Monday, February 28, 2011

Lontong


Di Terengganu ni memang susah nak jumpa menu ni. Teringat masa saya bercuti-cuti Malaysia di Melaka tahun lepas, sarapan di sebuah kedai makan di pinggir bandar Melaka, saya dan husband memilih menu lontong. Memang sangat sedap dan mengenyangkan. Masa membelek majalah Rasa 2009 saya terjumpa dengan resepi lontong ni, maka dapat idea nak mencuba. Senang je rupanya nak membuat lontong ni. Dapat la makan dengan puas hati..hihi.. Di sini saya nak kongsi resepinya.

Bahan2:
3 bungkus nasi impit

Bahan Kuah Lontong
20gm suhun
100gm fucuk
150gm bawang merah*
50gm bawang putih*
80gm kunyit hidup*
50gm cili kering*
(bahan bertanda * dikisar)
3 keping tauhu (didadu)
200gm tempe (dihiris)
2 batang serai (dititik)
1 helai daun kunyit (disimpul)
100gm lobak merah (dihiris jejari)
100gm kubis bunga (dihiris kasar)
80gm udang kering
1 liter santan
gula dan garam secukup rasa

Cara2:
Goreng suhun,fucuk,tauhu dan tempe secara berasingan hingga garing dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak di dalam periuk, tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan udang kering dan kacau seketika.
Selepas itu masukkan santan, serai, daun kunyit,lobak merah,kubis bunga,suhun, fucuk, tauhu,tempe,garam dan gula secukup rasa. Kacau rata sehingga mendidih.
Bila cukup pekat bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama nasi impit tadi.

**jika suka pedas bolehlah ditambahkan cili kisar.

Sunday, February 27, 2011

Roti Sosej Goreng


Selamat petang semua..Semoga hari ini akan dilimpahkan keberkatan oleh Allah swt. Roti Sosej Goreng ni buat untuk minum petang, tapi sesuai juga untuk sarapan. Keluarga saya suka menu ni, lagi2 cicahkan dengan mayonis dan sos cili, memang best. Saya pasti ramai yang dah biasa buat dan tahu buat roti sosej ni, resepi nya sama saja, tapi saya nak kongsi juga di sini.

Bahan2:
3 keping roti (digelek jadi nipis)
3 batang sosej direbus
sedikit breadcrumbs
1 biji telur
sedikit tepung gandum yang dicampur sedikit air dijadikan pes

Cara2:
Gulungkan sosej di dalam roti dan gamkan dengan pes tepung gandum tadi.
Kemudian salutkan roti dengan telur yang dipukul dan seterusnya disalutkan dengan breadcrums dan gorengkan dalam minyak yang panas. Masak dengan api sederhana sehingga kekuningan dan bolehlah dihidang bersama mayonis dan sos cili.



Saturday, February 26, 2011

Ayam Mak Kasim



Masakan ayam paling laris di rumah saya.. Kenapa Mak Kasim? Saya pon tak tahu dan tak sempat nak tanya pada tuan punya resepi.hihi.. Alkisahnya, saya merasa ayam ni masa ke open house rumah tea lady di tempat kerja lama di KL dulu, masa bujang. Saya rasa sedapnya ayam ni, terus bertanya resepinya. Anak Mak Pah (tealady) yang masak tu dengan murah hati menuliskan resepi untuk saya..hihi..Apalagi balik memang saya cubalah masak, sampai lah dah berkahwin saya memang ingat dan tak lupa nak buat lauk ni. Alhamdulillah, husband dan anak2 memang suka. Resepinya saya nak berkongsi di sini.

Bahan2:
1/2 ekor ayam dipotong di lumur garam dan kunyit dan digoreng separuh masak
2 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
(bahan bertanda * dikisar)
1 sudu cili kering kisar (kalau nak pedas lebihkan)
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
2 tangkai daun kari
2 sudu kicap
2 sudu gula
sedikit garam
semangkuk air asam

Cara2:
Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan daun kari sehingga terbit bau, masukkan bahan kisar.
Kemudian masukkan cili kisar dan masak hingga cili betul2 masak.
Masukkan,kicap, gula dan garam serta air asam jawa.
Biarkan mendidih dan masukkan ayam tadi dan masak sehingga kuahnya agak pekat dan masukkan pula bawang yang dipotong bulat tadi.
Apabila bawang sudah agak layu bolehlah diangkat dan dihidang.
Sedap dimakan bersama nasi panas.

Wednesday, February 23, 2011

Kuey Teow Sup

Salam sejahtera semua. Hari ni nak tempek gambar kuey teow sup style saya selalu buat. Teringat dulu pernah makan kuey teow sup Ipoh kat Madam Kwan KLCC, rasanya lebih kurang macam yang buat sendiri tp kalau buat sendiri boleh ikut citarasa sendiri. Yang Madam Kwan punya banyak letak segala jenis balls tu, fish ball, fish cake dan sewaktu dengannya. Saya kurang suka balls2 macam tu, just letak ayam sahaja dah cukup sedap. Kalau tak silap saya masa tu makan dalam tahun 2003 kot, harga semangkuk besar RM13.00..fuhh..buat sendiri boleh makan ramai2..Resepi saya nak kongsi kat sini. Mudah dan sedap =) Sesuai untuk sarapan atau minum petang.

Bahan2:
Sebungkus kuey teow
1/4 ekor ayam dipotong kecil
3 biji bawang putih (dicincang)
1 sudu lada sulah berperisa
2 mangkuk air
1 kiub pati ayam knorr
Sedikit garam
2 pokok sawi

Cara2:
Kuey teow dicelur hingga lembut.
Panaskan sedikit minyak di dalam periuk dan tumiskan bawang putih yang dicincang sehingga kekuningan.
Kemudian masukkan air, ayam, kiub pati ayam, lada sulah dan garam, masak sehingga mendidih.
Apabila mendidih masukkan sawi tadi dan masak hingga sawi masak.
Bolehlah dihidangkan bersama kuey teow yang telah dicelur dan sambal cili kicap.

**sayuran lain juga boleh dimasukkan seperti taugeh dan juga tauhu yang telah digoreng.

Tuesday, February 22, 2011

Laksa Lemak


Laksa lemak atau laksa kuah putih ni glamer ni Terengganu. Kuahnya sama je dengan kuah laksam. Kalau dulu sebelum kahwin hanya terdedah pada laksa penang je. Bila dah berada di Terengganu ni, laksa kuah putih la yang glamer dan selalu dapat. Pak sedara husband lak pembekal laksa, maka bertambah senang la nak dapat laksa free. hehe...cuma kena rajinlah sikit nak membuat kuahnya. Sebenarnya sangat mudah nak membuat kuah laksa putih ni, yang penting sedap. Ni resepi yang saya selalu guna nak share kat sini. Rasanya resepi semuanya lebih kurang sama je, bahan2 pon tak banyak.Ni saya buat untuk minum petang dan lebihnya buat sarapan untuk esok harinya.

Bahan2:
5 ekor ikan selayang
2 cawan santan
3 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
(bahan bertanda * dikisar)
1 sudu besar lada hitam kisar
2 keping asam gelugur
Sedikit garam dan gula

Cara2:
Rebus ikan dengan asam gelugor dan sedikit garam hingga ikan masak.
Setelah masak perisikan isi ikan dan airnya jangan dibuang. Kisar isi ikan dan masukkan ke dalam periuk yang telah diisikan dengan santan serta air rebusan tadi. Kemudian kisar tulang2 ikan tadi dan tapis diambil airnya dan masukkan ke dalam periuk tadi. Masukkan juga bahan2 yang dikisar, lada hitam,garam,gula,secawan air dan asam keping di dalam santan tadi. Masak sehingga mendidih dan rasakan masin dan manisnya.
Boleh lah dimakan bersama laksa dan ulam2 pilihan.

**biasanya saya menggunakan timun,kacang panjang, daun selom, daun kesum, bunga kantan,kubis yang dihiris halus sebagai ulam dan dimakan bersama sambal dan sedikit belacan serta perahan limau kasturi.

Sunday, February 20, 2011

Almond Muffin with raisin


Salam hujung minggu untuk semua. Kat Terengganu, Ahad hari bekerja. Masa mula2 datang ke Terengganu ni selalu tersalah dan selalu terfikir Ahad adalah hari cuti. Kiranya ambil masa juga la nak menyesuaikannya. Tapi sekarang dah adapted..dah 4 tahun lebih di Terengganu. 
Kali ni nak kongsi resepi muffin yang sangat mudah tapi sedap. Anak2 memang suka. Resepi ni saya dapat dari www.sailcharbonneau.com tapi saya tambah2 sikit, isikan filling kismis, sebab anak2 suka kismis dan letak pewarna merah sikit. Saya kongsikan resepi di sini yer.

Ingredients:

1 3/4 cups all-purpose flour
2 1/2 teaspoons baking powder
1/2 teaspoon salt
3/4 cup milk
1 egg
1/3 cup oil
1/2 cup sugar
1 1/2 teaspoons almond extract


Directions:

Preheat oven to 400.  Stir together flour, baking powder and salt.  Mix milk, egg, oil and sugar together well.  Add this mixture to dry ingredients.  Stir until just moistened.  Add almond extract and stir.  Let sit for one minute.  Fill greased or paper-lined muffin pans 2/3 full.  Bake for 20 minutes, or until golden brown.  Makes 12 muffins.

Note:  Chopped almonds can be added to the muffin mixture or sprinkled on top of the muffins if desired.

Friday, February 18, 2011

Puding Karamel

Salam sejahtera semua. Hari ni nak post gambar puding karamel. Saya memang suka makan puding2 nih, husband saya pon. Puding karamel ni masa kecil2 dulu pon arwah mak suka buat, tapi tak dapat makan banyak, sebab kena bahagi sorang sikit la..sama2 merasa dengan adik beradik yang lain. Bila dah tua besar ni, bolehlah buat sendiri dan makan banyak2..huhu..Sangat sedap dimakan ketika sejuk..yummy!! Resepi saya dapat dari SINI. Terima kasih tuan punya resepi Alia. Saya kongsikan resepi kat sini yer..

Bahan-bahan ( saiz:16 cm )

400cc(400ml) susu segar/susu cair
5 sudu besar gula halus
3 biji telur- pada suhu bilik
2 biji telur kuning-pada suhu bilik
2-3 titik esen vanila

[ KARaMEL ]
5 sudu besar gula
2 sudu besar air

Cara-cara
Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais.
Sumber: Myresipi

Thursday, February 17, 2011

Roti Goreng Rangup

Salam semua..semoga hari ini akan menjanjikan kebahagian buat semua. Semalam semasa berblogwalking ternampak Roti Roreng Rangup kat dapur kak Dayang. Sebelum ni dah banyak nampak menu ni kat dapur2 lain. Masa tu dah kuar mentol kat kepala dah, nak buat ni untuk minum petang. Semalam lepas jalan2 kat dapur kak Dayang tu, perasaan membuak2 untuk membuatnya, maka terhasillah menu minum petang Roti Goreng Rangup ni. Memang betul rangup lah...sedap makan panas. Memang puas hati. =) Terima kasih kepada tuan asal resepi senang dan sedap ni yer.. Saya copy paste resepi di sini, minta izin. 

RESEPI ROTI GORENG RANGUP
source 1 : HaSue@myresipi.com
Bahan-bahan
  • 8 keping roti 
  • Serikaya - Secukupnya
  • 2 cawan Tepung gandum
  • 2 1/2 cawan air
  • 2 sm Marjerin
  • 1 sudu kecil garam dan gula(gula bkn nk bagi perasa tp nk bg kuih sdikit berkilat je)
  • Sedikit pewarna kuning
Cara-cara :
  1. Di dalam bekas,satukan tepung bersama marjerin,garam dan gula. Bancuh dgn air(guna whisk lg senang)warnakan kuning dan ketepikan.
  2. Ambil 2 keping roti dan intikan dengan serikaya dan potong ikut citarasa..nak cantik buang kerak tepi pun boleh.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali utk menggoreng.
  4. Celupkan roti td ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan. (Sy suka sedikit hangus,lg rangup!)
  5. Tips: Roti yg dipotong pd saiz kecil lebih menarik perhatian si manja anda.

Wednesday, February 16, 2011

Puding Roti Strawberry

Puding roti ni dah lama buat, cuma belum sempat post kat sini je. Ada kesempatan nak letak sini untuk rujukan masa depan. Kali ni saya gunakan roti berjem strawberry. Saya guna resepi yang saya dapat dari buku masakan Master Chef Sabri dan telah diubahsuai mengikut kesukaan saya.

Bahan2:
8 biji telur
1 tin susu cair UHT atau susu sejat
1 cawan gula (saya kurangkan setengah cawan kerana dah ada jem strawberi yang manis dalam tu)
1 buku roti (dipotong kecil/ dadu 2inci)
100gm mentega
40 gm kismis
1 sudu perasa vanilla
Sedikit garam

Cara2:
Sapukan mentega di dalam acuan.Pukul telur dan gula sehingga kembang, kemudian masukkan susu,perasa vanilla,garam dan kacau sehingga sebati.
Susunkan roti di dalam acuan dan tuangkan adunan tadi dan taburkan kismis.
Bakar dalam ketuhar 180darjah dan bakar 30minit.
Sejukkan dan bolehlah dihidangkan.

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul dan 12 Pesanan Nabi SAW

Salam Maulidur Rasul, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Perbanyakkanlah selawat ke atas nabi kita dan sentiasalah berusaha mengamalkan sunnahnya. 

Nabi Muhammad s.a.w. adalah guru yang sejati. Baginda bukan hanya menyampaikan ilmu, tetapi juga mendidik dan mentarbiah. Keutamaan baginya ialah umatnya. Beliau menghendaki supaya umatnya akan menjadi umat yang diredhai Allah, berjaya di dunia dan di akhirat dan berada di barisan hadapan dari umat-umat lain di padang mahsyar. Guru yang sejati tidak akan pernah putus asa menasihati murid-muridnya. Begitulah Nabi Muhammad s.a.w.. Baginda tidak jemu menasihati umatnya. Tidak ada yang memberi manfaat kepada umatnya melainkan telah diceritanya dan tidak ada yang merugikan mereka melainkan baginda telah melarangnya. Di antara pesanan Nabi Muhammad s.a.w. ialah tentang empat perkara yang setiap satunya disebut pula tiga ciri;

Perkara pertamaal-Muhlikat, iaitu perkara-perkara yang memusnahkan.
Perkara keduaal-Munjiyat, iaitu perkara-perkara yang menyelamatkan.
Perkara ketiga; al-Kaffarat, iaitu perkara-perkara yang menghapus dosa.
Perkara keempat; ad-Darajat, iaitu perkara-perkara yang mengangkat darjat/martabat.

Nabi Muhammad s.a.w. melanjutkan sabdanya; "Ada pun tiga perkara yang memusnahkan ialah;
Pertama; Sifat bakhil yang ditaati.
Kedua; Hawa nafsu yang dipatuhi
Ketiga; Seorang itu berasa takjub dengan diri
sendiri…
".

Nabi Muhammad melanjutkan lagi sabdanya; "Adapun tiga perkara yang menyelamatkan ialah;
Pertama; Bersederhana ketika miskin dan ketika kaya.
Kedua; Berlaku adil ketika suka dan ketika marah.
Ketiga; Takut kepada Allah ketika bersendirian dan ketika bersama orang ramai
…".

Seterusnya, bagi tiga perkara yang menghapus dosa, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda; "Adapun tiga perkara yang menghapuskan dosa;
Pertama; melangkahkan kaki untuk menunaikan solat berjamaah.
Kedua; menyempurnakan wudhuk sekalipun pada musim sejuk.
Ketiga; menunggu solat selepas solat"
.

Untuk pesanan terakhir, Nabi s.a.w. berkata; "Adapun tiga perkara yang mengangkat darjat ialah;
Pertama; bangun menunaikan solat malam pada saat orang lain sedang nyenyak tidur.
Kedua; memberi salam
Ketiga; memberi makan orang lain"
.

 Hadis yang memuatkan pesanan-pesanan ini diriwayatkan oleh Imam at-Thabrani r.a. dari Abdullah bin ‘Umar r.a. (anak lelaki sahabat besar ‘Umar bin al-Khattab r.a.). Menurut Syeikh Nasiruddin al-Albani; hadis ini adalah hasan.

Kek Coklat Kukus

Dalam pengukus, baru masak.. 

Setelah dipotong, sedia untuk di makan.

Kek coklat kukus ni adalah kek coklat yang saya selalu buat. Saya guna resepi yang saya dapat dari forum mesra.net.Dulu2 aktif berforum, timba ilmu masak jugak kot situ. Dah lama dapat dan praktikkan, memang senang dan sedap. Tak sempat nak buat topping, makan macam tu pon dah sedap. Resepi kredit to Chome dari forum mesra.net. Ni nak kongsi resepi seperti di bawah. Memang sangat mudah....Itu yang saya suka...hehe

Bahan2:
2 biji telur
2 cwn tepung gandum
1 cwn gula halus
1 cwn serbuk koko
1 cwn minyak @ butter
1 cwn susu pekat + air (susu & air dijadikan 1 cwn)
1 sudu the baking powder
1 sudu the soda bikarbonat
1 cwn air panas menggelegak
Cara2:
Masukkan semua bahan dalam bekas dan kacau sebati.
Dah sebati campurkan satu cawan air panas yang menggelegak.
Kacau hingga sebati.
Siap sedia untuk dikukus atau bakar. (saya buat kukus dalam 40minit)

Monday, February 14, 2011

Pizza Sempoi


 Untuk anak-anak.

Untuk mak anak-anak... =)
Semalam pergi makan Pizza di kedai sepupu husband di Padang Nenas. Kedai baru buka 2bulan, kira kali pertama la nak merasa. Semoga mereka suami isteri maju dan terus berjaya dalam bisnes pizza itu. Anak sulung saya sangat suka makan pizza. Maka teringat satu resepi pizza sempoi yang pernah jumpa di Myresipi. Tengok bahan2 penting ada lalu terhasillah pizza sempoi ini.Sangat sedap dan mudah disediakan. Resepi dan idea saya dapat dari sumbangan Hzasabrina. Minta izin copy paste resepi di sini yer..

Bahan-bahan ( ramai.. )
1-2 bantal roti (gardiena/high5)
3 ulas bwg merah & putih (dicincang)
1 paket sosej (didadu)
1 paket crab stick (didadu) (saya tak letak sebab tak ada)
3 kpg isi ayam (didadu) (saya tak letak)
sos cili/tomato
mayonis
serbuk lada sulah/lada hitam
marjerin (saya guna butter)
1 biji telur (dikacau)

Cara-cara
tumis bhn yg dicincang dan didadu dgn sedikit marjerin..perasakn dgn serbuk lada sulah/lada hitam/garam/pak aji (saya tak letak)..masukkan inti ke dlm telur tadi...
sapukan marjerin, sos dan mayo ke atas roti..then letakkan inti tadi..ulang sampi inti habis..
bakar 8-10min ataupun hingga agak garing..(if u all suka garing la..)
keluarkan pizza dan letakkan lagi sos dan mayo..sedia utk ngapp...

Sumber: Myresipi

Sunday, February 13, 2011

Banana Choco Smooties

Semalam terasa nak minum sesuatu yang lain sikit. Nampak ada pisang masak dan serbuk koko pon ada. Maka terhasillah air ini. Anak2 suka sebab ada rasa koko dan pisang.

Bahan2:
1-2 biji pisang (bergantung kepada saiz)
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu gula
1/2 tin susu cair
1 cawan air
sedikit ais batu

Cara2:
Masukkan semua bahan di dalam pengisar dan kisar hingga sebati dan ais hancur.
Sedia dihidangkan.

Saturday, February 12, 2011

Puding Laici

Puding laici ni antara kegemaran anak2. Sedap dimakan sejuk. Nak buat pon senang je. Untuk anak2 saya suka letak dalam acuan jelly yang kecil2 tu. Beli jelly perisa buah buahan pastu bekasnya saya simpan untuk letak puding2 yang boleh buat sendiri. Anak2 pon suka, macam jelly yang dibeli di kedai.

Bahan2:

Sebungkus agar2 tali (25gm)
1 tin buah laici
1 tin susu cair
3 cawan gula
3 cawan air

Cara2:
Masak agar2 bersama gula dan air sehingga agar2 betul2 hancur.
Kemudian masukkan laici beserta jusnya dan juga susu cair.
Saya blender sebahagian buah laici dengan sirapnya dan simpan sebahagian lagi untuk di tabur.
Apabila dah mendidih, bolehlah dimasukkan ke dalam acuan atau loyang.
Simpan di dalam peti sejuk, apabila sudah keras bolehlah dihidangkan sejuk.

Wednesday, February 9, 2011

Mi Lidi Rebus

Mi lidi ni sesuai untuk sarapan atau minum petang. Selalunya saya buat untuk sarapan, anak2 saya suka makan mi. Kalau masak mi memang habis dan tak cukup pulak.hihi.. Masak senang dan cepat, janji sedap dan mengenyangkan. Resepi yang selalu saya praktikkan seperti di bawah:

Bahan2:
1 bungkus mi lidi
1/4 ekor ayam dipotong kecil
3 ulas bawang putih dicincang
1 kiub ayam knorr
2 cawan air
1/2 inci halia
1 batang serai diketuk
sedikit asam limau
1 batang lobak merah dipotong kecil
brokoli
bunga kobis
1 sudu lada hitam kisar/tumbuk
garam secukup rasa

Cara2:
Masak air di dalam periuk, setelah mendidih masukkan mi lidi yang telah dibasuh dan masak selama 4minit.
Setelah mi sudah masak, keluarkan air yang panas tadi dan siram mi dengan air sejuk. Ketepikan.

Panaskan minyak didalam periuk dan tumiskan bawang putih cincang sehingga kekuningan, kemudian masukkan ayam yang telah dipotong kecil dan halia. Masak hingga ayam agak garing atau airnya keluar, masukkan air,serai, lada hitam, kiub ayam, garam. Masak sehingga mendidih, kemudian masukkan pula sayur-sayuran tadi dan asam limau. Tutup api apabila sayuran sudah masak (saya suka sayuran tu agak rangup, masak sekejap saje).

Bolehlah dihidangkan mi tadi bersama kuahnya. Kalau nak masukkan mi ke dalam periuk kuah pon boleh tapi saya prefer masukkan kemudian, tak suka mi tu kembang sangat nanti.

*boleh juga masukkan sayuran lain seperti sawi dan tomato, saya tak ada pulak stok tu. 
Saya makan dengan cili kicap untuk bagi rasa pedas. Anak2 tak makan pedas. =)

Tuesday, February 8, 2011

Apam Mentega

Semalam masa blogwalking nampak apam mentega ni kat rumah Kak Sofea di Penang tu. Tengok bahan2 pon semua ada, maka dah bercita2 nak buat petang tu. Mula tu macam jadi tak jadi je nak buat..haha.. Tapi akhirnya berjaya jugak menangkis segala virus M yang ada, maka terjadilah apam mentega ini. Anak2 suka sebab lembut dan gebu je apam ni. Minta izin copy paste resepi dari Kak Sofea, terima kasih kerana berkongsi resepi yang mudah dan sedap ni =) Gambar saya tak sempat nak keluarkan lagi, masih panas...kalau dah keluarkan tak sempat nak snap plak.. =)

APAM MENTEGA

Resepi: Sofea@after6am

 

Bahan-bahan ( +-50 biji )

  • (A) Bahan2 utk gula hangus:-
  • 11/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 250 gm mentega
  • (B)
  • 1 cawan gula castor 
  • 4 biji telur
  • 3 cawan tepung gandum ayak besama
  • 2 sudu teh soda bikarbonate
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara

  1. cara buat gula hangus: masukkan gula dlm periuk,masak dgn api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
  2. padamkan api dan masukkan air.nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega,kacau rata dan ketepikan.
  3. Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yg masih panas tadi.
  4. kemudian masukkan susu selang selikan dgn tepung.gaul semua hingga sebati.
  5. perap selama 1/2 jam.
  6. panaskan pengukus dan acuan lompang.tuangkan adunan ke dlm acuan.adunan ni jika dituang penuh kedlm acuan pun x mengapa sbb semasa masak dia x akan melimpah.
  7. Jika guna acuan lompang kukus selama lebih kurang 15 min - 20 min.tutup pengukus dgn kain supaya wap tidak jatuh ke bawah.
  8. selamat mencuba.......
Sumber: After6am

Saturday, February 5, 2011

Puding Koktail

Salam Sabtu yang terang. Lately agak sibuk, ipar duai semua balik di rumah mak mertua. 
Apapon, mari jamu mata dengan puding koktail yang mudah disediakan ni. Sedap di makan sejuk, letak ais sikit dalam tu memang best. Resepi dah lama dapat, tapi tak ingat ambil dari mana. Resepi di bawah adalah resepi yang telah diubahsuai serba sedikit oleh saya.

Bahan2:
Untuk Puding
1 cawan tepung kastad
5 cawan air
1 sudu gula

Untuk kuah:
1 tin susu cair
1 tin fruit koktail
1/2 cawan air
4 sudu gula
1 sudu esen vanila
1 sudu tepung kastad (dilarutkan dalam sedikit air)

Cara:
Untuk puding:
Masukkan semua bahan2 di dalam periuk dan masak hingga kelihatan pekat dan likat lutsinar.
Hendaklah sentiasa dikacau. Kemudian masukkan ke dalam acuan, atau bekas loyang.

Untuk kuah:
Masak semua bahan di dalam periuk hingga gula larut.

Puding yang telah disejukkan dipotong kecil (jika guna loyang) dan dihidangkan bersama kuah dan kiub ais.

Friday, February 4, 2011

Egg Benedict

Sesuai untuk sarapan atau minum petang. Saya bakar agak garing sebab suka rangup2 tepi roti tu..Resepi yang dah lama dapat dari Myresepi. Best dan senang disediakan. Saya copy paste kan resepi di sini.. Mintak izin yer Zurin dari myr.


Bahan-bahan ( 2 orang )
2 biji telur
2 keping roti putih - dibuang tepinya (saya tak buang)
lada hitam - freshly cracked
Sedikit butter atau majerin
Garam

Cara-cara
1. Butterkan bekas muffin atau bekas membakar kecil yg digunakan.
2. Letakkan sekeping roti didalam bekas muffin. Butterkan roti, taburkan sedikit lada hitam dan garam.
3. Pecahkan sebiji telur ke atas roti. Tabur lagi sedikit lada hitam & garam. Boleh juga ditaburkan sedikit cheese kalau mahu (optional)
4. Bakar pada suhu 180 C selama 15-20min atau hingga telur putih just set & telur kuning cair sedikit.

Sumber : Myresipi

Wednesday, February 2, 2011

Kerabu Ikan Tongkol

Salam pagi Rabu yang terang.,.Hari ni nampaknya belum ada tanda2 nak hujan..Matahari sangat terang di Terengganu ni.. Tengahri tadi masak Kerabu ikan tongkol macam Kak Nor Secubit Garam. Memang best la..Bak kata Kak Nor resepi ni dari Watierman kat Myresepi. Saya copy paste je resepi kat sini yer..


KERABU IKAN TONGKOL by Watierman MyR
sumber : Yani Deco Choco
sumber: K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan
1/2 ekor ikan Tongkol(ikan Kayu) sederhana besar
2 labu bawang besar
2 biji cili merah
5 biji cili api (boleh tambah kalau suka)
sedikit air asam jawa dicampur dengan secubit belacan dibancuh
secubit garam ikut selera anda
air perahan limau kasturi/ limau nipis

Cara-cara 
Ikan tongkol dicuci bersih dan dibelah dua
lumurkan sedikit garam pada ikan dan dibakar
Biar ikan masak sebelah baru dialihkan ke sebelah lagi
Sementara menunggu ikan masak bolehlah menghiris nipis...bawang besar, cili merah dan cili api
Bila ikan dah masak perisi ikan macam nak buat kuah laksa
Campurkan dengan bahan yang dihiris tadi
gaulkan bersama dengan air asam & belacan, garam secukup rasa dan perahkan limau kasturi ....dah siap untuk dihidangkan...Cubalah!

Lobak Putih Masak Air

Lobak putih ni sesuai untuk ibu2 yang breastfeed baby mereka. Katanya dapat menambahkan air susu badan. Saya tak pernah pulak cuba, sebab tak ada masalah 'kekurangan bekalan' semasa menyusukan anak kedua saya dulu.Alhamdulillah. Resepi seperti di bawah:

Bahan2:
2 batang lobak putih di potong bulat
2 biji bawang merah dimayang nipis
2 biji bawang putih dimayang nipis
1 inci halia dihiris
segenggam udang geragau
sedikit so'on
garam secukup rasa
air secukupnya

Cara2:
Panaskan sedikit minyak di dalam periuk dan tumiskan bahan2 yang dihiris nipis. Masak sehingga kekuningan, masukkan air,udang geragau dan garam. Apabila mendidih masukkan lobak putih dan so'on. Masak sehingga lobak putih empuk.

Tuesday, February 1, 2011

Krisis sebenar darurat di Mesir


Kalau anda membaca post ini, harap boleh sebarkan di facebook,  twitter, blog, tumblr masing2. Kalau boleh biar satu Malaysia tahu sebab ianya sangat penting. Ini melibatkan keselamatan, maruah, nyawa dan masa depan lebih 6000 pelajar Malaysia di sana. Kita harap dengan tersebarnya maklumat pihak kerajaan dapat melakukan tindakan yang sewajarnya.

edit: angka sebenar jumlah pelajar Malaysia di sana tidak diketahui, tapi ada sumber memaklumkan terdapat 11,000 rakyat Malaysia tinggal di seluruh Mesir.

edit 2 : beberapa rujukan telah ditambah.

Ringkasan : Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk ber-demo.

Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel. Media Malaysia kurang melaporkan berita mengenai ini dan ramai yang tidak tahu, ingat Mesir…bunyi Arab tu semua aman…semua baik-baik ke? Dah jadi riot baru kecoh satu dunia.

1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir
 Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar.

2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat
Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung.
Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.

3. 5000 banduan terlepas dari penjara
Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…5000 banduan telah terlepas dari penjara. 5000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas? Dengar2 banduan pula spesies ganas2 yang terlepas.
Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk.
  
4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak
Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan.
Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.
edit : Berikutan ada menyangkal point ini…ada baiknya anda lihat blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita dan mungkin rujuk entri ini juga

5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan
Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam nie.
Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya.

6. Airport, Balai Polis, Kereta diserang, dibakar
Lapangan terbang diceroboh dan di serang, dan segala urusan penerbangan banyak yang terpaksa di batalkan atas sebab keselamatan. Yang selamat hanya mereka yang ada pesawat peribadi.
Balai-balai polis dan kereta serta kenderaan di jalanraya banyak yang dibakar oleh perusuh. Terdapat juga insiden pihak tentera melanggar perusuh dengan kereta.

7. Bloggers seluruh Malaysia, take note!
Sebarkan maklumat berikut; dan minta kerajaan Malaysia memberi priority sebaik mungkin untuk isu ini.
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923

Atau melalui: 
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch 
 Twitter:  DyyaDizarch 
Blog: Nadia-ism 
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com
Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia

8. Sebar-sebarkan berita mengenai ini
Mintak tolong sebar berita ini di facebook,  twitter, yahoo messenger, email dll. Nak copy paste tak bagi kredit pun tak kisah kali ini, yang penting kita nak maklumat ini tersebar.

9. Bacaan berguna
Bagi yang tak tahu menahu mengenai isu ini boleh baca beberapa link berikut:
1. Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
2. Facebook Pages – Selamatkan Pelajar kita di Egypt
3. What’s happening in Egypt
4. Ariffshah : Krisis Mesir Nasib Pelajar Kita
5. Obefiend – revolusi piramid bukan MLM Mesi.

dipetik dari

*Tolong doakan adik ipar saya juga berada di Mesir di Tanta University.. 

Cucur Nasi Ikan Bilis

Minta maaflah..cucur saya leper..haha..tak sempat nak buat bolat2 cantik macam kak Yatie dan Kak Ayu.Janji rasanya memang sedap dan lembut je. Saya letak batang seleri yang dihiris halus je, tak ada sayur2 lain dan jugak sedikit cili merah yang dicincang. Resepinya dari rumah Kak Yatie . Terima kasih dan minta izin  copy paste resepi kat sini yer..

Bahan-Bahan
  • 2 cwn nasi sejuk
  • 2 cwn air
  • 1 biji bwg besar
  • 2 biji bwg putih
  • 70 gm udang geragau kering (satu bungkus harga RM 1.50)- rendam, cuci dan toskan
  • 2 1/2 cwn tepung gandum
  • 1 biji lada besar dihiris nipis ( saya belah 2, pastu buang biji dan cincang halus)
  • Daun sup/bawang (di hiris halus)
  • sedikit garam
  • Minyak untuk mengoreng
Cara Membuatnya
  1. Blend nasi bersama air, masukkan sekali bwg putih dan bwg besar...kisar sebati.
  2. Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
  3. Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati. Masukkan sekali udang geragau yg telah di cuci dan di toskan tadi. Gaul lagi sehingga sebati.
  4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
  5. Saya gunakan tangan saja utk men=jemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah. Selamat Mencuba...