Monday, January 31, 2011

Nasi Minyak

Salam hari Isnin yang terang...Alhamdulillah, hari ni agak terang dari sebelum2 ni. Hampir setengah hari habis di hospital tadi. Tak larat nak mengejar si hero yang tak nak duduk diam..biasalah budak2.. Mendaftar dah hampir 30minit, tunggu giliran jumpa doktor pulak dekat sejam jugak.Lepas tu pergi kat bilik suntik untuk ambil sampel darah, sekali dah pukul 1 diorang rehat lak sampai pukul 2pm. Kena tunggu, pergi minum di kantin hospital, pastu pukul 2pm ambil darah, tunggu result 50minit baru siap. Waahh kena tunggu lagi, makanya pergi la solat dulu di masjid Ladang, nasib baik dekat je. Pastu baru leh jumpa doktor dan ambil ubat. Fuhh...Nasib baik sebelum ke hospital dah masak siap2. Kalau tak...ada yang hangin nanti..haha..Hari ni masak yang senang je, nasi minyak, lauk gulai kambing (resepi di SINI ) dan acar tomato pedas. Resepi nasi minyak yang saya buat macam kat bawah, sumber mak mertua.

Bahan2
2 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar gula
garam secukup rasa
1 helai daun pandan (dipotong)
3 cawan nasi
3 cawan air
2 sudu besar susu cair
sedikit kismis hitam

Cara2:
Panaskan sedikit minyak di dalam periuk, biasanya saya pakai periuk rice cooker je.
Tumiskan rempah 4 sekawan sehingga naik bau, kemudian masukkan air, sos tomato,gula, garam, susu dan daun pandan. 
Apabila mendidih, masukkan beras yang telah dicuci tadi serta kismis dan tanak sehingga beras kelihatan agak kembang.
*Kuantiti air mengikut jenis beras yang anda guna,macam masak nasi biasa.
Kemudian letakkan di atas rice cooker dan masak sehingga nasi betul2 masak.

Sunday, January 30, 2011

Ikan Cencaru Sumbat

Minta maaf awal2..gambar bersememeh..haha..itu kes sumbat terlebih la tu..rugi kelapa nanti..dah la mahal..hihi..semua dah naik harga kan sekarang..nak cerita pasal naik harga barang2 dapur ni leh naik darah..haha..Ikan cencaru memang sangat sesuai dibakar..Nak buat pon senang. Kalau paling ringkas, saya selalu lumur garam sikit pastu balut dengan aluminium foil, pastu bakar je atas dapur..Pastu makan dengan sambal atau air asam. Tapi kali ni kelapa parut ada, try menyumbat la pulak..Cari resepi kat Google, pastu keluar resepi kat SINI. Terima kasih tuan tanah... hihi..

Bahan2:
* 2 Ikan Cencaru sederhana besar

* 3/4 cawan Kelapa parut @ 1/2 cawan desiccated coconut (dicampur dgn air panas,kacau dan panaskan sekejab dlm microwave) 
* Bawang merah 2-3 ulas ditumbuk lumat 
* Halia (suku inci) ditumbuk lumat 
* Kunyit 1/2 inci 
* Sebtg serai yg dipotong nipis 
* Cili boh/ Cili Giling
* garam,gula

* cili merah dipotong kecil (pilihan) 


Cara2:
1. Ikan dibersihkan dan dibelah belakang 
2. Bawang kecil, halia,kunyit,serai dan cili ditumbuk bersama 
3. Campurkan dan gaul rata bahan yg ditumbuk dgn kelapa dan cili merah yg dipotong dan masukkan garam serta gula secukup rasa. 
4. Masukkan bahan yg ditumbuk tadi di belahan belakang dan depan serta lumurkan ikan dgn sedikit garam shj. 
5. Bakar ikan sehingga masak.  


Telur Sambal Hancur

Bila esbox dah tak berapa nak penuh, telur sangat membantu..hihi.. My Sunshine (and family saya) tak makan lauk haiwan darat bercampur dengan haiwan laut. Makanya bila masak ikan, tak boleh nak buat gulai kambing atau ayam. Makanya, telur memainkan peranan. Sedap jugak makan sambal telur hancur ni..buat pedas skit, memang umphh...Biasanya masa kecil arwah mak saya selalu masak nasi lemak berlaukkan telur sambal hancur ni..tapi tak sempat nak belajar resepi cara arwah mak saya..ni resepi saya dapat kat myresepi.

Bahan2:
3 biji telur ayam
2 ulas bawang putih dicincang halus
2 sudu besar cili kisar
1 mangkuk air asam jawa
1 sudu besar gula
garam secukup rasa

Cara2:
Panaskan minyak di dalam kuali.
Tumiskan bawang putih sehingga kekuningan.
Kemudian masukkan cili kisar, masak hingga cili kisar garing.
Masukkan air asam jawa, garam dan gula.
Apabila mendidih masukkan telur satu per satu. Biarkan sehingga telur masak dan kacau sedikit2.
Bolehlah diangkat apabila telur sudah masak.

Sumber: Myresipi

Ayam Panggang

Salam pagi Ahad yang dingin..
Lately Terengganu asyik hujan je. Kalau tak hujan pon mendung dan angin kuat. Tak berapa sesuai untuk aktiviti outdoor.. Selalu makan makanan berminyak, nak jugak tukar pada bakar atau panggangkan. Ayam panggang memang sedap,anak2 pon memang suka. Resepi ayam panggang yang saya selalu praktikkan macam kat bawah ni, tapi tak ingat amik kat mana..huhu..yang penting simple dan sedap.. =)

Bahan2:
1/2 ekor ayam dipotong
5 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
3 inci halia*
(bahan bertanda * dikisar)
1 sudu besar serbuk lada putih
2 sudu besar kicap pekat
2 atau 3 sudu besar madu
sedikit garam

Cara2:
Perap ayam dengan semua bahan2 di atas sekurang-kurangnya 3jam.
Kemudian bakar hingga masak. Saya bakar dalam oven je..

Friday, January 28, 2011

Pajeri Nenas

Salam petang Jumaat.. Pajeri nenas ni kalau makan dengan ikan goreng je pon dah ngam sangat. Kena lak dengan nasi panas, berpeluh. Hehe..Resepi yang saya biasa buat macam kat bawah. Maaf gambar tak cantik..huhu

Bahan2:
Sebiji nenas dipotong
1 inci halia*
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 sudu besar udang kering*
(bahan bertanda * ditumbuk)
1 batang kulit kayu manis
6 sudu besar rempah kari (dibancuh dengan sedikit air)
2 sudu besar kerisik
2 cawan santan
2 sudu besar gula merah (saya guna gula melaka)
garam secukup rasa

Cara2:
Panaskan minyak masak di dalam periuk. Tumiskan bahan2 yang ditumbuk bersama kulit kayu manis dan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air tadi.
Apabila nampak agak garing, masukkan kerisik dan nenas.
Kacau supaya rempah tak melekat di dasar periuk. Air nenas akan keluar masa ni.
Apabila air nenas agak kering, masukkan santan, garam dan gula merah.
Masak sehingga kuah pekat dan naik minyak. Bolehlah diangkat.

*Nenas diganti dengan terung pon boleh =)

Thursday, January 27, 2011

Kerabu Taugeh



Kerabu taugeh ni dah lama buat, ada simpan gambar. Sekarang baru nak letak kat dalam blog ni..Resepi dapat dari Myresepi. Sedap dan mudah disediakan. 

Bahan-bahan ( 4 orang )

Sebungkus taugeh (dlm 50sen kalau kat msia)
3 ulas bawang merah (dihiris)
7 biji cili padi (dihiris)
Seinci belacan (dibakar)
Sedikit udang kering (rendam dulu)
1 sudu teh lada hitam biji
2 sudu makan air perahan lemon/limau
1 sudu makan kerisik
Garam & gula secukup rasa



Cara-cara
Taugeh/pucuk paku hendaklah dicelur terlebih dahulu. Jgn lama sgt, nanti lembik pulak.
Kemudian toskan airnya. Ketepikan dulu.Hiris halus bawang merah & cili padi.
Tumbuk udang kering, belacan, lada hitam dan kalau nak pedas tambah sedikit cili padi.
Tumbuk sampai lumat.
Masukkan bahan2 yg telah ditumbuk tadi ke dalam taugeh/pucuk paku. Gaul rata.
Masukkan kerisik. Gaul rata lagi, jgn biarkan kerisik berketul.
Akhir sekali masukkan air perahan lemon/limau, garam & gula. Sedia untuk dimakan dgn nasi panas.
Sumber : Myresipi

    Nasi Lemak

    Termenung jugak pagi tadi, fikir nak masak apa untuk sarapan. Cadangnya nak ke hospital pagi ni makanya masak lah nasi lemak lebih sikit untuk lunch terus. Kat Terengganu ni memang makan nasi lemak dengan sambal ikan, biasanya ikan tongkol tapi tak ada stok pulak. Buat je lah ikan biasa je, tak tahu nama ikan apa..hehe.. Lepas tu buat telur dadar, cukuplah.Resepi nasi lemak style mak mertua macam kat bawah:

    Bahan2:
    3 Cawan beras
    1 cawan santan
    1 cawan air
    (ikut jenis beras,seperti masak nasi biasa)
    sedikit garam
    1 inci halia dihiris
    2 cengkih
    2 kuntum bunga lawang
    1 batang kulit kayu manis
    2 sudu minyak masak
    1 helai daun pandan

    Cara2:
    Masukkan semua bahan2 ke dalam rice cooker dan masak seperti masak nasi biasa.
    Guna petua  Kak Nor Secubit Garam biarkan beras terendam seketika sebelum masak untuk mendapatkan nasi yang lembut dan gebu. Terima kasih kak nor, kongsi kat sini yer..Mintak izin... 
    Alhamdulillah, gebu nasi lemakku..hehe 

    Wednesday, January 26, 2011

    Kek Kukus Susu


    Salam Rabu yang dingin.. Pagi tadi lepas sarapan sebelum start masak untuk lunch buat kek kukus susu ni. Dah lama ternampak resepi kat myresepi dan baru hari ni dapat buat. Caranya pon senang dan bahan2 pon tak banyak sangat.Saya cuma buat separuh adunan dari resepi di bawah, makan untuk 4 orang saja. =) sedap, lembut dan gebu. Anak2 suka..

    Bahan-bahan ( 1 keluarga )

    250 g butter
    1 cawan gula halus
    6 biji telur ayam
    1 sudu teh esen vanilla
    3 cawan tepung naik sendiri
    1 cawan susu pekat
    1/2 cawan air


    Cara2:
    Pukul butter dgn gula hingga kembang
    Masuk kan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla
    Masuk kan tepung naik sendiri dan susu pekat yang di bancuh dengan 1/2 cawan air.
    Masuk kan aduanan dalam loyang bulat yang sudah di geles dengan sedikit butter dan tepung
    Kukus selama 30 minit atau sehingga masak. Untuk mengelak kan permukaan kek berlekuk @ tidak rata, balut penutup pengukus dgn kain.
    Sejukkan sebentar dan sedia di hidang.

    Sumber: Myresepi

    Tuesday, January 25, 2011

    Bendi Goreng Sos Tiram

    Ini sayur untuk lunch. Ada sayur bendi tapi nak cuba resepi baru. Biasanya masak berlada dan letak dalam kari atau singgang ataupon rebus gitu je makan dengan sambal. Sekali ternampak kat blog Resepi Raidah resepi ni, makanya mencuba la dengan jayanya. Alhamdulillah.. Kak Raidah, mintak izin share sini yerr.. Sedap dan mudah disediakan, itu yang penting.. =)

    Bahan-bahan:
    15 biji bendi
    5 ulas bawang putih ~ didadu kecil2
    1 sudu besar udang kering yg telah disangai dan dimesin halus
    2 sudu besar sos tiram
    1 sudu besar kicap cair
    2 keping asam keping ~ guna untuk merebus bendi
    Air
    Garam (jika perlu) dan sedikit gula
    Minyak untuk menumis
    **Kalau ingin pedas, bolehlah tambah cili api yg diketuk atau ditumbuk.


    Cara penyediaan:1. Panaskan air dan masukkan asam keping ke dalam periuk. Bila air mendidih masukkan bendi yg telah dibersihkan dan masak hingga bendi masak. Angkat dan toskan airnya. Bila dah agak sejuk buangkan hujung dan pangkal bendi tadi.
    2. Panaskan minyak dan gorengkan bawang putih sehingga garing dan angkat bawang tadi.
    3. Dengan menggunakan api yg besar, masukkan sos tiram dan kicap serta air. Kacau rata. Perasakan masinnya. Saya suka letak sedikit gula utk menyedapkan lagi rasa. Masukkan bendi dan tutupkan api.
    4. Angkat dan taburkan dengan bawang putih yang telah digoreng dan udang kering.



    Sumber: Resepi Raidah

    Malaysian Mom Bloggers'

    Bismillahirrahmanirrahim...Salam Isnin yang nyaman.. Di Kuala Terengganu ni sejuk je, macam nak hujan, tapi belum lagi, angin kuat, tu yang nyaman tu...anak saya yang sedang dalam diapers free training pon dah berapa kali terlepas, sebab sejuklah kot..huhu..itulah cabaran dalam seminggu ni nak bagi dia betul2 diapers free. Takpe..yakin boleh!!

    Ohh ya...entry ni sebenarnya specially nak cerita pasal page di Facebook yang bernama


    Saya join contest kat SINI bagi mempromosikan page ni disamping nak kongsi info jugak.Bagi sesiapa yang ada akaun Facebook tu boleh lah join page ni. Banyak manfaatnya, boleh berkongsi macam2 info dengan rakan2 bloggers yang lain, boleh join contest dan macam2 lagi.Pendek kata macam2 ada kat page tu. Jenguklah ye kawan2..Join and you will know it!!

    Monday, January 24, 2011

    Puding Roti

    Sebelum dipotong
    Setelah dipotong
    Bila ada roti yang dah nak expired tapi nampak macam tak berapa laku tu, buatlah puding ni..Nak elak membazir...Buat macam ni,gerenti habis... =)

    Bahan2:

    11gm agar2
    1 cawan gula pasir
    5 cawan air
    7 keping roti
    1 tin susu cair
    3/4 tin susu pekat (kalau tak nak manis sangat boleh kurangkan)
    3 biji telur
    3 sudu besar tepung jagung
    3 sudu besar tepung kastad
    pewarna merah dan hijau

    Cara2:
    Masak agar2 dengan gula pasir dan air sehingga hancur.
    Kisarkan roti, susu cair,susu pekat,telur,tepung jagung, tepung kastad dalam blender hingga sebati.
    Masukkan bahan2 yang dikisar tadi ke dalam periuk agar2 tadi.
    Masak sehingga mendidih, kena sentiasa kacau supaya tak hangus.
    Bila dah masak, bahagikan kepada 3 bahagian dan letakkan pewarna.
    Letakkan sesenduk ke dalam loyang berselang seli sehingga habis.
    Bila dah sejuk boleh diletakkan ke dalam peti sejuk.
    Sedap dimakan sejuk...

    Sumber: Myresepi

    Saturday, January 22, 2011

    Arrowhead Chips

    Ini lah gambar arrowhead ni..nama lain dia tak dapat dipastikan. Mak mertua beli di pasaraya pagi tadi, buat projek chips ni...sangat mudah dan sangat sedap sebagai kudap2an. RM3.50 sekilo di Kuala Terengganu ni. Cuma kupaskan kulit dan buang pucuk dia tu, kemudian sagat nipis2 macam nak buat kerepek pisang tu dan terus digoreng dalam minyak yang panas. Goreng hingga kekuningan dan boleh di taburkan sedikit garam jika mahu. Bagi saya tak letak garam pon dah sedap..
     Inilah hasilnya...yummy!!

    Mengisi masa lapang

    Salam Sabtu yang damai..hari ni matahari sangat terang di Terengganu ni.. Alhamdulillah..
    Kali ni nak cerita pasal hobi yang lain saya iaitu membaca. Sekarang saya addicted to books written by Ustaz Hasrizal ni, juga penulis blog Saiful Islam. Sekarang saya sudah miliki 2 buah buku seperti di dalam gambar di atas. Murabbi Cinta sudah tamat, sekarang untuk menghabiskan beberapa chapter lagi dalam iSecangkir Teh Pengubat Letih. Isi kedua-dua buah buku ini langsung tidak menjemukan bahkan rasa tak sabar nak baca sampai habis. 
    Ini pula buku yang dah beli tapi masih belum mula membacanya...tengah tunggu turn..hihi..
    Teringat masa bekerja di Kuala Lumpur dulu2..masa dalam LRT pergi dan balik kerja mesti saya habiskan dengan membaca buku2 yang saya beli, biasanya di kedai buku second hand di Amcorp Mall. Saya fikir masa di ambil dari stesen Universiti ke Ampang Park agak lama, daripada duduk dalam LRT hanya 'awak tengok saya,saya tengok awak' je dalam tu baik tengok buku..hehe...Masih tak dapat lupa, saya selalu terserempak dengan seorang perempuan (kakak) yang selalu menghabiskan masa dalam LRT dengan membaca tafsir Al-Quran..sangat baguskan...
    Oh ya...selain buku2 motivasi, saya juga suka mengumpul buku masakan, cuma belum dapat nak mencuba semua resepi2 itu..Nanti saya cerita lagi... =)

    Friday, January 21, 2011

    Apam Balik

    Biasanya dapat di pasar malam. Tapi kena tunggu pasar malam laa...Bila jumpa resepi kat myresepi dan bahan2 pula semua ada stok, makanya buat sendiri je la...Alhamdulillah hasilnya sama macam kat pasar malam, cuma kita boleh lebihkan jagung dan kacang kisar dan boleh masak garing2 skit...

    Bahan-bahan ( 4-5 orang ):
    2 cawan tepung gandum
    ½ cawan gula
    1 sudu teh soda bicarbonate
    1 sudu teh baking powder
    Sedikit pewarna kuning
    1 biji telur
    1½ cawan air
    Sedikit mentega/planta untuk mengoles
    Bahan tabur : Kacang tanah yang sudah dikisar

    Cara2:

    Mesin gula bersama telur hingga kembang,

    Masukkan soda, bicarbonate, air dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati.

    Masukkan tepung dan mesin lagi sehingga sebati. (ADUNAN SIAP)

    Oleskan planta di permukaan kuali & tuangkan 1 senduk adunan tadi, kemudian nipiskan.

    Biarkan seketika & sementara menunggu masak, taburkan bahan tabur di atas.

    Apabila cukup masak, angkat dan dilipat DUA sebelum dipotong. Selamat Mencuba!

      Bubur Caca

      Gambar ni yang lama punya...saja nak tempek dalam ni, mana tau nanti dah tak ada idea nak masak, tengok ni leh dapat idea. Bubur caca ni saya tambah pisang dalam tu...

      Bahan2:
      1/2 kg bubur caca
      3 biji pisang dipotong serong
      1 cawan santan pekat
      2 cawan santan cair
      5 sudu gula
      sehelai daun pandan
      secubit garam

      Cara2:
      Basuh bubur caca dan masukkan ke dalam periuk bersama santan cair, gula, garam dan daun pandan.
      Masak sehingga bubur caca masak atau kembang, masukkan santan pekat dan pisang, perlahankan api. Kacau selalu supaya mengelakkan santan berkepala. Apabila mendidih bolehlah ditutup api dan diangkat.

      Pulut pagi

      Sarapan pagi tadi...pulut makan ngan kelapa parut. Kelapa tu yang muda bukan yang untuk buat santan tu...nanti terlekat kat tekak..hehe..

      Bahan2:
      1/2 kg pulut
      2 sudu besar gula
      sedikit air
      kelapa parut
      sedikit garam

      Cara2:
      Basuh pulut bersih dan masukkan ke dalam rice cooker dengan sedikit air...macam masak nasi jgk..tapi airnya kurang sedikit daripada masak nasi. Masukkan gula dan masak seperti biasa.
      Apabila dah masak boleh dimakan dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam. Boleh juga dihidangkan bersama keropok keping dan ikan masin.. =)

      Air Jambu Batu

      Air penyejuk tekak...Di Terengganu ni banyak stall tepi2 jalan jual air jambu batu..tapi kalo ada bahan2 di rumah baik buat sendiri kan..Jambu batu boleh mengurangkan kadar kolestrol dalam badan..Jom minum..

      Bahan2:
      1 biji jambu batu (dibuang biji)
      3 cawan air
      2 sudu besar gula
      2 sudu besar asam boi serbuk
      air batu secukupnya

      Cara2:
      Potong jambu batu kecil2, masukkan ke dalam blender bersama gula,air dan asam boi serbuk.
      Blen sampai hancur dan sebati, kemudian hidangkan bersama ais...

      Thursday, January 20, 2011

      Kailan Goreng Belacan

      Ini sayur untuk lunch hari ni. Senang dan cepat disediakan. Selain sayur kangkung, kailan juga mengandungi kandungan Vitamin A yang tinggi yang baik untuk penglihatan, kulit dan daya tahan badan terhadap infection. Haa..banyak khasiatnya. Saya sekarang masih lagi berusaha mengajar anak2 makan sayur2an ni.. Buat masa sekarang ni anak2 hanya suka makan lobak dan cauliflower saja..Masa untuk mengajar anak2 makan sayuran hijau pula... =)

      Bahan2:
      3 pokok sayur kailan dipotong
      *bahagian batang dihiris nipis
      1 biji bawang besar*
      2 ulas bawang putih*
      1 biji cili merah*
      (bahan bertanda * ditumbuk kasar)
      secubit belacan bakar
      garam secukup rasa
      sedikit air

      Cara2:
      Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan2 yang ditumbuk dan belacan sehingga agak garing dan masukkan sedikit air. Kemudian masukkan bahagian batang yang dihiris nipis,biarkan seketika sehingga sayur agak lembut kemudian masukan garam dan sayur bahagian daun pula. Apabila sayur kelihatan layu boleh lah diangkat.

      Ikan Masak Kicap

      Hari ni kena masak simple2 saja..actually hari2 pon masak simple..tapi hari ni anak teruuna ku baru mula toilet training diapers free.Dia dah 2tahun. Maka nya kena lebih sikit perhatian kat dia, dalam 30minit sekali kena tanya nak pee pee ke nak poo poo ke..hehe.. Tapi ada jugak nyanyuk nye..terlepas..biasa la..nama pon training kan.. Moga kitaorg success. Lunch hari ni masak ikan masak kicap je, ikan singgang, ikan goreng dan sayur kailan.Resepi untuk masak kicap ni banyak jenis, resepi yang saya masak hari ni macam di bawah:

      Bahan2:
      3 ekor ikan sardin @ ikan selayang digoreng garam dan kunyit
      1 biji bawang besar*
      2 ulas bawang putih*
      1 inci halia*
      1 inci lengkuas*
      (bahan2 bertanda * ditumbuk)
      1 sudu cili kisar
      1 biji cili merah dihiris
      1 biji tomato dibelah 4
      1 keping asam keping
      3 sudu besar kicap pekat
      1 sudu gula
      garam secukup rasa
      sedikit air

      Cara2:
      Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar dan cili kisar hingga garing. Masukkan air, kicap pekat, gula,garam dan air. Apabila menggelegak masukkan ikan yang telah digoreng tadi, asam keping, cili merah dan tomato. Masak hingga kuahnya agak pekat. Kalau nak kuah banyak, lebihkan airnya.Siap..

      Wednesday, January 19, 2011

      Gulai lemak telur

      Pagi tadi ada appointment di hospital, biasanya akan banyak menghabiskan masa menunggu giliran di hospital dan wajib balik dalam pukul 1petang juga. Maka sebelum ke hospital tu sudah masak awal2 untuk lunch, semestinya menu paling ringkas dan mudah disediakan. Tertimbul pulak idea nak masak gulai lemak telur ni. Biasa memang orang buat guna telur itik, tapi nan adolah kan...telur ayam pon jadi la...hikss..

      Bahan2:
      4 biji telur ayam (biasanya saiz besar B atau A)
      1 biji bawang merah kisar
      1 biji bawang putih diketuk
      3 biji cili padi di tumbuk (nak lebih pedas tambahla)
      1 keping asam keping
      sedikit serbuk kunyit
      1 paket santan serbuk
      2 cawan air
      1 helai daun kunyit dihiris

      Cara2:
      Bancuhkan santan serbuk dengan air. Masukkan bawang merah kisar, bawang putih, asam keping,cili padi, garam dan serbuk kunyit. Masak sehingga santan mendidih, hendaklah sentiasa dikacau supaya santan tak berkepala. Apabila sudah mendidih pecahkan telur satu persatu di dalam periuk tadi dan kecilkan api.Masukkan pula daun kunyit yang dihiris. Masak sehingga telur masak.

      **saya tak kisar cilipadi sebab anak2 tak makan pedas. Saya cuma penyekkan je cilipadi tu dalam pinggan masa nak makan.. =)

      Daging Goreng Kunyit


      Daging kambing masih banyak dalam freezer. Kalau masak gulai kambing mesti dikenakan nasi minyak baru ngam...Masalahnya hari Ahad lepas baru makan nasi minyak ngan kari gulai kambing. Fikir punya fikir, last2 masak goreng kunyit je la..makan dengan nasi putih panas baru ngam.

      Bahan2:
      1 kg daging kambing dihiris nipis
      1/2 sudu kunyit serbuk
      sedikit garam
      1 biji bawang besar dipotong bulat
      1 biji bawang putih diketuk
      1 biji lada merah dihiris nipis
      1 inci halia diracik

      Cara2:
      Daging digaul dengan garam dan kunyit serbuk.
      Kemudian masukkan daging ke dalam kuali dan masak hingga keluar air daging.
      Apabila air daging agak kering, masukkan bawang putih, halia dan sedikit air lg supaya daging empuk.
      Bila air sudah agak kering masukkan pula bawang besar dan lada merah. Masak hingga bawang dan cili merah kelihatan layu dan bolehlah diangkat.




      Tuesday, January 18, 2011

      Ayam Gulai Darat

      Untuk pelbagaikan masakan ayam bolehlah cuba resepi ni..simple dan senang...

      Bahan2:
      1inci lengkuas*
      2 biji bawang merah*
      1 ulas bawang merah*
      1/2 inci kunyit hidup*
      (bahan2 bertanda * dikisar)
      1/2 ekor ayam dipotong
      1 biji kelapa (diambil santan)
      2 sudu cili kisar
      3 sudu besar rempah kari ayam
      1 keping asam gelugur
      garam secukup rasa

      Cara2:
      Masukkan ayam,santan,bahan kisar,cili kisar,rempah kari dan dikacau sehingga mendidih.
      Kemudian masukkan asam gelugur dan garam. Masak sehingga ayam masak.

      **jika suka lebih pedas lebihkan cili kisar..
      Sumber: Myresepi dan diolah serba sedikit

      Pak Choy with oyster sauce

      Sesekali nak makan chinese style..Pak choy oyster sauce ni sangat mudah...simple yet delicious!! Bahan2 pon senang je nak dapat...paling penting sihat...vege kan...

      Bahan2:
      Seikat pak choy (nak banyak mana pon boleh)
      3 ulas bawang putih dicincang halus
      2 sudu makan sos tiram
      1 sudu tepung jagung
      sedikit garam
      1/2 cawan air

      Cara2:
      Panaskan minyak masak di dalam kuali, masukkan bawang putih goreng hingga kekuningan.
      Masukkan sedikit air dan sos tiram juga sedikit garam.
      Kemudian masukkan tepung jagung kacau hingga agak sedikit pekat masukkan pula sayur pak choy.
      Jika inginkan kuah yang kurang pekat tambah air lagi.Biasanya kuahnya pekat baru best...

      Monday, January 17, 2011

      Kari Ikan Kacang

      Tengok dalam freezer ada ikan kacang ni....Makanya lunch ni makan kari ikan kacang...
      Resepi seperti kari ikan biasa je...resepi yang macam biasa saya praktikkan.

      Bahan2:
      2 biji bawang besar*
      1 ulas bawang putih*
      1inci halia*
      (bahan bertanda * dikisar)
      1 ekor ikan kacang dipotong
      1/2 sudu biji sawi
      1/2 sudu halba
      2 sudu besar kari ikan Adabi (digaulkan dengan sedikit air dijadikan pes)
      1 mangkuk air asam jawa
      1 mangkuk santan
      sedikit air
      sedikit garam
      2 pelepah daun kari

      Cara2:
      Panaskan minyak di dalam periuk. Tumiskan bahan kisar,biji sawi,halba dan daun kari sehingga naik bau.
      Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air. Masak hingga betul2 garing atau pecah minyak. Masukkan air asam jawa dan ikan.Bila dah menggelegak masukkan santan dan garam. Masak sehingga menggelegak dan bolehlah diangkat.

      **kalo nak masukkan bendi atau tomato pon boleh..saya tak letak sebab takde stok =)

      Bubur Jagung bersama sagu


      Bubur jagung ni anak2 sangat suka...saya pulak memang suka tambah sagu dalam bubur, apa2 bubur yang manis la..sagu banyak, lagi saya suka...anak2 pon dah terikut saya. Dah suka makan sagu kecil2 tu...

      Bahan2:
      1 tin jagung (untuk jagung tongkol, dihiris nipis)
      3 sudu sagu dibersihkan dan ditoskan
      4-5 sudu besar gula pasir (boleh lebihkan jika suka lebih manis)
      200ml santan kotak
      2 cawan air
      sedikit garam

      Cara2:
      Masukkan santan,air, gula, jagung, garam,sagu di dalam periuk dan masak hingga mendidih juga sagu kembang atau jernih.Masak dengan api perlahan dan hendaklah sentiasa dikacau.

      **boleh juga menambahkan gula merah jika suka

      Sunday, January 16, 2011

      Cucur Labu


      Ada orang panggil cucur, cekodok dan jemput2. Semuanya sama saje..hehe..Cucur ni senang disediakan dan memang mengenyangkan. Kena pulak dengan kopi panas...wahh

      Bahan2:
      1/2 biji labu manis
      500gm tepung gandum
      5 sudu gula pasir
      1/2 sudu garam
      air secukupnya

      Cara2:
      Rebuskan labu yang dipotong dadu sehingga empuk dan di lecek.
      Kemudian masukkan gula, garam dan tepung secara sedikit sedikit ke dalam labu yang telah dilecek tadi.
      Masukkan air. Kemudian (dijemputkan) goreng di dalam minyak yang panas. 


      Nasi Goreng Udang

      Udang adalah makanan kegemaran anak sulung saya...Maka, rumah saya sentiasa ada haiwan ini di dalam freezer.Nasi goreng udang ni adalah nasi goreng yang paling senang dan cepat untuk disediakan.Cepat buat, cepat lah makan...hehe

      Bahan2:
      2 mangkuk nasi putih sejuk
      beberapa ekor udang
      1 biji telur
      1 batang lobak merah dihiris halus
      1 biji bawang merah*
      1 ulas bawang putih*
      (bahan2 bertanda * dikisar)
      2 pokok daun bawang
      garam secukup rasa

      Cara2:
      Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar hingga naik bau.
      Masukkan udang dan kacau sehingga udang betul2 masak.
      Masukkan lobak merah yang dihiris. Kemudian masukkan nasi putih dan cili merah.Gaul ratakan nasi.
      Masukkan pula telur yang dipukul dan garam. Gaul sebati nasi dan siap.
      Taburkan daun bawang yang telah dihiris semasa hendak makan.

      Bawal Sweet Sour


      Bawal sweet sour ni senang sangat nak buat...Isi ikan bawal yang juicy tu memang best..

      Bahan2:
      Seekor ikan bawal 
      1 sudu besar tepung jagung
      2 biji bawang besar*
      1 biji bawang putih*
      (bahan2 bertanda * dikisar)
      1 biji cili merah dihiris (saya letak cili hijau)
      1 biji bawang besar dipotong bulat
      2 sudu besar sos tomato
      2 sudu besar sos cili
      sedikit air
      garam dan gula secukup rasa

      Cara2:
      Ikan bawal di salutkan dengan tepung jagung dan di goreng hingga kekuningan, ketepikan.
      Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 kisar sehingga naik bau, masukkan sos tomato dan sos cili.
      Masukkan sedikit air, kemudian masukkan garam dan gula. Apabila dah mendidih, masukkan ikan bawal tadi.
      Kemudian masukkan bawang yang dihiris bulat, cili merah dan tomato yang dipotong dadu. Bila bawang kelihatan dah layu, bolehlah diangkat. 

      Saturday, January 15, 2011

      Sup Sayur

      Sup sayur simple, dilawankan dengan ikan goreng dan kicap berlada...memang syok...
      Di antara kegemaran anak2 juga...diorang suka hirup kuah supnya...

      Bahan2:
      2 ulas bawang putih (cincang halus)
      1/2 kiub pati ayam knorr
      beberapa ekor udang dan sotong  (terpulanglah berapa nak letak)
      2 cawan air
      sedikit garam
      1 batang lobak dipotong
      kubis bunga,brokoli,kubis (kuantiti terpulang)
      sedikit lada sulah

      Cara2:
      Panaskan sedikit minyak di dalam periuk. Tumiskan bawang putih hingga kekuningan.
      Kemudian masukkan air,lada sulah, udang, kiub pati ayam dan garam.
      Apabila air sudah menggelegak, masukkan lobak merah, dan semua sayur2an yang ada.
      Menggelegak tutup api. Jika inginkan kuah yang lebih, lebihkan sukatan air.

      Sedap dimakan semasa panas.

      Bitterballen Nasi

      Anak2 sangat suka....mungkin sebab ada cheese dalam tu...Sayur dalam tu cuma letak carrot saja.

      Bahan2

      2 ulas bawang putih – dicincang
      2 sudu makan tepung gandum
      150 ml air
      1 ketul kiub ayam (boleh kurangkan kpd ½ kiub jika tak nak rasa masin)
      3/4 sudu teh garam
      ¼ sudu teh serbuk lada sulah
      300 gm nasi putih
      25 gm lobak merah – dipotong dadu dan direbus
      25 gm sayur buncis (5 batang) – direbus dan dihiris halus (yang ni saya tak letak, takde stok)
      30 gm keju parut
      2 sudu makan marjerin untuk menumis
      Minyak untuk menggoreng
      Bahan salut: 1 biji telur dan 75 gm tepung goreng serbaguna

      Cara2
      1. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan tepung gandum. Kacau sehingga berketul-ketul..

      2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga licin..
      3. Masukkan kiub ayam dan lada sulah.. Kacau lagi..
      4. Masukkan nasi, lobak merah, buncis dan keju.. Kacau sehingga bergumpal..
      5. Bentukkan bulat dan celupkan di dalam telur dan gulingkan di atas tepung goreng.. Lakukan sekali lagi.Goreng sehingga kuning keemasan..

      Siakap Stim

      Siakap Stim.
      Bahan2 yang mudah dapat, penyediaan juga senang. Ikan terpaksa dipotong sebab periuk kukus kecik je....

      Bahan2:
      1 ekor ikan siakap
      1 batang serai (diracik halus)
      1 inci halia (diracik)
      2 ulas bawang putih (diracik halus)
      1 biji cili merah (diracik halus)
      1 batang pokok daun sup (dipotong2)
      2 batang pokok daun bawang (dihiris)
      1 sudu besar kicap manis
      1/2 sudu besar sos ikan
      sedikit garam

      Cara2:
      Masukkan ikan ke dalam loyang.
      Taburkan semua bahan2 yang dipotong dan diracik ke atas ikan.
      Masukkan kicap,sos ikan dan garam.
      Kukus selama 20minit atau sehingga ikan masak.

      Makan dengan nasi panas2. Sekali hadap je dah habis nih...

      Keli Goreng Berlada


      Ikan keli memang best. Sekali hadap je nih...hehe. Nak buat pon tak susah langsung,tinggal nak dan tak nak je.

      Bahan2:
      3 ekor ikan keli di goreng garam dan kunyit.
      4-5 sudu besar cili kering kisar ( nak pedas lebihkan )
      2 biji bawang besar*
      2 ulas bawang putih*
      (bahan bertanda* dikisar halus)
      2 sudu gula
      1 mangkuk air asam jawa
      garam secukup rasa

      Cara2:
      Panaskan minyak masak di dalam kuali. Masukkan bahan kisar, goreng hingga naik bau.
      Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak dan cili betul2 masak.
      Kemudian masukkan air asam jawa, gula, garam.
      Bila mendidih masukkan ikan keli yang telah digoreng tadi.
      Masak hingga kuah kelihatan agak pekat dan bolehlah diangkat.

      Senangkan....

      Macaroni bersama sos tomato


      Sebenarnya gambar ni dah lama...tengokla pada tarikh tu...tapi ada dalam simpanan..nak letak dalam blog ni jugak...supaya boleh refer balik di masa depan...resepinya lupa dah sumber dari mana...tak berapa rajin nak translate...huhu


      Ingredients :
      1 kg chicken fillet ~ cubed
      4 medium ripe tomatoes ~ diced and blended 
      2 garlic ~ blended
      1/2 tablespoon white pepper 
      1 tablespoon margarine
      6 tablespoons tomato puree 
      800 ml water
      1 medium carrot ~ diced 
      50 g peas
      juice from 1 lemon
      salt to taste
      sugar ~ if prefered 
      500 g macaroni ~ boil with water and a tablespoon of oil to avoid it from sticking together

      Method :

      1. Mix chicken cubes with white pepper, blended tomato and garlic. 
      2. Heat margarine and put in the mixed chicken. Stir.
      3. Add in tomato puree, water, carrots and peas. 
      4. Let it boil then add the lemon juice, salt and sugar.
      5. Leave to simmer till the meat is tender and the carrots soften. 
      6. To serve : Place macaroni in a serving bowl and pour the soup on top.

      Apam Lenggang

      Sentimental value ada dalam bau apam lenggang ni...huhu...Abaikan lah warna apam lenggang saya yang kehitaman itu...almaklumla, saya hanya melenggang di dalam kuali biasa je...belum dapat menyambar non stick pan lagi buat masa ni..hehe..apa pon..Ini adalah juadah istimewa bagi kami adik beradik masa kecil dulu...teringat arwah mak...Alfatihah...resepi ni adalah dari myresepi. Nasib baik jumpa resepi, kalau tak kempunan la..hehe


      Bahan-bahan ( 10 biji kot )

      1 1/2 cawan tepung beras
      1/2 cawan tepung gandum
      1 1/2 sudu kecil yis
      7-8 sudu besar gula
      1 cawan air
      1 cawan santan
      1 biji telur - untuk mengelakkan melekat pada kuali, jika non stick pan takyah masukpun tak apa

      Cara-cara
      1. campurkan semua bahan kecuali santan, gaul rata dan perap selama 2-3 jam
      2. masukkan santan dan gaul lagi
      3. panaskan kuali dan griskan minyak pada kuali, ambil 1 senduk adunan dan lenggangkan seperti membuat kuih ketayap
      4. jika memakai non stick pan tak perlula gris minyak,
      5. tutup apam lenggang dgn tudung periuk, bakar dengan api perlahan lebih kurang 2- 3 minit, bila dah kekuningan bolehla di keluarkan dari kuali dan di lipat dua (saya gulungkan).

      Yummy!! Thanks to myresepi sbb dapat mengembalikan nostalgia..huhu

      Friday, January 14, 2011

      Nasi Impit


      Sarapan pagi ni..
      Kat Terengganu ni orang panggil Nasi Kapit.
      Selalu beli sebungkus RM1, adala 4-5 ketul kecik nasi dan sebungkus kecik kuah kacang atau sambal ikan.
      Saya kalau makan ni sebungkus tu rasa tak cukup. Semalam datang idea nak buat nasi impit ni untuk sarapan esok, so malam tu buat nasinye siap2 letak dalam peti ais. Pagi ni bertungkus lumuih la membuat kuah kacang nye pulak..Alhamdulillah kenyang...anak2 suka la plak makan, bertambah2...lagi2 si hero..hehe
      Resepinyer:

      Untuk Nasi Impit
      Beras basuh macam biasa.
      Masak nasi dengan rice cooker macam biasa cuma lebihkan banyak air. Bagi lembik skit dia masak tu nanti.
      Bila nasi dah masak, tekankan ke dalam bekas bagi mampat. Bila dah sejuk boleh sejukkan lagi dalam peti sejuk.(Dia akan keras cepat)

      Untuk kuah;
      Bahan2:
      1/2 kilo kacang tanah (digoreng dan dikisar)
      2 biji bawang merah*
      1 biji bawang putih*
      1/2 inci halia*
      1/2 inci lengkuas*
      (Bahan2 bertanda * dikisar)
      2 sudu besar cili kisar
      1 batang serai
      3 sudu besar gula melaka
      garam secukup rasa
      1 cawan air asam jawa

      Cara2:
      Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan bahan kisar hingga naik bau. 
      Masuk kan cili kisar, masak hingga pecah minyak dan cili masak. 
      Masukkan pula air asam jawa, gula melaka, garam dan serai yang diketuk.
      Bila mendidih, masukkan kacang tanah kisar. Masukkan sedikit sedikit supaya kalau masukkan semua nanti kacang tu kembang sangat. 
      Masak hingga menggelegak, rasa kan manis dan masin nya. Tambah la apa yang kurang rasanya tu..

      Kalau nak cair tambah la air sikit, kalau nak pekat tak payah tambah air...just adjust to your liking yer...
      Boleh dimakan bersama nasi impit yang di potong.