Friday, April 15, 2011

Bubur Sum Sum

Salam petang Jumaat yang penuh berkat. Kali ni saya nak jamu bubur sum sum...Resepi dapat dari myResipi.Saya copy paste kat sini..Sorrylah gambar tak cantik...bersememeh jer..huhu...janji sedap..

Bahan2
1 cawan tepung beras
3 cawan santan
secubit garam
untuk air gula:
2 buku gula melaka
1 sudu besar gula merah (untuk nampak warna air gula pekat sedikit)
2 sudu besar gula pasir
air secukupnya (bergantung kepada kepekatan air gula)
3 helai daun pandan. (untuk mewangikan air gula)


Cara-cara
Masukkan tepung beras, secubit garam n santan kedalam periuk.
Kacau perlahan2, menggunakan api yg kecil. Kacau sehingga ligat @ pekat.
Bila da ligat, masukkan kedalam loyang. Sejukkan.
Untuk air gula, campurkan kesemua bahan n biar mendidih @ sehingga gula melaka n gula merah larut.
Setelah siap,tapiskan air gula tersebut.
Sedia untuk dimakan.

Sumber: myresipi

Thursday, April 14, 2011

Ayam Goreng Tom Yam

Salam bahagia semua. Masak apa untuk lunch hari ni? Saya nak cerita pasal ayam goreng tom yam ni. Mungkin dah ada ramai orang cuba, tapi siapa yang belum cuba disarankan cuba yer...memang sangat sedap. Mulanya saya memang nak masak ayam, tapi rasa nak cuba  resepi baru. Jadi berjalan2 lah ke dapur kawan2. Ternampak resepi ayam kat blog Kak Yatie macam best. Bahan2 pon ada, maka terjadilah Ayam Goreng Tom Yam untuk lunch hari ni..Katanya resepi ni dari Wana yang dapat dari Majalah Rasa...Apapon minta izin Kak Yatie yer, saya nak CNP resepi kat sini untuk rujukan masa depan...Terima kasih Kak Yatie dan wana serta pemilik asal resepi ni.. =)


Bahan-Bahan
  • 1 ekor ayam
  • 3 ulas bawang putih ( diketuk )
  • 1 biji bawang besar ( dihiris )
  • 2 sudu makan pes tomyam (saya guna kiub tom yam)
  • 10 biji cili api ( di masukkan sebiji sebiji atau di ketuk )(saya ganti dengan cili merah dihiris)
  • 1 batang serai ( di ketuk )
  • 1 sudu makan air perahan limau nipis (saya guna limau kasturi)
  • 2 sudu besar sos cili ( resepi asal tak letak )
  • 1 biji buah tomato ( belah 6 ) (saya ganti dengan lobak merah)
  • garam
  • sedikit gula ( optional )
  • minyak masak secukupnya
  • daun limau purut
Cara penyediaaan
  1. Panaskan minyak, goreng ayam hingga masak ( jangan terlalu garing ). Ketepikan.
  2. Panaskan minyak tumis bawang putih, bawang besar, serai, cili padi dan pes tomyam hingga wangi.
  3. Masukkan sedikit air, jus limau,sos cili dan garam.
  4. Masukkan ayam dan masak hingga pekat.
  5. Last sekali masukkan tomato dan daun limau purut. Bolehlah di hidangkan. (saya tak masukkan tomato tapi masukkan lobak merah)

Wednesday, April 13, 2011

Asam pedas ikan nyok nyok

Salam bersiaran...Nak berenti dulu masak2 bermangga..haha..atas request si husband nak makan asam pedas, maka terjadilah asam pedas ni untuk lunch. Mula2 husband saya tanya 'Bunga kantan ada tak?' Saya kata, 'Ada, nak suruh masak asam pedas ke?'..Sebab dah tau dah..memang dah lama tak masak asam pedas ni, sebab susah nak dapat bunga kantan dan kalau beli mahal lak tu. Saya buat asam pedas resepi sendiri jer..janji husband suka, ye tak? Saya nak share jugak resepi yang saya selalu guna kat sini.. =)

Bahan2:
1 ekor ikan nyok nyok di potong
1 kuntum bunga kantan
3 sudu besar cili kisar
2 biji bawang besar*
3 biji bawang putih*
(bahan bertanda* dikisar)
2 biji buah keras ditumbuk
secubit belacan
segenggam daun kesum
1 sudu besar lada hitam kisar
1 mangkuk air asam jawa
2 biji tomato dipotong baji
sedikit garam dan gula

Cara2:
Panaskan minyak di dalam periuk, tumiskan bahan kisar dan cili kisar hingga cili betul2 masak. 
Masukkan pula belacan dan gaul sebati, masukkan air asam jawa. Apabila dah mendidih masukkan bunga kantan yang dipotong empat,daun kesum,lada hitam,buah keras,garam dan gula secukup rasa. Kemudian masukkan pula ikan. Masak hingga ikan masak dan masukkan tomato (bendi pon boleh). Tutup api bila tomato agak layu dan sedia dihidangkan bersama nasi panas.