Sunday, June 19, 2011

Happy Father's Day

Salam semua....dah lama betul saya tak bersiaran..huhu...banyak betul kekangan...Tapi hari ni baru dapat update sikit. Baru2 ni husband saya ada request nak makan kek. (Macam mengidam la pulak). Pastu saya pon diam2 je gi godek2 di dapur buat Super Moist Eggless Choc Cake ni. Ada frosting cream cheese yang dah ready, makanya letak topping dan layer sikit. Lepas dia balik solat Jumaat, saya pon kata kat dia suruh gi tengok kat dalam fridge. Pastu dia terkejut sebab dia kata tak nampak pon bila saya buat. Ye la, buat masa dia ke masjid tadi. Kek ni sekejap je buatnya. Itu yang best. Saya pon cakap la, alang2 kek ni untuk Fathers Day lah..heheh.. Resepi boleh tengok kat SINI

Happy Father's Day to all fathers out there..Especially my husband, my abah di Pahang dan father in law. May Allah Bless You Always!!

Saturday, June 4, 2011

Lempeng Nyior




Baru2 ni pak sedara ada bagi 2 biji kelapa muda. Dalam kepala ni dah terfikir nak buat lempeng nyior. Kat Terengganu ni popular lempeng nyior ni. Airnya pula boleh minum. Makan lempeng ni memang menyenyangkan, sesuai untuk buat minum petang. Resepi yang seperti saya buat macam kat bawah ni. Senang je nak membuatnya.  =)

Bahan2:
2 biji kelapa muda (ambil isinya dihiris halus atau di sagat kasar)
1 cawan tepung gandum (boleh ditambah sehingga kepekatan yang diingini)
1 biji telur
2 sudu makan gula
¼ sudu makan garam
½ cawan air kelapa muda
Air secukupnya

Cara2:
Campurkan semua bahan2  sehingga sebati. Goreng macam goreng lempeng. (hah?bolehlah tu).

Friday, June 3, 2011

Brownies Mudah

Salam bahagia semua. Kejap je masa berlalu dah masuk setengah tahun ni. Tak lama lagi dah nak puasa pula. Anak2 pon dah makin besar, kita pon usia makin bertambah. Semoga hari2 kita dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti berfaedah dan juga amalan2 untuk bekalan akhirat nanti, Insyaallah, saya mengingatkan diri sendiri sebenarnya. Okla, nak cerita pasal brownies pula. Baru2 ni saya ada buat brownies ni. Memang sangat mudah, tapi sangat sedap. Saya guna loyang agak besar, maka brownies ni jadi nipis sikit, saya lapiskan dan sapukan dengan cream cheese. Anak2 saya suka sungguh dengan brownies ni. Cuma bahan2 dia tu saya kurangkan sukatan serbuk koko jadi 4 sudu makan saja instead of 6 sudu dalam resepi tu dan saya tak letak walnut sebab anak saya tak suka ada kacang2 ni. Resepi saya dapat dari rumah Kak Hana. Saya rasa dah ramai pon yang dah cuba tapi saya nak letak juga resepi di sini untuk rujukan masa depan. Terima kasih pada tuan empunya resepi untuk resepi yang best ni. Psst...hari ni dan lusa bakal sibuk di rumah kenduri.. =)

BROWNIES MUDAH
sumber asal : 
wssary@myresipi.com
source : 
hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
6 sb serbuk koko
1/4 cawan mentega cair
1 cawan gula- hana buh 1/3cwn gula putih, 2/3cwn gula perang
1/2 sk vanilla
1/4 sk garam
1/3 cawan tepung gandum
2 butir telur
1 cawan kekacang - optional

Cara-cara
Panaskan oven suhu 160-170 darjah celcius.Taburkan sedikit tepung dalam loyang empatsegi berukuran 18cm - hana sapu loyang dengan butter (saya pon)
Masukkan mentega cair,koko,gula,vanilla,garam,tepung dan telur ke dalam mangkuk.
Gaul sebati. Masukkan kekacang jika mahu.
Masukkan adunan dalam loyang dan bakar lebih kurang 25-30min. Saya bakar pada 150 darjah celcius selama 10minit saja sebab brownies saya agak nipis dan oven saya terlebih panas.