Thursday, May 26, 2011

Butter Bread Puding With Custard Sauce



Di rumah saya bekalan roti mesti ada, tapi kadang kala tu lambat juga habis stok nya. Untuk nak menghabiskan roti cepat sikit daripada menyenyangkan toh sampah, saya pon buatlah puding ni. Letak lak choc chip, anak2 memanglah suka, ada rasa coklat2. Sebelum2 ni saya biasa buat guna resepi dari Master Chef Sabri, tapi kali ni nak try resepi Kak Nor la pula. Nampak sedap je Kak Nor tayang sebelum ni..hehe..Kak Sheila pon dah pernah buat kan..Memang sedap, saya suka letak dlm peti sejuk..Makan sejuk2, memang best. Minta izin Kak Nor saya nak copy paste resepi kat sini, terima kasih daun keladi yer.. =)

BUTTER BREAD PUDING Dgn SOS KASTARD
resipi : K.Nor@SecubitGaram

10 - 12 kpg roti 
butter secukupnya
500ml susu fresh
4 sudu besar gula halus
3 bj telur
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar tepung jagung
sedikit kismis dan choc chip

Sapu roti dgn butter dan potong .
Susun ke dlm loyang yg dah digriskan.
Masukkan susu, gula, telur, vanila dan tepung jagung ke dalam sebuah bekas dan kacau hingga sebati.
Tuangkan adunan ni ke atas roti yg dah disusun td dan biarkan meresap lebih kurang 10 minit.
Taburkan kismis dan choc chip ke atas roti td. (kalau nk letak kismis dan choc chip ni selapis demi selapis masa menyusun roti pun boleh jugak.. terpulang la ya)
Bakar puding roti dm oven yg dah dipanaskan (175 -180C) lebih kurang 40 - 45 min atau sehingga masak.
Sejukkan seketika baru lah di potong dan dihidangkan begitu saja atau dgn sos kastard.


SOS KASTARD
resipi : K.Nor@SecubitGaram

1/2 tin susu cair
1 tin air (guna tin susu cair)
3 - 5 sudu besar gula ~ ikut kemanisan sendiri
1 sudu tepung kastard
1 sudu tepung jagung
1 helai daun pandan/1/2 sudu esen vanila
secubit garam

Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan masak lah sehingga sedikit pekat.
Hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul.
Sejukkan dan bolehlah dihidangkan bersama Puding Roti.

7 comments:

Bee said...

Norul, singgah nak rasa puding roti..sedap tu buat bekfes!!!:)

CT Delima said...

As'salam norul

lamanya tak buat bread puding ni. tang sos kastard tu yang sedap. kalau makan sejuk tambah lagi sedap. harus bertambah kalau kak ct lah yang makan... hihihi

K.Nor said...

nak jugak! .. psst jgn lupa esok ya.. :)

Unknown said...

amboi sedapnya tgk....baru jer semlm tgk kat umah kak Nor...dh sampai sini dah puding ni...kena cari roti dulula ni..hehe

Sheila Shafeareen said...

Salam
hehhe sdp tu npk grg diatas ...mcm terigin je lg nak mkn ...nnt cuti skh nak but lagi hehhe rasa yg norol punya dulu lehhh

geez said...

Gulp!! keinginan utk mkn puding roti sos kastard begitu mendadak skrg ni... Alahai sedapnye.....

~Norul Mas Hana ~ said...

Kak Bee,
sila2...tambah la yer..hihi

wkmslm kak Ct,
mmg betul..sedap dimakan sejuk..wallaa.. =)

Kak Nor,
sedihnyer..terlepas makan free..n terlepas jumpa kak Nor..alahai..internet prob..huhu

Kak Nieza,
dah cari roti ke tu? hihi

Kak Sheila,
mmg atas tu garing sikit..tp bawahnyer tu lembut jer..buatlah kak..mesti laku punya..hihi

geez,
wahh..dah mendadak tu kena try la..hehe