Saturday, December 22, 2012

Red Velvet Cupcakes

Salam petang yg dingin....
Hujan tak berhenti di Kuala tganu ni....dah sampai musim la tu..nak mandi pon macam malu2 jer..haha..
Lama betul saya tak mencoret kat sini...sawang tu kalau ada mesti dah penuh rumah..huhu..Rindu juga nak berblog macam dulu..tapi banyak kekangannya...Insyaallah satu hari nanti dapat aktif balik macam dulu.. =)
Red Velvet Cupcakes...

Thursday, January 26, 2012

Moist Banana Muffin lagi



Kegemaran anak2...
Untuk resepi sila lihat di.SINI..

Kari Telur


Teringat masa kecik2 dulu, di kejiranan saya tu selalu ada ‘Kenduri kanak2’. Maksudnya jamuan makan untuk kanak-kanak sahaja. Mak2 cuma datang tolong sikit2 tuan rumah je. Biasanya kalau anak tuan rumah tu baru masuk ngaji Al-quran dari Muqaddam, dapat nombor bagus dalam periksa ke,sambutan hari lahir ke, pendek kata macam kenduri kesyukuran la juga cuma kecil-kecilan je dan untuk menjamu orang kecil-kecil je (kanak-kanak). Seronok betul zaman kanak2..huhu.. Dan yang paling tak lupanya, menu utama tu selalunya pulut kuning makan dengan kari telur. Memang sedap lah gandingan tu. Kena pula kuah kari tu pekat, memang marvelous. Dah lama teringin nak buat kari telur, baru2 ni buat la juga tapi makan dengan nasi putih je. Maybe lainkali nak buat versi makan ngan pulut kuning pula. Ni resepi yang saya guna untuk kali ni, macam masak kari biasa je.. =)

Bahan2
4-5 biji telur rebus
1biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih diris
1 inci halia dihiris
1 biji bawang merah dan 2 ulas bawang putih (dikisar)
Rempah 4 sekawan (agak2 je sukatan)
3 sudu makan rempah kari
1 cawan santan
1-2 cawan air
Sec ubit garam
1 biji lada merah (dibelah)
3 biji kentang dibelah empat
1 tangkai daun kari

Cara2
Panaskan minyak dalam periuk, kemudian tumiskan bahan2 yang dihiris bersama daun kari dan rempah empat sekawan sehingga kekuningan.
Kemudian masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air (dijadikan pes),bersama bawang yang dikisar, dan masak hingga pecah minyak.
Setelah itu masukkan air, kentang, telur dan masak hingga mendidih.
Kemudian masukkan pula santan dan lada merah juga garam. Masak hingga kuah kelihatan agak pekat. Bolehlah dihidangkan.

Tuesday, January 24, 2012

Serimuka Gula Merah


Salam bahagia semua.. Ke mana cuti CNY kali ni? Saya ni dah tak boleh ke mana2 dah…menunggu masa je..huhu…nak berjalan pon tak berapa larat dah. Moga2 dipermudahkan Allah la hendaknya..doakan saya yer.. Tapi memasak tu wajib selagi boleh bangun, hihi..Buat masa sekarang ni apa yang saya teringin nak makan tu, Alhamdulillah dah tercapai lah rasanya dan dah buat. Buat masa ni dah tak ada apa2 food yang dalam list lagi. Dah boleh dah nak keluar baby yer..hihi..Walaupon sebenarnya kalau blogwalking ke dapur kawan2 tu memang macam2 boleh teringin, tapi dah tak larat dah. Simpan lepas pantang nanti pula la nampak gayanya..huhu..Kali ni nak cerita pasal serimuka gula merah. Hari tu ada buat serimuka (pandan) dan ada balance lagi beras pulut susu tu. Fikir2 kalau simpan lelama pon tak elok plak nanti beras pulut tu, makanya saya ada tersimpan resepi serimuka gula melaka ni dari blog Kak Naz Ovenkecilku tu. Makanya saya pon mencuba lah, memang sedap cuma saya lebihkan part pulut tu. Puas hati makan, anak2 pon suka. Saya buat dalam loyang 23cm, sekejap je habis. Terima kasih Kak Naz atas perkongsian resepi, minta izin nak letak resepi tu kat sini yer.. =)

SERI MUKA GULA MELAKA

Bahan-bahan Lapisan Bawah :
·                     1 cawan beras pulut (saya buat 2cawan)
·                     1 1/4 cawan santan cair (saya lebihkan jadi 2 ½ cawan)
·                     1/2 tsp garam
Cara-cara :
1.                   Basuh beras pulut dan toskan.
2.                   Masukkan beras pulut ke dalam loyang bersama dengan santan cair dan juga garam.
3.                   Kukus sehingga masak.
4.                   Setelah masak, sapu sedikit minyak pada loyang segi empat 7 X 7 inci dan lapikkan dengan sehelai plastik.
5.                   Masukkan pulut tadi ke dalam loyang dan tekan-tekan biar padat dan rata.
Bahan-bahan Lapisan Atas :
·                     200 gm gula Melaka (putong kecil-kecil)
·                     1/2 cawan air
·                     1 cawan santan pekat
·                     2 biji telur
·                     1 Tbsp tepung jagung
·                     1/4 cawan tepung gandum
·                     1/2 tsp garam
Cara-cara :
1.                   Masak gula Melaka bersama 1/2 cawan air hingga gula larut.
2.                   Di dalam sebuah mangkuk, campurkan semua bahan-bahan lain dan kemudian tapis masuk larutan gula Melaka tadi. Kacau sebati hingga tiada ketulan. (kalau ada ketulan, boleh ditapis).
3.                   Masakkan adunan di atas api hingga naik wap.
4.                   Tuang adunan ke atas lapisan pulut di dalam loyang tadi dan kukus selama 10 minit - 15 minit atau sehingga masak.
5.                   Sejukkan kuih dan potong dengan pisau plastik untuk dihidangkan.

Sumber: Kak Naz 

Monday, January 16, 2012

Pineapple Upside Down Cake


Salam sejahtera semua. Kali ni nak cerita pasal Pineapple Upsidedown Cake ni. Saya dah lama simpan resepi yang diambil dari joy of baking. Tengok video dia macam senang je nak buat. Seperti biasa sampai masa sesuai saya pon cuba dan alhamdulillah menjadi. Sedap dan mudah juga nak buat. Terlepas keinginan nak merasa kek ni..Anak2 saya excited bila nak diterbalikkan kek ni...Dah lama tengok videonya dengan anak2...hihi.. Nak share resepinya kat sini untuk rujukan masa depan juga.. =) Tapi tak sempat nak translate kan..huhu

Topping:
4 tablespoons (1/4 cup) (55 grams) unsalted butter, cut in small pieces
3/4 cup (160 grams) light brown sugar (perlu kurangkan sikit lain kali)
1 medium pineapple(peeled, quartered, cored, and sliced 1/4 inch thick)
Maraschino cherriesor candied cherries (optional)
Cake Batter:
1 1/2 cups (195 grams) all purpose flour
2 teaspoons baking powder
1/4 teaspoon salt
1/2 cup (113 grams) unsalted butter, at room temperature
1 cup (200 grams) granulated white sugar
1 teaspoon pure vanilla extract
2 large eggs, separated
1/2 cup (120 ml) milk
1/4 teaspoon cream of tartar

Preheat oven to 350 degrees F (177 degrees C) and place rack in the center of the oven. Butter (or spray with a non stick vegetable spray) a 9 inch (23 cm) round cake pan with three inch (7.5 cm) sides. ( saya just grease dengan butter)

Topping:Place the butter and brown sugar in a small saucepan and stir over medium heat until the butter has melted and the sugar has dissolved. Continue cooking, without stirring, for a few more minutes or until bubbles just start to appear around the outside edges of the mixture (the sugar starts to caramelize). Then remove from heat, and pour into your prepared cake pan. Evenly arrange the fresh pineapple slices on top of the sugar mixture. (Can also garnish with cherries.)

Cake Batter: In a large bowl, sift or whisk together the flour, baking powder, and salt.
In the bowl of your electric mixer, or with a hand mixer, beat the butter and sugar until light and fluffy. Scrape down the sides of the bowl and then beat in the vanilla extract. Add the egg yolks, one at a time, beating well after each addition. Scrape down the sides of the bowl. Add the flour mixture (in three additions), alternately with the milk (in two additions), ending with the dry ingredients.

In a clean bowl, whisk the egg whites with the cream of tartar just until the whites hold a firm peak (saya omit krim of tar tar). With a large spatula gently fold the beaten egg whites into the cake batter in two additions. Pour the batter into the cake pan, smoothing the top. Bake in preheated oven for 45 -55 minutes, or until the top of the cake has browned and starts to pull away from the sides of the pan (a toothpick inserted into the cake (not the pineapple) will come out clean). Remove from oven and place on a wire rack to cool for about 10 minutes. Run a sharp knife around the edge of the pan and then invert the cake onto your serving plate. Serve with softly whipped cream.
Makes one - 9 inch (23 cm) cake. Serves 6 to 8.

Note: Can substitute one - 20 ounce (567 gram) can of pineapple slices (drained). Once drained, pat the pineapple slices dry with paper towel and arrange on top of the sugar mixture. Place a maraschino cherry in the center of each pineapple slice.


Source: Joy of baking



Thursday, January 12, 2012

Kek Jagung Manis

Salam sejahtera semua... Kek jagung manis ni alkisahnya tersilpa beli tin dalam jagung tu. Google punya google keluar resepi kek jagung ni...Saya pon try la.. Alhamdulillah anak2 suka...kejap je licin... Terima kasih la pada tuan empunya resepi ni....


Bahan-bahan:
·         250 gm tepung gandum( lebih kurang 2 1/4 mug kecil )
·         1/2 sd teh soda bikarbonat
·         1 sd teh baking powder
*Ayak bersama ketiga2 di atas
·         200 gm creamy sweet corn dalam tin ( agak-agak lebih kurang 1/2 tin )
·         4 biji telur
·         180 gm gula ( lebih kurang 1 1/4 mug kecil )
·         200 gm butter.....cairkan & biarkan sedikit suam( ida pakai 100 gm butter+100 mls minyak sayuran....stok butter tinggal sikit )
·         2 sudu besar susu pekat
·         2 titik essen vanilla
·         1/2 sudu teh garam
·         Apa-apa kekacang yang dimesin halus untuk tabur ke atas adunan kek ( ida pakai badam yang dah siap )

cara-cara:
·         Panaskan oven terlebih dahulu dalam suhu 180C....selama 15 minit.
·         Ayak tepung gandum bersama bahan penaik
·         Pukul telur hingga betul-betul kembang dengan mixer....guna high speed
·         Tambah gula & essen vanilla.....pukul lagi hingga betul-betul kembang
·         Masukkan butter cair&minyak,kacau sebati.
·         Masukkan pula sweet corn,garam......kacau sebati
·         Masukkan bahan ayak separuh-separuh/di ayak terus ke dalam adunan separuh-separuh....kacau secara kaup balik/pukul menggunakan low speed mixer.
·         Alas loyang pembakar dengan baking paper/sapu bahagian dalam tapak loyang sahaja dengan minyak/marjerin.
*Ida bakar dalam 2 loyang kecil untuk mendapatkan 2 kek yang nipis sahaja...jika loyang saiz besar,bolehla terus dibakar dalam satu loyang sahaja.
·         Tuangkan adunan ke dalam loyang,taburkan kekacang kesukaan anda.
·         Bakar dalam suhu 180 C/selama 35 minit jika adunan yang nipis....jika tebal,tambahkan masa sedikit lagi.
*Kek ni agak lembab2 sedikit ya....
*Selepas dikeluarkan dari oven beberapa ketika, kek ni akan mendap sedikit sebab kek ni versi kek lembab2 gitu k.

Sumber: Ida didapur

Tuesday, January 10, 2012

Serimuka

Salam bahagia semua..ini kes teringin punya pasal...nak beli macam tak best...so bila jumpa resepi, apalagi cuba buat..Alhamdulillah menjadi.. =) Terima kasih untuk tuan empunya resepi..Kak Shiela...


BAHAN BAHAN

Lapisan atas:
200 ml santan kotak (Ayam brand) (saya guna santan segar)
1 cwn. gula pasir
4 biji telur
2 cwn air
10 helai daun pandan
3/4 cwn tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung
secubit garam
sedikit pewarna hijau
sedikit kulit kayu manis dimesin bersama daun pandan (klu suka)

Lapisan bawah :
3 cawan beras pulut susu (direndam 1 jam)
200 ml santan kotak (Ayam brand) (saya guna santan segar)
1 cawan air
garam secukup rasa (lebih kurang 2 sudu kecil)

CARA CARA

Utk. bawah :

Toskan beras pulut. Masukkan ke dalam loyang dan ratakan. Satukan santan, air dan garam, kacau dan masukkan ke dalam pulut. Kukus selama lebih kurang 15-20 minit atau sehingga pulut masak. Kemudian, tekan dan mampatkan pulut tu.

Utk. atas:

Blend daun pandan bersama 2 cawan air dan kulit kayu manis (klu suka), perah ambil airnya. Satukan santan, gula, telur, garam, air daun pandan dan pewarna hijau kacau hingga sebati. Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung jagung kacau lagi hingga sebati dan tapiskan agar tidak berketul. Akhir sekali tuangkan adunan ini keatas adunan pulut tadi dan kukuslah selama 45 minit lagi atau sehingga masak.

Tunggu sehingga kuih sejuk baru potong bukan apa kalau masih panas kuih tak berapa comel bila dipotong.

* p/s : balut tutup pengukus dgn kain atau tuala supaya wap tak jatuh di atas permukaan kuih..

Sunday, January 8, 2012

Spaghetti Sos Tomato


Salam sejahtera dan bahagia semua.Hari ni nak cerita pasal favourite anak2. Spaghetti ni kalau buat memang cepat habis. Tapi buat versi tak berapa pedas,sedang2 je. Cara yang saya selalu buat ni ringkas tapi sedap mengikut bahan2 yang ada kat dapur je.

Bahan2:
250gm spaghetti (direbus dengan sedikit minyak zaitun hingga lembut dan toskan)
400gm daging kisar
1 biji bawang besar Holand (didadu)
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 batang lobak merah (dipotong dadu)
1 tin tomato puri
1 biji tomato didadu
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar lada hitam dikisar
1 sudu kecil serbuk oregano
1-2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya
1.       Panaskan minyak  dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga layu.
2.       Kemudian masukkan daging kisar dan lada hitam, masak hingga daging betul2 masak.
3.       Masukkan pula tomato dadu,tomato puri, cendawan butang.
4.       Bila mendidih masukkan sos tomato, sos cili, lobak merah dan serbuk oregano serta air.
5.       Perasakan dengan garam dan gula mengikut citarasa. Masak hingga mendidih dah kuah kelihatan agak pekat.
6.       Bolehlah dihidangkan dengan spaghetti yang telah direbus tadi.

Saturday, January 7, 2012

Puding Sagu Pelangi


Salam bahagia semua. Hari ni nak layan puding sagu pelangi pula. Saya memang suka yang ada sagu2 ni. Jumpa resepi kat blog Kak Yatie. Tertarik dengan rupa pelangi yang cantik tu teringin nak buat. Saya pon ikut macam kak Yatie juga ganti santan dengan susu cair, kaler je tak ada kaler kuning…hehe..Mengikut Kak Yatie, resepi ni asalnya dari Gert. Minta izin nak letak resepi kat sini dan terima kasih banyak yer.. =)

Bahan-bahan :
1 cawan biji sagu putih
1 liter air
20 gm serbuk agar-agar
11/2 cawan gula pasir
3 helai daun pandan
1 tin susu cair (400ml, boleh guna santan)
3 jenis pewarna kegemaran

Cara Membuatnya
1.       Rendam biji sagu selama 2 jam. Kemudian rebus hingga biji sagu menjadi jernih.Tuangkan ke dalam tapisan dan cuci di bawah air mengalir utk membuangkan kanji dan mengelakkan ia melekat-lekat.
2.       Bahagikan biji sagu kepada 6 bahagian berasingan dan warnakan 3 bahagian berbeza-beza dengan pewarna kegemaran anda. Lagi 3 bahagian sagu biarkan pada keadaan asal.
3.       Dalam sebuah periuk yg lain, masukkan 1 liter air bersama serbuk agar-agar, gula dan daun pandan, masak hingga mendidih.
4.       Masukkan susu cair.Kemudian tutup api
5.       Cedok 200 ml larutan agar-agar dan masukkan ke dalam 1 bekas sago tanpa warna. Kacau rata dan tuang ke dalam acuan yang telah dibasahkan dengan air. Biar keras seketika dan kelar permukaan agar-agar dengan pisau.
6.       Cedok 200 ml larutan agar-agar tadi dan masukkan ke dalam 1 bekas sago dengan pewarna dan kacau rata. Tuang perlahan ke atas lapisan pertama tadi. Biarkan keras seketika sebelum mengelar permukaan agar-agar dengan pisau.
7.       Ulangi langkah 5 & 6 beberapa kali sehingga habis semua larutan agar-agar dan biji sago digunakan. Sejukkan di dalam peti ais...
NOTE:
Untuk setiap lapisan saya masukkan ke dalam freezer (1-2min) suhu max. Supaya puding cepat membeku 

Sumber: Kak Yatie