Showing posts with label Telur. Show all posts
Showing posts with label Telur. Show all posts

Thursday, January 26, 2012

Kari Telur


Teringat masa kecik2 dulu, di kejiranan saya tu selalu ada ‘Kenduri kanak2’. Maksudnya jamuan makan untuk kanak-kanak sahaja. Mak2 cuma datang tolong sikit2 tuan rumah je. Biasanya kalau anak tuan rumah tu baru masuk ngaji Al-quran dari Muqaddam, dapat nombor bagus dalam periksa ke,sambutan hari lahir ke, pendek kata macam kenduri kesyukuran la juga cuma kecil-kecilan je dan untuk menjamu orang kecil-kecil je (kanak-kanak). Seronok betul zaman kanak2..huhu.. Dan yang paling tak lupanya, menu utama tu selalunya pulut kuning makan dengan kari telur. Memang sedap lah gandingan tu. Kena pula kuah kari tu pekat, memang marvelous. Dah lama teringin nak buat kari telur, baru2 ni buat la juga tapi makan dengan nasi putih je. Maybe lainkali nak buat versi makan ngan pulut kuning pula. Ni resepi yang saya guna untuk kali ni, macam masak kari biasa je.. =)

Bahan2
4-5 biji telur rebus
1biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih diris
1 inci halia dihiris
1 biji bawang merah dan 2 ulas bawang putih (dikisar)
Rempah 4 sekawan (agak2 je sukatan)
3 sudu makan rempah kari
1 cawan santan
1-2 cawan air
Sec ubit garam
1 biji lada merah (dibelah)
3 biji kentang dibelah empat
1 tangkai daun kari

Cara2
Panaskan minyak dalam periuk, kemudian tumiskan bahan2 yang dihiris bersama daun kari dan rempah empat sekawan sehingga kekuningan.
Kemudian masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air (dijadikan pes),bersama bawang yang dikisar, dan masak hingga pecah minyak.
Setelah itu masukkan air, kentang, telur dan masak hingga mendidih.
Kemudian masukkan pula santan dan lada merah juga garam. Masak hingga kuah kelihatan agak pekat. Bolehlah dihidangkan.

Sunday, January 30, 2011

Telur Sambal Hancur

Bila esbox dah tak berapa nak penuh, telur sangat membantu..hihi.. My Sunshine (and family saya) tak makan lauk haiwan darat bercampur dengan haiwan laut. Makanya bila masak ikan, tak boleh nak buat gulai kambing atau ayam. Makanya, telur memainkan peranan. Sedap jugak makan sambal telur hancur ni..buat pedas skit, memang umphh...Biasanya masa kecil arwah mak saya selalu masak nasi lemak berlaukkan telur sambal hancur ni..tapi tak sempat nak belajar resepi cara arwah mak saya..ni resepi saya dapat kat myresepi.

Bahan2:
3 biji telur ayam
2 ulas bawang putih dicincang halus
2 sudu besar cili kisar
1 mangkuk air asam jawa
1 sudu besar gula
garam secukup rasa

Cara2:
Panaskan minyak di dalam kuali.
Tumiskan bawang putih sehingga kekuningan.
Kemudian masukkan cili kisar, masak hingga cili kisar garing.
Masukkan air asam jawa, garam dan gula.
Apabila mendidih masukkan telur satu per satu. Biarkan sehingga telur masak dan kacau sedikit2.
Bolehlah diangkat apabila telur sudah masak.

Sumber: Myresipi

Wednesday, January 19, 2011

Gulai lemak telur

Pagi tadi ada appointment di hospital, biasanya akan banyak menghabiskan masa menunggu giliran di hospital dan wajib balik dalam pukul 1petang juga. Maka sebelum ke hospital tu sudah masak awal2 untuk lunch, semestinya menu paling ringkas dan mudah disediakan. Tertimbul pulak idea nak masak gulai lemak telur ni. Biasa memang orang buat guna telur itik, tapi nan adolah kan...telur ayam pon jadi la...hikss..

Bahan2:
4 biji telur ayam (biasanya saiz besar B atau A)
1 biji bawang merah kisar
1 biji bawang putih diketuk
3 biji cili padi di tumbuk (nak lebih pedas tambahla)
1 keping asam keping
sedikit serbuk kunyit
1 paket santan serbuk
2 cawan air
1 helai daun kunyit dihiris

Cara2:
Bancuhkan santan serbuk dengan air. Masukkan bawang merah kisar, bawang putih, asam keping,cili padi, garam dan serbuk kunyit. Masak sehingga santan mendidih, hendaklah sentiasa dikacau supaya santan tak berkepala. Apabila sudah mendidih pecahkan telur satu persatu di dalam periuk tadi dan kecilkan api.Masukkan pula daun kunyit yang dihiris. Masak sehingga telur masak.

**saya tak kisar cilipadi sebab anak2 tak makan pedas. Saya cuma penyekkan je cilipadi tu dalam pinggan masa nak makan.. =)