Showing posts with label Ceritera. Show all posts
Showing posts with label Ceritera. Show all posts

Sunday, June 19, 2011

Happy Father's Day

Salam semua....dah lama betul saya tak bersiaran..huhu...banyak betul kekangan...Tapi hari ni baru dapat update sikit. Baru2 ni husband saya ada request nak makan kek. (Macam mengidam la pulak). Pastu saya pon diam2 je gi godek2 di dapur buat Super Moist Eggless Choc Cake ni. Ada frosting cream cheese yang dah ready, makanya letak topping dan layer sikit. Lepas dia balik solat Jumaat, saya pon kata kat dia suruh gi tengok kat dalam fridge. Pastu dia terkejut sebab dia kata tak nampak pon bila saya buat. Ye la, buat masa dia ke masjid tadi. Kek ni sekejap je buatnya. Itu yang best. Saya pon cakap la, alang2 kek ni untuk Fathers Day lah..heheh.. Resepi boleh tengok kat SINI

Happy Father's Day to all fathers out there..Especially my husband, my abah di Pahang dan father in law. May Allah Bless You Always!!

Monday, April 11, 2011

8 Makanan untuk kulit kekal cantik

Masa bw dan surfing tadi,terjumpa artikel ni...nak kongsi dengan semua...meh baca meh...
Selalu berangan-angan memiliki kulit halus selembut kulit bayi? Sedar tak ada beberapa jenis makanan di sekeliling kita yang bermanfaat untuk tujuan kecantikan?. Di sini ada 8 jenis makanan yang yang sesuai bagi individu yang sering mengangankan kulit yang cantik dan sihat.
1. Timun




Masalah kulit wajah yang kasar sering menimbulkan resah terutama bagi individu yang semakin berusia. Timun boleh bantu atasi masalah ini dengan menjadikannya sebagai masker. Parut di bahagian hujung timun dan gaul dengan tepung jagung serta sedikit air. Kemudian, sapukan  pada keseluruhan muka sebelum tidur dan cuci pada keesokan hari. Timun juga boleh dimakan sebagi ulam atau dimasukkan ke dalam pelbagai jenis masakan.
Cuba ini: Acar timun
2. Tomato
 
Tomato mengandungi lycopene yang tinggi yang membuat wajah menjadi merah berseri disekitar pipi. Kulit juga menjadi licin dan halus seperti kulit buah tomato. Tomato juga boleh menjadi bahan anti penuaan yang membuatkan kulit menjadi lebih muda.
3. Bayam

Bayam mengandung protein, lemak, karbohidrat, kalium, zat besi, amarantin, rutin, purin, dan vitamin (A, B, dan C). Makan bayam setiap hari boleh mengurangkan risiko kulit menjadi berkerut dan berkedut walaupun usia semakin bertambah.
Cuba ini: Bayam goreng kicap
 4. Badam




Mereka yang gemar makan badam akan memiliki kulit yang lebih sihat berbanding mereka yang tidak mengambilnya langsung. Ini kerana badam kaya dengan vitamin E yang berfungsi sebagai anti oksida agar kulit menjadi lebih kuat dan sihat khususnya ketika berada di bawah sinar mentari.
Cuba ini: Nasi Bukhari
5. Lobak Merah

Biasanya kita mendengar bahawa lobak merah baik untuk menyegarkan mata. Tetapi tahu tak bahawa lobak merah yang kaya dengan vitamin A ini juga membantu meransang sel kulit agar menjadi lebih baik dan menghalang sel-sel kanser.
Cuba ini: Baby lobak goreng
6. Dark chocolate



Coklat bukan sahaja boleh membuatkan kita berasa gembira malah boleh membantu tekstur dan kekenyalan kulit menjadi lebih tegang. Mulai sekarang, abaikan tanggapan bahawa coklat menggemukkan dan berjerawat kerana coklat sebenarnya mempunyai pelbagai khasiat yang tinggi.
7. Teh Hijau
Teh hijau adalah sejenis teh yang dibuat dari daun Camelia senensi yang mengalami oksidasi minimal sepanjang proses pembuatannya. Teh hijau yang berasal dari China, dan dikaitkan dengan kebudayaan Timur ini boleh menghasilkan kesan yang hebat pada kulit. Selain bagus untuk kesihatan, ia juga membantu kulit menjadi lebih halus.
8. Ubi manis
Ubi kaya dengan vitamin C, ia bukan sahaja membantu menghaluskan kulit, bahkan menghindarkan kulit dari kerutan. Vitamin C yang terkandung di dalamnya merupakan salah satu bahan penting untuk membentuk kolagen yang amat baik untuk kelunturan dan keanjalan kulit.
Sumber: trymasak

Thursday, April 7, 2011

Happy World Health Day


Antimicrobial resistance is not a new problem but one that is becoming more dangerous; urgent and consolidated efforts are needed to avoid regressing to the pre-antibiotic era.
For World Health Day 2011, WHO is introducing a six-point policy package to combat the spread of antimicrobial resistance.


Good health is one of the most important ingredients for a happy and productive life. And yet, many people do not have access to health care and live in conditions that spread disease.

Tuesday, March 22, 2011

PAC dah lepas...

Alhamdulillah..baru balik dari PAC di Rantau Panjang. Balik dengan membawa kaki yang sakit2 akibat berlari 2.4km dalam masa 17minit dalam hujan, lari 4 x 10, lompat spring, sits up 28kali dalam 2 minit...wahh..sangat mengaskarkan saya, haha.Semua ujian fizikal ini dilakukan di UPP (Unit Pencegahan Penyeludupan). Ini adalah the first batch untuk PAC KDRM ni. Sebelah malamnya pula, ada ujian personaliti pula menjawab 185 soalan objektif. Serius tak dapat berfikir panjang nak menjawabnya sebab dah lembik diuji fizikal siangnya. Selepas itu sahajalah masanya untuk mengarang untuk 'public speaking' keesokkan harinya di kala mata sangat ingin ditutup dan badan ingin dibaringkan. Memang sangat mencabar. Tajuk public speaking yang saya pilih dari 24 tajuk yang diberi adalah 'Website, blog and facebook'. Banyak juga lah yang saya merapu tu, hehe. Untuk hari kedua pula ada 'Case Study' dalam group yang melibatkan perbincangan diikuti presentation. Saya agak bernasib baik kerana mendapat ahli kumpulan yang mana sedang berkhidmat dan dalam proses kenaikkan pangkat. Agak banyak tips yang dia berikan kepada kami dan dengan harapan kumpulan kami (group of ten, 5 perempuan dan 5 lelaki) dapat menjadi kumpulan terbaik.Segala tingkah laku dan personaliti perserta diambil kira dan ada markahnya. Sepanjang program, makanan dan tempat tinggal disediakan, semuanya memuaskan. Apa pon, I had so much fun. Untuk hari terakhir program habis pada pukul 12tengahari. Lepas habis terus balik ke Kuala Terengganu, rindukan my babies. Baru tinggalkan 2 malam dah rindu sangat, macam manalah kalau kena tinggalkan 3bulan nanti?? huh..tak tercapai akal rasanya... What ever I believe, everything happened for a reason. Ada hikmahnya, InsyaAllah...Kat sini ada beberapa gambar yang telah di snap oleh salah seorang peserta PAC ni..bolehlah dibuat kenangan..hihi..dan jutaan terima kasih kepada husband saya yang sudi menunggu saya di sebuah hotel di rantau panjang sehingga habis program. =) 

 Selepas aktiviti 'Case Study'. Tengok, kita orang telah ditransform menjadi netballers. hihi
Dalam dewan taklimat.

p/s: teka yang mana saya...hehe

Sunday, March 6, 2011

Wish Me Luck



Salam Ahad yang terang..
Setelah lama tidak ke library Terengganu, saya pergi semula ke sana. Terpaksa buat kad ahli perpustakaan. Sebenarnya dah pernah daftar tapi kadnya dah expired dan hilang, maka kenalah bayar RM3. Kenapalah saya ke sana? Saya nak cerita sikit dengan penuh debaran..hehe..takut..tidur pon tak leh nak lena sangat (yeke?). Semalam saya dapat surat dari SPA panggilan ke PAC di Akmal Kelantan. Setelah sekian lama saya tidak melibatkan diri dengan semua ini, dan pada 20-21 Mac ni saya berada di sana. Mood nak tempek gambar makanan pon dah tak ada buat masa sekarang,tapi blogwalking sempat juga..hihi. Banyak benda yang saya kena gali dan ingat. Kena buat persiapan serba sedikit. Macam tak percaya pon ada, di kala usia tak berapa nak muda remaja lagi ni dipanggil untuk satu kursus penilaian macam tu..pasti ramai calon2 lain yang masih muda remaja..hihi..Macam2 yang saya fikirkan termasuklah apakah aktiviti2 yang bakal saya jalani kat sana nanti dan juga macam mana lah agaknya anak kecil saya (dah 2 tahun lebih sebenarnya) tidur malam tanpa saya??huhu.. Moga adik tabah (adik ke umminyer?).. Saya kena gunakan sepenuhnya masa yang ada sebelum ke Kelantan tu betul2...at least saya sudah berusaha kan kalau tak dapat pon.. Saya sangat nervous!! Doakan saya yerr....

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul dan 12 Pesanan Nabi SAW

Salam Maulidur Rasul, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Perbanyakkanlah selawat ke atas nabi kita dan sentiasalah berusaha mengamalkan sunnahnya. 

Nabi Muhammad s.a.w. adalah guru yang sejati. Baginda bukan hanya menyampaikan ilmu, tetapi juga mendidik dan mentarbiah. Keutamaan baginya ialah umatnya. Beliau menghendaki supaya umatnya akan menjadi umat yang diredhai Allah, berjaya di dunia dan di akhirat dan berada di barisan hadapan dari umat-umat lain di padang mahsyar. Guru yang sejati tidak akan pernah putus asa menasihati murid-muridnya. Begitulah Nabi Muhammad s.a.w.. Baginda tidak jemu menasihati umatnya. Tidak ada yang memberi manfaat kepada umatnya melainkan telah diceritanya dan tidak ada yang merugikan mereka melainkan baginda telah melarangnya. Di antara pesanan Nabi Muhammad s.a.w. ialah tentang empat perkara yang setiap satunya disebut pula tiga ciri;

Perkara pertamaal-Muhlikat, iaitu perkara-perkara yang memusnahkan.
Perkara keduaal-Munjiyat, iaitu perkara-perkara yang menyelamatkan.
Perkara ketiga; al-Kaffarat, iaitu perkara-perkara yang menghapus dosa.
Perkara keempat; ad-Darajat, iaitu perkara-perkara yang mengangkat darjat/martabat.

Nabi Muhammad s.a.w. melanjutkan sabdanya; "Ada pun tiga perkara yang memusnahkan ialah;
Pertama; Sifat bakhil yang ditaati.
Kedua; Hawa nafsu yang dipatuhi
Ketiga; Seorang itu berasa takjub dengan diri
sendiri…
".

Nabi Muhammad melanjutkan lagi sabdanya; "Adapun tiga perkara yang menyelamatkan ialah;
Pertama; Bersederhana ketika miskin dan ketika kaya.
Kedua; Berlaku adil ketika suka dan ketika marah.
Ketiga; Takut kepada Allah ketika bersendirian dan ketika bersama orang ramai
…".

Seterusnya, bagi tiga perkara yang menghapus dosa, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda; "Adapun tiga perkara yang menghapuskan dosa;
Pertama; melangkahkan kaki untuk menunaikan solat berjamaah.
Kedua; menyempurnakan wudhuk sekalipun pada musim sejuk.
Ketiga; menunggu solat selepas solat"
.

Untuk pesanan terakhir, Nabi s.a.w. berkata; "Adapun tiga perkara yang mengangkat darjat ialah;
Pertama; bangun menunaikan solat malam pada saat orang lain sedang nyenyak tidur.
Kedua; memberi salam
Ketiga; memberi makan orang lain"
.

 Hadis yang memuatkan pesanan-pesanan ini diriwayatkan oleh Imam at-Thabrani r.a. dari Abdullah bin ‘Umar r.a. (anak lelaki sahabat besar ‘Umar bin al-Khattab r.a.). Menurut Syeikh Nasiruddin al-Albani; hadis ini adalah hasan.

Tuesday, February 1, 2011

Krisis sebenar darurat di Mesir


Kalau anda membaca post ini, harap boleh sebarkan di facebook,  twitter, blog, tumblr masing2. Kalau boleh biar satu Malaysia tahu sebab ianya sangat penting. Ini melibatkan keselamatan, maruah, nyawa dan masa depan lebih 6000 pelajar Malaysia di sana. Kita harap dengan tersebarnya maklumat pihak kerajaan dapat melakukan tindakan yang sewajarnya.

edit: angka sebenar jumlah pelajar Malaysia di sana tidak diketahui, tapi ada sumber memaklumkan terdapat 11,000 rakyat Malaysia tinggal di seluruh Mesir.

edit 2 : beberapa rujukan telah ditambah.

Ringkasan : Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk ber-demo.

Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel. Media Malaysia kurang melaporkan berita mengenai ini dan ramai yang tidak tahu, ingat Mesir…bunyi Arab tu semua aman…semua baik-baik ke? Dah jadi riot baru kecoh satu dunia.

1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir
 Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar.

2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat
Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung.
Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.

3. 5000 banduan terlepas dari penjara
Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…5000 banduan telah terlepas dari penjara. 5000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas? Dengar2 banduan pula spesies ganas2 yang terlepas.
Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk.
  
4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak
Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan.
Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.
edit : Berikutan ada menyangkal point ini…ada baiknya anda lihat blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita dan mungkin rujuk entri ini juga

5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan
Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam nie.
Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya.

6. Airport, Balai Polis, Kereta diserang, dibakar
Lapangan terbang diceroboh dan di serang, dan segala urusan penerbangan banyak yang terpaksa di batalkan atas sebab keselamatan. Yang selamat hanya mereka yang ada pesawat peribadi.
Balai-balai polis dan kereta serta kenderaan di jalanraya banyak yang dibakar oleh perusuh. Terdapat juga insiden pihak tentera melanggar perusuh dengan kereta.

7. Bloggers seluruh Malaysia, take note!
Sebarkan maklumat berikut; dan minta kerajaan Malaysia memberi priority sebaik mungkin untuk isu ini.
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923

Atau melalui: 
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch 
 Twitter:  DyyaDizarch 
Blog: Nadia-ism 
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com
Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia

8. Sebar-sebarkan berita mengenai ini
Mintak tolong sebar berita ini di facebook,  twitter, yahoo messenger, email dll. Nak copy paste tak bagi kredit pun tak kisah kali ini, yang penting kita nak maklumat ini tersebar.

9. Bacaan berguna
Bagi yang tak tahu menahu mengenai isu ini boleh baca beberapa link berikut:
1. Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
2. Facebook Pages – Selamatkan Pelajar kita di Egypt
3. What’s happening in Egypt
4. Ariffshah : Krisis Mesir Nasib Pelajar Kita
5. Obefiend – revolusi piramid bukan MLM Mesi.

dipetik dari

*Tolong doakan adik ipar saya juga berada di Mesir di Tanta University.. 

Tuesday, January 25, 2011

Malaysian Mom Bloggers'

Bismillahirrahmanirrahim...Salam Isnin yang nyaman.. Di Kuala Terengganu ni sejuk je, macam nak hujan, tapi belum lagi, angin kuat, tu yang nyaman tu...anak saya yang sedang dalam diapers free training pon dah berapa kali terlepas, sebab sejuklah kot..huhu..itulah cabaran dalam seminggu ni nak bagi dia betul2 diapers free. Takpe..yakin boleh!!

Ohh ya...entry ni sebenarnya specially nak cerita pasal page di Facebook yang bernama


Saya join contest kat SINI bagi mempromosikan page ni disamping nak kongsi info jugak.Bagi sesiapa yang ada akaun Facebook tu boleh lah join page ni. Banyak manfaatnya, boleh berkongsi macam2 info dengan rakan2 bloggers yang lain, boleh join contest dan macam2 lagi.Pendek kata macam2 ada kat page tu. Jenguklah ye kawan2..Join and you will know it!!

Saturday, January 22, 2011

Mengisi masa lapang

Salam Sabtu yang damai..hari ni matahari sangat terang di Terengganu ni.. Alhamdulillah..
Kali ni nak cerita pasal hobi yang lain saya iaitu membaca. Sekarang saya addicted to books written by Ustaz Hasrizal ni, juga penulis blog Saiful Islam. Sekarang saya sudah miliki 2 buah buku seperti di dalam gambar di atas. Murabbi Cinta sudah tamat, sekarang untuk menghabiskan beberapa chapter lagi dalam iSecangkir Teh Pengubat Letih. Isi kedua-dua buah buku ini langsung tidak menjemukan bahkan rasa tak sabar nak baca sampai habis. 
Ini pula buku yang dah beli tapi masih belum mula membacanya...tengah tunggu turn..hihi..
Teringat masa bekerja di Kuala Lumpur dulu2..masa dalam LRT pergi dan balik kerja mesti saya habiskan dengan membaca buku2 yang saya beli, biasanya di kedai buku second hand di Amcorp Mall. Saya fikir masa di ambil dari stesen Universiti ke Ampang Park agak lama, daripada duduk dalam LRT hanya 'awak tengok saya,saya tengok awak' je dalam tu baik tengok buku..hehe...Masih tak dapat lupa, saya selalu terserempak dengan seorang perempuan (kakak) yang selalu menghabiskan masa dalam LRT dengan membaca tafsir Al-Quran..sangat baguskan...
Oh ya...selain buku2 motivasi, saya juga suka mengumpul buku masakan, cuma belum dapat nak mencuba semua resepi2 itu..Nanti saya cerita lagi... =)

Thursday, January 13, 2011

Pembukaan Dapur Kecil Norul

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Dengan Bismillah blog dapur saya dibuka. Tujuan untuk merekodkan resepi2 yang telah dipelajari dan sebagai rujukan di masa depan juga untuk perkongsian bersama. Insyaallah resepi2 hanya yang mudah dan simple sahaja. Semua resepi2 yang di postkan adalah resepi baru juga yang lama khas dari dapur kecil saya. Semoga bermanfaat untuk saya juga semua.