah gambar tak cantik...bersememeh jer..huhu...janji sedap..

Bahan2
1 cawan tepung beras
3 cawan santan
secubit garam
untuk air gula:
2 buku gula melaka
1 sudu besar gula merah (untuk nampak warna air gula pekat sedikit)
2 sudu besar gula pasir
air secukupnya (bergantung kepada kepekatan air gula)
3 helai daun pandan. (untuk mewangikan air gula)


Cara-cara
Masukkan tepung beras, secubit garam n santan kedalam periuk.
Kacau perlahan2, menggunakan api yg kecil. Kacau sehingga ligat @ pekat.
Bila da ligat, masukkan kedalam loyang. Sejukkan.
Untuk air gula, campurkan kesemua bahan n biar mendidih @ sehingga gula melaka n gula merah larut.
Setelah siap,tapiskan air gula tersebut.
Sedia untuk dimakan.

Sumber: myresipi

Thursday, April 14, 2011

Ayam Goreng Tom Yam

Salam bahagia semua. Masak apa untuk lunch hari ni? Saya nak cerita pasal ayam goreng tom yam ni. Mungkin dah ada ramai orang cuba, tapi siapa yang belum cuba disarankan cuba yer...memang sangat sedap. Mulanya saya memang nak masak ayam, tapi rasa nak cuba  resepi baru. Jadi berjalan2 lah ke dapur kawan2. Ternampak resepi ayam kat blog Kak Yatie macam best. Bahan2 pon ada, maka terjadilah Ayam Goreng Tom Yam untuk lunch hari ni..Katanya resepi ni dari Wana yang dapat dari Majalah Rasa...Apapon minta izin Kak Yatie yer, saya nak CNP resepi kat sini untuk rujukan masa depan...Terima kasih Kak Yatie dan wana serta pemilik asal resepi ni.. =)


Bahan-Bahan
  • 1 ekor ayam
  • 3 ulas bawang putih ( diketuk )
  • 1 biji bawang besar ( dihiris )
  • 2 sudu makan pes tomyam (saya guna kiub tom yam)
  • 10 biji cili api ( di masukkan sebiji sebiji atau di ketuk )(saya ganti dengan cili merah dihiris)
  • 1 batang serai ( di ketuk )
  • 1 sudu makan air perahan limau nipis (saya guna limau kasturi)
  • 2 sudu besar sos cili ( resepi asal tak letak )
  • 1 biji buah tomato ( belah 6 ) (saya ganti dengan lobak merah)
  • garam
  • sedikit gula ( optional )
  • minyak masak secukupnya
  • daun limau purut
Cara penyediaaan
  1. Panaskan minyak, goreng ayam hingga masak ( jangan terlalu garing ). Ketepikan.
  2. Panaskan minyak tumis bawang putih, bawang besar, serai, cili padi dan pes tomyam hingga wangi.
  3. Masukkan sedikit air, jus limau,sos cili dan garam.
  4. Masukkan ayam dan masak hingga pekat.
  5. Last sekali masukkan tomato dan daun limau purut. Bolehlah di hidangkan. (saya tak masukkan tomato tapi masukkan lobak merah)

Wednesday, April 13, 2011

Asam pedas ikan nyok nyok

Salam bersiaran...Nak berenti dulu masak2 bermangga..haha..atas request si husband nak makan asam pedas, maka terjadilah asam pedas ni untuk lunch. Mula2 husband saya tanya 'Bunga kantan ada tak?' Saya kata, 'Ada, nak suruh masak asam pedas ke?'..Sebab dah tau dah..memang dah lama tak masak asam pedas ni, sebab susah nak dapat bunga kantan dan kalau beli mahal lak tu. Saya buat asam pedas resepi sendiri jer..janji husband suka, ye tak? Saya nak share jugak resepi yang saya selalu guna kat sini.. =)

Bahan2:
1 ekor ikan nyok nyok di potong
1 kuntum bunga kantan
3 sudu besar cili kisar
2 biji bawang besar*
3 biji bawang putih*
(bahan bertanda* dikisar)
2 biji buah keras ditumbuk
secubit belacan
segenggam daun kesum
1 sudu besar lada hitam kisar
1 mangkuk air asam jawa
2 biji tomato dipotong baji
sedikit garam dan gula

Cara2:
Panaskan minyak di dalam periuk, tumiskan bahan kisar dan cili kisar hingga cili betul2 masak. 
Masukkan pula belacan dan gaul sebati, masukkan air asam jawa. Apabila dah mendidih masukkan bunga kantan yang dipotong empat,daun kesum,lada hitam,buah keras,garam dan gula secukup rasa. Kemudian masukkan pula ikan. Masak hingga ikan masak dan masukkan tomato (bendi pon boleh). Tutup api bila tomato agak layu dan sedia dihidangkan bersama nasi panas.

Award dari Kak Noor (Noorsafone)





Award ini diberikan khas kepada semua follower NOORSAFONE ..Terima kasih Mama/Kak Noor....semoga terus berblogging and friendship forever too... =)

Tuesday, April 12, 2011

Award dari Kak Naz

Terima kasih kak Naz dari CUTE OVEN,SMALL KITCHEN di atas award ni...actually saya dah dapat award ni dan dah penuhi syarat2nya kat sini. Apa pon really appreciate it Kak Naz...Thanks again... =)

Terima Kasih Kak Jee

Selamat malam semua..tak tidur lagi ke? Saya ni anak2 belum ada tanda2 nak tidur, umminyer pon tak boleh nak tidur lagi. Masa bw tadi nampak Kak Jee punyer poskad ni...so lovely!! Nice knowing you too, Kak Jee.  .Saya suka baca tulisan kak Jee, termasuklah resepi2 yang hebat juga...Thanks yer Kak Jee...

Mango Smoothie

Selamat petang...panas betul petang ni nampaknya. Saya ni kalau cuaca panas2 macam ni rasa nak tidur je..hihi..Panas2 macam ni minum mango smoothie lega sikit tekak...Baru2 ni mak mertua saya ada bawa balik buah mempelam dari Langkawi..ha jauh benar datangnya. Besar2 buahnya, tapi agak masam, macam masak layu. Bila dikupas dan dipotong hidang atas meja, tak laku pula sebab masam. Last2 masuk peti sejuk je. Saya pon sayang menengoknya, maka ambil jalan lain nak bagi habis buah tu. Saya pon buat la mango smoothie ni. Sekejap je dah habis..huhu..tak sempat mak mertua dan pak mertua saya nak merasa. Tak sangka lak, anak2 saya suka. Lain kali boleh buat banyak sikit. Lately saya asyik2 dengan resepi bermangga je, jangan jemu pulak yer..abih itu yang banyak kat rumah ni..haha.. =) Resepi ni simple je,dan mesti semua orang pon tau,tapi tak pe lah, saya letak kat sini untuk rujukan masa depan.. =)

Bahan2:
1 biji buah mangga dipotong kiub isinya
3 sudu gula (ikut citarasa dan kemanisan buah mangga tu)
2 cawan air
1 cawan air batu

Cara2:
Blenkan semua bahan2 tersebut di dalam blender hingga air batu tadi hancur. Boleh lah dihidangkan dengan ketulan ais jika suka.

*kalau nak masukkan sekali dengan susu cair atau yogurt pon boleh, tapi saya tak ada stok.

Poskad dari Finland


Assalamualaikum dan salam bahagia semua...hari ni cuaca nampaknya sangat cerah..Alhamdulillah..makan apa pagi ni? Saya buat nasi goreng biasa je...tak nak la tempek sini..hihihi..
Entry pagi ni saya nak tempek poskad yang saya dapat dari Finland...dari Kak Nieza...sempena 1st birthday blognya...saya suka jalan2 kat blog Kak Nieza, gambar2 pon cantik, makanan2 pon sedap2 semuanya buat saya telan air liur..hahaha..pastu leh sign autograf kat bawah tu...Dengan usianya blog Kak Nieza dah setahun ni, moga Kak Nieza akan terus berblog...tak kisah la sampai dah balik Malaysia pon nanti kan..Semoga persahabatan yang terjalin di alam maya ini akan berkekalan...Amin..Terima kasih Kak Nieza untuk poskad tu... =)

Monday, April 11, 2011

8 Makanan untuk kulit kekal cantik

Masa bw dan surfing tadi,terjumpa artikel ni...nak kongsi dengan semua...meh baca meh...
Selalu berangan-angan memiliki kulit halus selembut kulit bayi? Sedar tak ada beberapa jenis makanan di sekeliling kita yang bermanfaat untuk tujuan kecantikan?. Di sini ada 8 jenis makanan yang yang sesuai bagi individu yang sering mengangankan kulit yang cantik dan sihat.
1. Timun




Masalah kulit wajah yang kasar sering menimbulkan resah terutama bagi individu yang semakin berusia. Timun boleh bantu atasi masalah ini dengan menjadikannya sebagai masker. Parut di bahagian hujung timun dan gaul dengan tepung jagung serta sedikit air. Kemudian, sapukan  pada keseluruhan muka sebelum tidur dan cuci pada keesokan hari. Timun juga boleh dimakan sebagi ulam atau dimasukkan ke dalam pelbagai jenis masakan.
Cuba ini: Acar timun
2. Tomato
 
Tomato mengandungi lycopene yang tinggi yang membuat wajah menjadi merah berseri disekitar pipi. Kulit juga menjadi licin dan halus seperti kulit buah tomato. Tomato juga boleh menjadi bahan anti penuaan yang membuatkan kulit menjadi lebih muda.
3. Bayam

Bayam mengandung protein, lemak, karbohidrat, kalium, zat besi, amarantin, rutin, purin, dan vitamin (A, B, dan C). Makan bayam setiap hari boleh mengurangkan risiko kulit menjadi berkerut dan berkedut walaupun usia semakin bertambah.
Cuba ini: Bayam goreng kicap
 4. Badam




Mereka yang gemar makan badam akan memiliki kulit yang lebih sihat berbanding mereka yang tidak mengambilnya langsung. Ini kerana badam kaya dengan vitamin E yang berfungsi sebagai anti oksida agar kulit menjadi lebih kuat dan sihat khususnya ketika berada di bawah sinar mentari.
Cuba ini: Nasi Bukhari
5. Lobak Merah

Biasanya kita mendengar bahawa lobak merah baik untuk menyegarkan mata. Tetapi tahu tak bahawa lobak merah yang kaya dengan vitamin A ini juga membantu meransang sel kulit agar menjadi lebih baik dan menghalang sel-sel kanser.
Cuba ini: Baby lobak goreng
6. Dark chocolate



Coklat bukan sahaja boleh membuatkan kita berasa gembira malah boleh membantu tekstur dan kekenyalan kulit menjadi lebih tegang. Mulai sekarang, abaikan tanggapan bahawa coklat menggemukkan dan berjerawat kerana coklat sebenarnya mempunyai pelbagai khasiat yang tinggi.
7. Teh Hijau
Teh hijau adalah sejenis teh yang dibuat dari daun Camelia senensi yang mengalami oksidasi minimal sepanjang proses pembuatannya. Teh hijau yang berasal dari China, dan dikaitkan dengan kebudayaan Timur ini boleh menghasilkan kesan yang hebat pada kulit. Selain bagus untuk kesihatan, ia juga membantu kulit menjadi lebih halus.
8. Ubi manis
Ubi kaya dengan vitamin C, ia bukan sahaja membantu menghaluskan kulit, bahkan menghindarkan kulit dari kerutan. Vitamin C yang terkandung di dalamnya merupakan salah satu bahan penting untuk membentuk kolagen yang amat baik untuk kelunturan dan keanjalan kulit.
Sumber: trymasak