Salam Sabtu yang terang benderang..Apa khabar semua hari ni? Di harapkan semua kawan2 beroleh kesihatan selalu..Yang mana tak berapa sihat tu, jangan lupa makan ubat dan berehatlah secukupnya. Saya pon kalau time panas2 terik macam sekarang ni, selalu juga sakit kepala sampai terpaksa telan paracetamol 2 biji. Oklah, hari ni saya nak cerita pasal menu lunch, Ikan Pedas Bunga Kantan. Sedap dan memang lain rasanya. Makan dengan nasi panas memang ngam, bertambah nasi..confirm..hihi.. Resepi ni saya dapat dari blog Kak Yatie . Terima kasih Kak Yatie atas perkongsian. Minta izin nak share resepi tu kat sini yer...
Bahan-Bahan
· 5 ekor ikan mata besar/ apa2 jenis ikan kegemaran
· 1 btg serai- diketuk
· 2 kuntum bunga kantan- di belah 2
· 2 biji buah tomato- di belah 4
· 2 cwn santan pekat
· 1 cwn air
· 1 keping asam keping
· garam dan sedikit gula
· sedikit serbuk kunyit utk mengoreng ikan
· minyak secukupnya
Bahan dikisar
· 10 biji cili padi merah atau lebih
· 1 biji bawang besar
· 3 ulas bawang putih
· 1 inci kunyit hidup
· 1 inci halia
· sedikit belacan
Cara-Cara
1. Ikan di bersihkan, cuci dan toskan. Lumurkan sedikit garam dan serbuk kunyit.
2. Goreng ikan separuh masak atau embal2....setelah masak, ketepikan dulu.
3. Panaskan sedikit minyak dlm kuali. Tumiskan bahan2 kisar dan masukkan serai, tumiskan sehingga naik bau.
4. Masukkan air, santan, asam keping, garam dan sedikit gula. Kacau lagi dan masukkan bunga kantan yg telah di belah 2.
5. Masukkan ikan dan kacau lagi sehingga kuah mesra dngn ikan..... biarkan kuah mendidih.
6. Masukkan buah tomato yg telah di belah 4...kacau lagi dan perasakan.
7. Sekiranya dah ok, matikan api dan bolehlah diangkat dan di hidangkan.
Sumber: Sinar Kehidupanku