Friday, January 14, 2011

Gulai Kambing

Bahan2:
Daging kambing sekilo dipotong kecil
2-3 biji kentang potong dua
2 biji bawang besar*
3 biji bawang putih*
1 inci halia*
2 sudu besar cili blender
2 sudu besar rempah masak
1 sudu besar serbuk kari daging Adabi
Sedikit lada hitam kisar
2 sudu besar kerisik
Secubit belacan
1 biji kelapa diambil santan
2 sudu Gula Melaka
2 pelepah daun kari
Garam secukup rasa

Cara2:
Panaskan minyak masak di dalam periuk. Masukkan bahan2 yang bertanda * yang telah dikisar,daun kari, masak hingga kekuningan.
Kemudian masukkan cili kisar. Tumis hingga cili kisar masak dan pecah minyak.
Masukkan rempah masak dan serbuk kari yang telah dijadikan pes ( gaulkan dengan sedikit air). Kacau dan biarkan hingga pecah minyak, masukkan daging.
Tutup periuk dan biarkan air daging keluar kira2 dalam 5-10minit.
Masukkan santan, kentang, gula melaka, lada hitam,kerisik, garam dan belacan.
Masak hingga daging empuk.

Lada hitam tu untuk menghilangkan bau kambing tu...
Ini resepi mak mertua....hehe

Apam Nasi

Apam Nasi kukus.

Bahan2:
2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 cwn brown sugar
3/4 cwn gula
2 1/2 cwn air
1 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam


Cara2:
Blend nasi dan air sehingga hancur.
Setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
Perap selama 3 jam.
Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..(saya guna loyang je,xde acuan kecil dan kukus 30minit)
Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap!


Sumber:MyResepi

Sayur lemak labu


Yang ni pon resepi yang senang jugak...Main campak aje...yang penting dengan penuh kasih sayang...hihi

Bahan2:
Labu kuning (dipotong)
Lada merah dihiris
Sebiji bawang besar dihiris baji
Segenggam ikan bilis
2 cawan santan
Sedikit garam

Cara2:
Masukkan semua bahan2 ke dalam periuk dan masak hingga labu sedikit lembut.
Siap untuk di makan...hehe