Salam petang Jumaat yang penuh berkat... Nampaknya cuaca hari ni di Kuala Terengganu terang sangat. Kain baju yang dijemur pagi tadi pon dah kering dan siap berlipat. Alhamdulillah, settle satu task. Kot2 petang ni leh tengok Royal Wedding tuh..hihi..Makan apa ye lunch hari ni? Saya ada masak Kerutup Ayam Kampung ni. Resepi saya ikut kat belakang paket serbuk rempah kerutup cap Adabi. Alhamdulillah menjadi dan sedap...Saya nak letak resepi kat sini lebih kurang macam yang kat paket yang dah selamat masuk tong sampah..
Bahan2:
1 ekor ayam kampung dipotong kecil
1 batang serai diketuk
2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
Bahan bertanda * dikisar
2 ulas bawang putih diketuk
2 sudu besar kerisik
1 mangkuk santan
1/2 sudu pes asam jawa
1 mangkuk air
1 paket rempah kerutup ayam/daging cap Adabi
1 biji lada merah dipotong empat (tak putus)(nak lebih pon takpe)
garam dan gula merah secukup rasa
Cara2:
Satukan bahan2 kisar bersama rempah kerutup dengan sedikit air dijadikan pes. Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam periuk kemudian masukkan bawang putih yang diketuk bersama serai yang diketuk. Apabila naik bau masukkan pes rempah tadi dan masak sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan air, santan, kerisik,ayam,pes asam jawa, garam dan gula merah secukup rasa. Masak sehingga ayam betul2 empuk. Sekiranya kuahnya agak pekat, bolehlah tambahkan sedikit air lagi mengikut kepekatan kuah yang dikehendaki.
*saya biasa memang kena masak berkuah lebih sikit sebab ahli keluarga suka masakan berkuah..tapi jangan risau, kerutup ayam ni memang kuah nya agak pekat.
*kuahnya juga sedap dicicah dengan roti.

