Wednesday, October 26, 2011

Bahulu Strawberi Chocolate Chips



Salam bahagia semua....hari ni nak report masakan yang sedap ni yang saya dapat dari blog kak Dayang. Asalnya nama Bahulu Pandan Choc Rice, tapi saya tukar strawberi sebab tak ada pandan paste. Aci lah kan.. Sedap dan gebu je kejadian kuih ni, macam kek pon ada. Anak2 suka betul, sekejap je licin. Nak kongsi resepi kat sini jugak, terima kasih kak Dayang... =)


Bahulu Pandan Chocolate Rice

bahan-bahan :
100 gm tepung gandum
4 biji telur A
90 g gula kastor
50 ml minyak jagung 
1 sk ovalette
2 sb susu segar
1 sk pandan emulco / pes pandan (saya tukar guna strawberi emulco)
2 sb chocolate rice (boleh tambah jika suka)

cara-cara :
Panaskan oven pd suhu 180C. Sediakan loyang yg bersesuaian atau muffin/paper cup. Sapukan mentega dan taburkan dgn sedikit tepung. (Jangan lupa alaskan dgn baking paper jika menggunakan loyang).
Sediakan mangkuk adunan. Satukan telur, gula dan ovalette. Putarkan hingga pucat dan kembang. 
Kemudian masukkan tepung, susu dan pandan emulco/pes pandan. Putar lagi hingga sebati.
Masukkan minyak jagung dan kacau sebati (kaup balik) dgn menggunakan rubber spatula.
Akhir sekali, masukkan coklat urai. Kacau perlahan2 sehingga rata. Tak perlu dikacau terlalu lama.
Bakarlah selama 25-30 minit atau sehingga kek  masak (DJ guna suhu 180C pd 20 minit pertama dan kemudian diturunkan kpd 160C utk 10 minit terakhir). Suhu bergantung pd jenis oven masing-masing.
Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu. Hiaskan dgn topping kesukaan jika suka. (tak sempat nak menopping, anak2 dah nak makan sangat)

Sumber: Kak Dayang

Monday, October 24, 2011

Puding Jagung


Sebenarnya saya sangat suka makan puding jagung, dari kecil lagi. Arwah mak saya pon selalu buat. Kalau masa hari raya tu, mesti ada untuk pencuci mulut. Bila dah lama tak buat, saya pon dah tak ingat sukatan maka kenalah cari juga kat blog kekawan kat sini. Pernah buat guna resepi dari myresipi tapi macam lembik pulak, kali ni saya tambah kan sukatan tepung jagungnya dan alhamdulillah menjadi.
Resepinya seperti di bawah:

PUDING JAGUNG
Resepi: 
F&N@myresipi.com

Bahan-bahan ( sefamily )

* 1 cawan tepung kastad (saya letak 1 1/2 cawan)
* 1 cawan jagung manis ( saya letak 1 tin )
* 3/4 cawan gula
* 3 cawan air
* 1 1/2 cawan susu cair

Cara-cara
1. Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
2. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
3. Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan. 


Saturday, October 22, 2011

Puding Roti Berkaramel


Puding roti memang kegemaran seisi rumah…kali ni saya nak cuba versi lain plak, puding roti berkaramel. Saya terjumpa resepinya dari blog Kak Yatie. Sedap dan mudah disediakan…minta izin Kak Yatie saya copy dan paste resepi kat sini.. =)


Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
1 cawan air suam
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara
Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air panas, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - Yatie kukus 30minit je. (saya bakar dengan kaedah bain marie pada 170 darjah selama 40minit-1 jam).
Sejukkan dahulu barulah di potong dan hidangkan.

Thursday, October 20, 2011

Kek Lobak Merah


Tak dapat nak tulis panjang…Sebenarnya teringin sangat nak merasa Carrot Cake, sebab tak pernah makan, maka kenalah buat sendiri. Nampak ramai juga kawan2 yang pernah buat, kena buat juga lah macam mana pon…resepi saya ambil kat Diana..Terima kasih banyak coz share resepi mudah ni...Sangat sedap kek ni, puas hati dapat makan =)

:: Resipi oleh ~ Azizah Ariffin _ Seleksi Rasa Selebriti ( TQ )

Bhn²
200 gm lobak merah _ d parut dan d kukus (saya tak kukus pon)
250 gm tepung gandum 
200 gm gula perang (saya guna gula biasa)
200 gm minyak jagung
70 gm badam _ d cincang( saya letak gajus)
70 gm kismis _ d cincang
4 biji telur gred A
3 keping nenas dalam tin _ di cincang (saya tak letak)
2 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonat _ 
Secubit serbuk kayu manis

Cara²
1.            Campur dan gaulkan semua bhn² kering ( tepung, baking powder, soda bikarbonat dan serbuk kayu manis ). Saya ayak .. Ketepikan.
2.            Sementara itu pukul telur dan gula hingga kembang.
3.            Masukkan minyak jagung dan pukul lagi sehingga sebati.(saya guna minyak masak je)
4.            Perlahankan putaran dan masukkan bhn² kering yang telah d campur dan d ayak tadi.
5.            Masukkan lobak merah, nenas / strawberry, badam / gajus dan kismis ( Saya letak lobak dan gajus je)
6.            Bahagikan kepada 2 bahagian dan bakar dalam 2 acuan d dalam oven yang telah d panaskan dengan suhu 170°C selama 30 - 35 minit.
~ ** Tips Azizah :: Bagi memastikan kek menjadi.. pastikan suhu oven berada dalam bacaan yang betul.

Tuesday, October 18, 2011

Ais Krim Goreng



Satu masa dulu kalau dengar nama ‘ais krim goreng’ ni rasa macam special sangat sebab harganya kat kedai boleh tahan mahalnya. Pernah juga makan di kedai kat Pantai Batu Burok tu, harganya kalau tak silap seketul bulat (ais krim satu scoop) je dah rm3.50, makan pon kongsi2 je..hehe.. tapi bila dah tau resepi cara mudah nak buat tu, senang je rupanya…ada roti, ada ais krim jadilah… Saya pon dah try buat, simpan dalam esbox, bila nak makan goreng je..Anak-anak memang suka…

Bahan2
Ais krim (saya guna perisa Butterscoth)
Roti Keping ( Saya guna Gardenia)

Cara2
Ambil sekeping roti, scoop kan ais krim ke atasnya.
Kemudian ambil sekeping lagi roti lapikkan di atas ais krim tadi.
Tekapkan dengan cawan supaya ais krim berada di tengah2 roti tadi.
Tekan2kan sedikit tepi roti yang bercantum tadi supaya lebih kemas.
Kemudian masukkan roti yang siap ke dalam plastik dan bolehlah di simpan di dalam esbox. 
Goreng dalam minyak panas dengan api sederhana, sekejap je, kurang 1 minit dah boleh angkat. 

Saturday, October 15, 2011

Red Velvet Cake


Kebelakangan ni mood nak mengekek macam berkobar2. Semua jenis kek nak cuba rasa, maka kena buatlah kalau nak rasa kan…huhu.. Resepi Kek Red Velvet ni dah lama saya simpan sebenarnya. Baru2 ni rasa nak makan kek, kebetulan birthday husband saya lak, bolehla bakar kek sebiji. Tengok dalam list resepi tu dan ternampak resepi kek Red Velvet ni, tengok bahan2 semua ada, maka terjadilah kek ni. Tapi warnanya tak berapa nak red sangat, tersilap letak kurang pulak pewarna merah tu..huhu..asalkan rasanya tetap sedap dan diterima ramai kat rumah ni, oklah… Resepi ni dapat banyak juga adunan..saya buat dapat 1biji kek sebesar loyang 22cm dan 12biji dalam bentuk cup cake. Resepinya saya dapat dari http://myhappyoven.blogspot.com. Apapun terima kasih kepada tuan empunya resepi…Minta izin copy dan paste resepi kat sini yer.. =)

BAHAN A:
2 1/2 cawan tepung superfine (all purpose flour)
1 1/2 cawan gula castor
1 sudu kecil bicarbonate of soda
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk koko (saya guna 1 sudu besar)


BAHAN B: 
1 1/2 cawan minyak sayur @ mana2 minyak makan pun bole
*1 cawan buttermilk 
2 biji telur (gred A)
1 sudu makan pewarna merah
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil esen vanilla


CARA MEMBUATNYA:
1. Ayak Bahan A bersama, ketepikan sebentar.
2. Satukan dalam mangkuk lain Bahan B, lepas itu sebatikan guna whisk.
3. Tuangkan Bahan A ke dalam Bahan B, gunakan mixer dengan medium speed, gaulkan hingga sebati.
4. Selepas tu, tuang dalam 2 loyang 9" bulat @ 1 loyang sahaja, ikut mana2 yang anda rasa mudah.
5. Oven hendaklah dipanaskan dahulu 175 darjah celcius selama 10-15 minit & barulah bakar adunan tadi pada suhu sama selama 30-35 minit atau sehingga masak ikut oven masing-masing. Bila dah masak, keluarkan dari oven & biarkan sejuk sebelum kita hias cream cheese frosting atasnya.

BUTTERMILK
1 cawan susu + 1 sudu makan cuka, biar 10 minit.


Sunday, October 2, 2011

Kek Karamel


Salam semua.. Setelah ‘terbakar’ dengan entry2 kawan2 yang membuat kek karamel ni dan setelah di pok vontot oleh kak Anim hari tu maka terhasillah juga kek ni. Gembira sebab kek ni menjadi, memang follow step by step cuma saya tak letak krim of tar tar. Alhamdulillah menjadi juga. Anak sulung saya siap bagi 10bintang. Buat kaler2 gitu sukalah kanak2 kat rumah ni. Alkisahnya dah lama sebenarnya saya menyimpan resepinya, macam biasa laa…Tengok entry kak Anim aritu membuak2 lak nak mencuba.Resepi saya nak letak kat sini juga, untuk rujukan masa depan. Saya copy paste dari blog kak Ita yang step by step tu…Minta izin yer Kak Ita…terima kasih.. =)
Gula Hangus 
2 sudu besar gula pasir


Sediakan loyang 8 inc. 
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras

Bahan Karemel
1/2 tin susu cair 
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur



Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur. 

Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air 
45ml minyak masak



Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.

Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder



Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan  sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.

Merinque  
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2 (saya tak letak)



Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.

Letakkan pewarna yang anda sukai.
Kemudian tuangkan ke atas lapisan karemel tadi.
Belang- belangkan adunan
Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula  3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.

Panaskan oven terlebih dahulu. Ita (Saya juga) panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita (saya juga) tukar pada suhu 160C
Gunakan api bawah sahaja. 


Kaedah Steam Bath 
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadiLetakkan pada rak bawah dalam oven.Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.

Moist Banana Muffin



Salam sejahtera semua kawan2... kali ni nak tempek resepi Moist Banana Muffin ni...memang betul2 moist la..memang tak tipu namanya..hihi...anak2 lak memang suka lagi2 bila letak choc chip lebih skit dalam tu....Resepi ni saya dapat dari blog Izah katanya dari dapur Nurindah, dah lama simpan dalam list, baru sekarang baru ada rezeki mencuba.. Memang sedap dan lembut sangat...Nak minta izin letak resepi kat sini yer tuan empunya resepi, terima kasih daun keladi =)


MOIST BANANA MUFFIN - by scholzy allrecipies, kopipes dr blog kak watie

Moist Banana Muffins (dapat dlm 10-12 cup biasa)
Ingredients

* 2 cups flour
* 1 teaspoon baking soda
* 1 teaspoon baking powder
* 1 cup white sugar (nurindah: 2/3-3/4 cup gula halus)
* 3 ripe bananas, mashed
 
* 1 cup mayonnaise
* 1/2 cup chocolate chips (optional)

Directions:
 


1. Preheat oven to 375 degrees F (190 degrees C). Grease 12 muffin cups or line with paper muffin liners.
2. Stir the flour, baking soda, baking powder, and sugar together in a bowl. Add the bananas, mayonnaise, and chocolate chips; stir until well combined. Pour into prepared muffin cups to about 3/4 full.
3. Bake in the preheated oven until golden and the tops spring back when lightly pressed, about 20 minutes.



*untuk kesan terbaik gaulkan pisang, mayonis dan gula bersama-sama dulu, kemudian baru letak tepung.