Showing posts with label Puding. Show all posts
Showing posts with label Puding. Show all posts

Saturday, January 7, 2012

Puding Sagu Pelangi


Salam bahagia semua. Hari ni nak layan puding sagu pelangi pula. Saya memang suka yang ada sagu2 ni. Jumpa resepi kat blog Kak Yatie. Tertarik dengan rupa pelangi yang cantik tu teringin nak buat. Saya pon ikut macam kak Yatie juga ganti santan dengan susu cair, kaler je tak ada kaler kuning…hehe..Mengikut Kak Yatie, resepi ni asalnya dari Gert. Minta izin nak letak resepi kat sini dan terima kasih banyak yer.. =)

Bahan-bahan :
1 cawan biji sagu putih
1 liter air
20 gm serbuk agar-agar
11/2 cawan gula pasir
3 helai daun pandan
1 tin susu cair (400ml, boleh guna santan)
3 jenis pewarna kegemaran

Cara Membuatnya
1.       Rendam biji sagu selama 2 jam. Kemudian rebus hingga biji sagu menjadi jernih.Tuangkan ke dalam tapisan dan cuci di bawah air mengalir utk membuangkan kanji dan mengelakkan ia melekat-lekat.
2.       Bahagikan biji sagu kepada 6 bahagian berasingan dan warnakan 3 bahagian berbeza-beza dengan pewarna kegemaran anda. Lagi 3 bahagian sagu biarkan pada keadaan asal.
3.       Dalam sebuah periuk yg lain, masukkan 1 liter air bersama serbuk agar-agar, gula dan daun pandan, masak hingga mendidih.
4.       Masukkan susu cair.Kemudian tutup api
5.       Cedok 200 ml larutan agar-agar dan masukkan ke dalam 1 bekas sago tanpa warna. Kacau rata dan tuang ke dalam acuan yang telah dibasahkan dengan air. Biar keras seketika dan kelar permukaan agar-agar dengan pisau.
6.       Cedok 200 ml larutan agar-agar tadi dan masukkan ke dalam 1 bekas sago dengan pewarna dan kacau rata. Tuang perlahan ke atas lapisan pertama tadi. Biarkan keras seketika sebelum mengelar permukaan agar-agar dengan pisau.
7.       Ulangi langkah 5 & 6 beberapa kali sehingga habis semua larutan agar-agar dan biji sago digunakan. Sejukkan di dalam peti ais...
NOTE:
Untuk setiap lapisan saya masukkan ke dalam freezer (1-2min) suhu max. Supaya puding cepat membeku 

Sumber: Kak Yatie

Monday, October 24, 2011

Puding Jagung


Sebenarnya saya sangat suka makan puding jagung, dari kecil lagi. Arwah mak saya pon selalu buat. Kalau masa hari raya tu, mesti ada untuk pencuci mulut. Bila dah lama tak buat, saya pon dah tak ingat sukatan maka kenalah cari juga kat blog kekawan kat sini. Pernah buat guna resepi dari myresipi tapi macam lembik pulak, kali ni saya tambah kan sukatan tepung jagungnya dan alhamdulillah menjadi.
Resepinya seperti di bawah:

PUDING JAGUNG
Resepi: 
F&N@myresipi.com

Bahan-bahan ( sefamily )

* 1 cawan tepung kastad (saya letak 1 1/2 cawan)
* 1 cawan jagung manis ( saya letak 1 tin )
* 3/4 cawan gula
* 3 cawan air
* 1 1/2 cawan susu cair

Cara-cara
1. Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
2. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
3. Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan. 


Saturday, October 22, 2011

Puding Roti Berkaramel


Puding roti memang kegemaran seisi rumah…kali ni saya nak cuba versi lain plak, puding roti berkaramel. Saya terjumpa resepinya dari blog Kak Yatie. Sedap dan mudah disediakan…minta izin Kak Yatie saya copy dan paste resepi kat sini.. =)


Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
1 cawan air suam
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara
Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air panas, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - Yatie kukus 30minit je. (saya bakar dengan kaedah bain marie pada 170 darjah selama 40minit-1 jam).
Sejukkan dahulu barulah di potong dan hidangkan.

Friday, September 16, 2011

Agar-agar Lumut


Salam Hari Malaysia semua..dan salam hari Jumaat juga...baru-baru ni saya dok belek2 resepi yang telah disimpan dlm folder resepi saya dan ternampak resepi agar-agar ni. Tekak lak terasa nak makan something yang manis dan ala2 pencuci mulut untuk minum petang. Melihatkan barang2 semua ada di dalam stok, maka terhasilah agar2 ni. Resepi nya saya copy dari myresepi.

Bahan2:
·         7gm agar-agar strip
·         850ml air + pewarna hijau
·         1 gelas gula
·         1 biji telur + sedikit pewarna hijau - pukul sedikit
·         200ml air + 2-3 helai daun pandan - potong, blend, perah jusnya atau sedikit pandan paste
·         sedikit garam

Cara-cara
1.   
Rebus agara-agar bersama 850ml air hingga larut, masukkan gula masak hingga gula cair, letakkan pula pewarna hijau, taburkan garam kacau rata hingga mendidih.
2.   Masukan air jus daun pandan, didihkan seketika, tuangkan telur sedikit demi sedikit kacau denga pemukul telur supaya rupanya cantik seakan berlumut dan tidak berketul, tujuannya bagi mencantikkan lagi rupanya, tutup api, tuang dalam dulang, bekukan, potong, hidangkan

Thursday, May 26, 2011

Butter Bread Puding With Custard Sauce



Di rumah saya bekalan roti mesti ada, tapi kadang kala tu lambat juga habis stok nya. Untuk nak menghabiskan roti cepat sikit daripada menyenyangkan toh sampah, saya pon buatlah puding ni. Letak lak choc chip, anak2 memanglah suka, ada rasa coklat2. Sebelum2 ni saya biasa buat guna resepi dari Master Chef Sabri, tapi kali ni nak try resepi Kak Nor la pula. Nampak sedap je Kak Nor tayang sebelum ni..hehe..Kak Sheila pon dah pernah buat kan..Memang sedap, saya suka letak dlm peti sejuk..Makan sejuk2, memang best. Minta izin Kak Nor saya nak copy paste resepi kat sini, terima kasih daun keladi yer.. =)

BUTTER BREAD PUDING Dgn SOS KASTARD
resipi : K.Nor@SecubitGaram

10 - 12 kpg roti 
butter secukupnya
500ml susu fresh
4 sudu besar gula halus
3 bj telur
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar tepung jagung
sedikit kismis dan choc chip

Sapu roti dgn butter dan potong .
Susun ke dlm loyang yg dah digriskan.
Masukkan susu, gula, telur, vanila dan tepung jagung ke dalam sebuah bekas dan kacau hingga sebati.
Tuangkan adunan ni ke atas roti yg dah disusun td dan biarkan meresap lebih kurang 10 minit.
Taburkan kismis dan choc chip ke atas roti td. (kalau nk letak kismis dan choc chip ni selapis demi selapis masa menyusun roti pun boleh jugak.. terpulang la ya)
Bakar puding roti dm oven yg dah dipanaskan (175 -180C) lebih kurang 40 - 45 min atau sehingga masak.
Sejukkan seketika baru lah di potong dan dihidangkan begitu saja atau dgn sos kastard.


SOS KASTARD
resipi : K.Nor@SecubitGaram

1/2 tin susu cair
1 tin air (guna tin susu cair)
3 - 5 sudu besar gula ~ ikut kemanisan sendiri
1 sudu tepung kastard
1 sudu tepung jagung
1 helai daun pandan/1/2 sudu esen vanila
secubit garam

Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan masak lah sehingga sedikit pekat.
Hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul.
Sejukkan dan bolehlah dihidangkan bersama Puding Roti.

Thursday, April 21, 2011

Puding Karamel Tanpa Telur

Salam bahagia semua...Moga2 hari ini dan hari2 yang mendatang lebih mematangkan kita...Meh rapat, meh rapat.. Ni nak cerita pasal Puding Karamel tanpa telur. Sesuai la untuk mereka2 yang alergi pada telur dan juga vegetarian. Sebelum ni selalu buat pon karamel yang guna telur banyak tu. Kali ni nak try yang tanpa telur pulak. Sedap, kanak2 kat rumah ni suka..sebab dia macam lembut je kan..manis2 gitu. Letak dalam peti, bila makan sejuk je tekak. Saya dah lama simpan resepi ni sebenarnya, biasalah kan...hihi..saya dapat resepi ni kat Myresipi. Terima kasih kepada tuan punya resepi Firasyira, minta izin nak kongsi kat sini yer.. =)


Bahan-bahan ( 10 orang )

A) 2 senduk gula
B) 1 bungkus agar-agar serbuk
4 cawan air
2 1/2 senduk gula
C) 1 tin susu cair(lebih kurang 400g)
2 sudu makan tepung kastard
1 sudu vanilla
(Campur sebati semua bahan C)
Yang telah dipotong sedia untuk di makan... =)
Cara-cara
  1. Hanguskan gula cam buat karamel utk puding karamel yang lain gak...biasanya saya hanguskan gula terus atas acuan,bila da kaler emas tuang air sikit..pastu ketepikan..
  2. Dalam periuk didihkan bahan b. kecilkan api kemudian masukkan bahan c. kacau rata selama lebih kurang 3 minitn @ sehingga adunan sedikit likat dan pekat. Matikan api, tuang adunan dalam acuan yang berisi gula hangus.
  3. Bekukan sebentar, dan hidang. (lebih sedap dihidang sejuk-sejuk).

Friday, February 18, 2011

Puding Karamel

Salam sejahtera semua. Hari ni nak post gambar puding karamel. Saya memang suka makan puding2 nih, husband saya pon. Puding karamel ni masa kecil2 dulu pon arwah mak suka buat, tapi tak dapat makan banyak, sebab kena bahagi sorang sikit la..sama2 merasa dengan adik beradik yang lain. Bila dah tua besar ni, bolehlah buat sendiri dan makan banyak2..huhu..Sangat sedap dimakan ketika sejuk..yummy!! Resepi saya dapat dari SINI. Terima kasih tuan punya resepi Alia. Saya kongsikan resepi kat sini yer..

Bahan-bahan ( saiz:16 cm )

400cc(400ml) susu segar/susu cair
5 sudu besar gula halus
3 biji telur- pada suhu bilik
2 biji telur kuning-pada suhu bilik
2-3 titik esen vanila

[ KARaMEL ]
5 sudu besar gula
2 sudu besar air

Cara-cara
Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais.
Sumber: Myresipi