Wednesday, February 16, 2011

Puding Roti Strawberry

Puding roti ni dah lama buat, cuma belum sempat post kat sini je. Ada kesempatan nak letak sini untuk rujukan masa depan. Kali ni saya gunakan roti berjem strawberry. Saya guna resepi yang saya dapat dari buku masakan Master Chef Sabri dan telah diubahsuai mengikut kesukaan saya.

Bahan2:
8 biji telur
1 tin susu cair UHT atau susu sejat
1 cawan gula (saya kurangkan setengah cawan kerana dah ada jem strawberi yang manis dalam tu)
1 buku roti (dipotong kecil/ dadu 2inci)
100gm mentega
40 gm kismis
1 sudu perasa vanilla
Sedikit garam

Cara2:
Sapukan mentega di dalam acuan.Pukul telur dan gula sehingga kembang, kemudian masukkan susu,perasa vanilla,garam dan kacau sehingga sebati.
Susunkan roti di dalam acuan dan tuangkan adunan tadi dan taburkan kismis.
Bakar dalam ketuhar 180darjah dan bakar 30minit.
Sejukkan dan bolehlah dihidangkan.

9 comments:

Azlita Aziz said...

suami ita paling suka puding roti... makan pula dgn caramel atau sos kastard... emmm... mmg Yummy!!

~Norul Mas Hana ~ said...

Suami saya pon suka...ehehhe

K.Nor said...

k.nor suka puding roti makan dgn sos coklat.. best :)

~Norul Mas Hana ~ said...

wahh..saya tak pernah try lg mkn dgn sos coklat..kena try ni.. =)

Sheila Shafeareen said...

Salam ye mmg sdp le kalau dpt utk minum ptg manu ni dan kalau ada sos kasted or sos coklat pun sdp try ye Norul...

~Norul Mas Hana ~ said...

Wkmslm kak shiela,
sos kastad dah biasa...tak pernah try ngan sos coklat je.. =) nnt saya nak kena try laa..

izahdaut said...

Wah mmg best .. Dapt pulak lawan puding tu panas dan sos nyer sejuk2 pastu tambah aiskrim.. Mmg best.. Eh maknanya ada rasa strawberi jugak la ye.. Wah mcm2 raasa ek

Kak Sam said...

Assalamualaikum...
Suka..suka. Tapi kalau buat mesti kena abiskan sorang2. Pastu badan naik pun sorang2. Sian kan.

~Norul Mas Hana ~ said...

wah kak izah,
tak pernah mkn ngan ais krim..mesti best..

Kak sam,
'customer' tak suka ek?
Takpe buat sikit je utk mkn sorang.. =)