Thursday, April 21, 2011

Puding Karamel Tanpa Telur

Salam bahagia semua...Moga2 hari ini dan hari2 yang mendatang lebih mematangkan kita...Meh rapat, meh rapat.. Ni nak cerita pasal Puding Karamel tanpa telur. Sesuai la untuk mereka2 yang alergi pada telur dan juga vegetarian. Sebelum ni selalu buat pon karamel yang guna telur banyak tu. Kali ni nak try yang tanpa telur pulak. Sedap, kanak2 kat rumah ni suka..sebab dia macam lembut je kan..manis2 gitu. Letak dalam peti, bila makan sejuk je tekak. Saya dah lama simpan resepi ni sebenarnya, biasalah kan...hihi..saya dapat resepi ni kat Myresipi. Terima kasih kepada tuan punya resepi Firasyira, minta izin nak kongsi kat sini yer.. =)


Bahan-bahan ( 10 orang )

A) 2 senduk gula
B) 1 bungkus agar-agar serbuk
4 cawan air
2 1/2 senduk gula
C) 1 tin susu cair(lebih kurang 400g)
2 sudu makan tepung kastard
1 sudu vanilla
(Campur sebati semua bahan C)
Yang telah dipotong sedia untuk di makan... =)
Cara-cara
  1. Hanguskan gula cam buat karamel utk puding karamel yang lain gak...biasanya saya hanguskan gula terus atas acuan,bila da kaler emas tuang air sikit..pastu ketepikan..
  2. Dalam periuk didihkan bahan b. kecilkan api kemudian masukkan bahan c. kacau rata selama lebih kurang 3 minitn @ sehingga adunan sedikit likat dan pekat. Matikan api, tuang adunan dalam acuan yang berisi gula hangus.
  3. Bekukan sebentar, dan hidang. (lebih sedap dihidang sejuk-sejuk).

Wednesday, April 20, 2011

Ikan kekek dengan sambal bunga kantan

Salam Rabu yang terang. Dah makan tengahari ke semua? Saya baru je siap masak untuk tengahari. Kali ni teringin nak cuba resepi sambal bunga kantan ni, memandangkan ada bunga kantan kat rumah ni, bolehlah mencuba. Tapi saya guna ikan kekek 2 ekor. Seekor tu besarnya adalah sebesar tapak tangan atau pon besar sikit la.hihi.. Saya nampak resepi ni di dapur Kak Nor, tapi Kak Nor guna ikan Talapia..Tak pe la kan, saya guna ikan yang ada je la..hihi.. Memang ada kelainan sambal ni, ada rasa bunga kantan,serai...memang sedap lah...makan dengan nasi panas2..wahh.. Minta izin yer Kak Nor, saya copy paste resepi kat  dapur saya ni lak yer..untuk rujukan di masa depan dan berkongsi dengan kawan2 yang lain juga.. Terima kasih daun keladi..hihi.. 


IKAN RANGUP DGN SAMBAL BUNGA KANTAN
resipi : AlongRoz
sumber : K.Nor@SecubitGaram
BAHAN2:
1 ekor Ikan (+/- 1 kg berat) ~ k.nor guna ikan talapia
Tpg Jagung
Cili Padi* (Nak pedas bubuh banyak)
2 biji Cili Merah*
2 biji Cili Hijau*
1/2 biji Bwg Besar*
2 ulas Bwg Putih*
1 btg Serai*
1 btg Bunga Kantan* (* blender)
1 Tomato - potong2
1/2 biji Bwg Besar - hiris
1 biji Limau Kasturi
Garam


CARA2:
1. Kelar2 ikan seperti dlm gambar di atas (sila refer pd gambar di link AlongRoz)
Ratakan garam atas ikan.
Golekkan ikan atas tpg jagung & goreng dlm kuali yg tak melekat.
Lihat gambar di atas - jgn guna minyak terlampau banyak utk mendapatkan ikn yg rangup.
Jgn alihkan ikan sehingga betul2 rangup utk mengelakkan ikan pecah.
Alihkan ikan & masak bahagian yg sebelah lagi.
Hidangkan dlm pinggan.

2. Panaskan minyak & tumis bhn2 yg de blender.
Masukkan garam, bwg hiris & tomato.(saya tak letak)
Masak sebentar sehingga bwg layu.
Hidangkan sebelah ikan goreng tadi dgn hirisan limau.

Tuesday, April 19, 2011

Roti Paun Nekma


Di Terengganu ni senang nak dapat roti paun ni. Peniaga2 makanan sarapan yang menjaja makanan dengan motorsikal pon ada bawak biasanya. Sebungkus dalam RM2.50 juga lah harganya.Roti ni memang lembut je, best..Anak2 saya pon suka, biasanya sebungkus tu boleh habis sekali hadap jer..cicah pulak dengan teh o panas..memang sedap dan kenyang. Resepi ni dah lama saya intai2 di myresipi, tapi baru sekarang berkesempatan nak cuba.Seronok saya buat eksperimen kali ni. Jakun sikit, first time buat roti..Roti2 yang lain pon banyak dalam list, Cuma tak sempat lagi nak gi sambar tepung roti..haih..bila la nak menjejak ke kedai baking nih…huhu…  Gambar atas ni sebelum di bakar, dah kembang..

Yang ni pulak selepas dibakar...
Yang ni pulak yang seketul je untuk si kakak...
Nak kongsi resepi kat sini... Minta izin yer meow..katanya resepi mak mertua dia..

Bahan-bahan ( 2-3 loyang sederhana )
·         1 sudu kecil yis kalau nk cepat naik taruk 2- 21/2 sudu kecil.

·         1cawan air suam
·         ½ cawan gula
·         ½ cawan marjerin/butter
·         Tepung gandum bergantung di taruk masa menguli.
·         sedikit minyak utk dilenserkan diatas roti

Cara-cara
  1.  1 cawan air suam dicampurkan yis biarkan seketika hingga larut. Sediakan besen tarukkan sedikit gandum lebih kurang ½ cawan kedalamnya. Kemudian masukkan air suam yg bercampur yis tadi kedlm besen yg berisi gandum.
  2.  Kemudian masukkan pula gula kacau hingga gula hancur. Kemudian masukkan marjerin/butter kedalamnya kacau sampai sebati.
  3. Sesudah itu di letak sedikit demi sedikit tepung gandum di adun sampai boleh diuli. Jangan diisi terlampau banyak tepung takut jadi keras Cuma agak2 boleh diuli dgn tangan dan tidak melekat ditangan sahaja sampai menjadi doh yg lembut. Kemudian doh direhatkan sehingga ½ - 45 minit.. kemudian boleh dibentukkan bulat2 (ikut suka hati) dan di susun ke dlm loyang yg telah dialas baking paper (mcm MIL buat dia alas daun pisang-fuhyo naik dan bangkit bau dia).
  4. Dibiarkan naik sampai 2 kali ganda lepas itu dilenserkan minyak ke atas roti yg dah kembang kemudian bolehlah dibakar dgn kepanasan 180C selama 10-15minit dlm oven yg telah di panaskan terlebih dahulu..
Sumber: Myresipi