Saturday, December 22, 2012

Red Velvet Cupcakes

Salam petang yg dingin....
Hujan tak berhenti di Kuala tganu ni....dah sampai musim la tu..nak mandi pon macam malu2 jer..haha..
Lama betul saya tak mencoret kat sini...sawang tu kalau ada mesti dah penuh rumah..huhu..Rindu juga nak berblog macam dulu..tapi banyak kekangannya...Insyaallah satu hari nanti dapat aktif balik macam dulu.. =)
Red Velvet Cupcakes...

Thursday, January 26, 2012

Moist Banana Muffin lagi



Kegemaran anak2...
Untuk resepi sila lihat di.SINI..

Kari Telur


Teringat masa kecik2 dulu, di kejiranan saya tu selalu ada ‘Kenduri kanak2’. Maksudnya jamuan makan untuk kanak-kanak sahaja. Mak2 cuma datang tolong sikit2 tuan rumah je. Biasanya kalau anak tuan rumah tu baru masuk ngaji Al-quran dari Muqaddam, dapat nombor bagus dalam periksa ke,sambutan hari lahir ke, pendek kata macam kenduri kesyukuran la juga cuma kecil-kecilan je dan untuk menjamu orang kecil-kecil je (kanak-kanak). Seronok betul zaman kanak2..huhu.. Dan yang paling tak lupanya, menu utama tu selalunya pulut kuning makan dengan kari telur. Memang sedap lah gandingan tu. Kena pula kuah kari tu pekat, memang marvelous. Dah lama teringin nak buat kari telur, baru2 ni buat la juga tapi makan dengan nasi putih je. Maybe lainkali nak buat versi makan ngan pulut kuning pula. Ni resepi yang saya guna untuk kali ni, macam masak kari biasa je.. =)

Bahan2
4-5 biji telur rebus
1biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih diris
1 inci halia dihiris
1 biji bawang merah dan 2 ulas bawang putih (dikisar)
Rempah 4 sekawan (agak2 je sukatan)
3 sudu makan rempah kari
1 cawan santan
1-2 cawan air
Sec ubit garam
1 biji lada merah (dibelah)
3 biji kentang dibelah empat
1 tangkai daun kari

Cara2
Panaskan minyak dalam periuk, kemudian tumiskan bahan2 yang dihiris bersama daun kari dan rempah empat sekawan sehingga kekuningan.
Kemudian masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air (dijadikan pes),bersama bawang yang dikisar, dan masak hingga pecah minyak.
Setelah itu masukkan air, kentang, telur dan masak hingga mendidih.
Kemudian masukkan pula santan dan lada merah juga garam. Masak hingga kuah kelihatan agak pekat. Bolehlah dihidangkan.