Wednesday, April 27, 2011

Super Moist Eggless Chocolate Cup Cake


Salam bahagia semua. Ni akibat tak tahan menengok entry2 rakan2 blogger yang pernah buat cake ni, akhirnya saya terjebak juga dan saya buat versi cup cake. Dah lama simpan resepi (sounds cliché), tiba2 di suatu petang tatkala berfikir2 nak masak apa untuk minum petang, maka browse2 and lastly terlekat kat resepi choc cake ni. Tengok bahan2, check2 stok semua ada. Maka di kala kedua2 putera dan puteri tengah tidur, dapatlah saya menggodek kek nih. Wahh..bila dah masak,tak sabar nak merasa. Bila dah rasa, seronoknya saya..haha..sebab sedapppnyerr kek nih…Gumbira sungguh..Tak sabar nak suruh putera dan puteri bangun berkongsi kesedapan kek ni. (biasalah anak2 terpaksa lah melayan kerenah umminya ni kan). Moist sungguh, lembut je. Terima kasih Kak Dayang berkongsi resepi choc cake yang mabeles ni,saya copy resepi ni dari dapur Kak Nor akbiat tergoda dengan ayat ‘baek’ punyer dari Kak Nor dalam tu lah..hihi..Nak letak resepinya di sini, minta izin yer kak Dayang dan Kak Nor...Terima kasih banyak2.. =)

SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE
resepi : 
DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com
sumber: 
K.Nor@SecubitGaram


Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang)(Saya guna Van Houten)
2 sudu besar susu tepung (saya letak susu tepung perisa koko)
1 1/4 cawan air sejuk (air sejuk dari peti ais/k.nor letak ais dlm air dan biarkan ais cair)(saya pon)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
1 sudu kecil cuka atau jus lemon (saya letak cuka)

Cara-cara :
Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

6 comments:

Nieza said...

sedapnya ramai dh yg buat kek ni....akak jer belum buat lagi..hehe

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...

memang sedapkan kek ni

~Norul Mas Hana ~ said...

kak nieza,
mmg best kek ni...sangat puas ati..worth to try..try la kak..hihi

~Norul Mas Hana ~ said...

Kak Nazrah,
btul kak..mmg sedap!! =)

Along Maklong said...

bestnya kek nurul menjadi.. cantik..!!
maklong dah try tapi tak menjadi.. kena cuba sekali lagi nampak gayanya..

~Norul Mas Hana ~ said...

Maklong,
oo yeke tak jadi, nape yer?
takpe, try lg..mesti jd lpas ni =)