Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts

Wednesday, December 28, 2011

Pot Chicken Rice


Salam ceria semua. Seperti biasa sebenarnya dah lama simpan resepi pot chicken rice ni. Teringat masa muda2 dulu (masa bujang)  selalu kalau pergi beli barang dapur kat Tesco Mutiara Damansara tu mesti makan kat cafĂ© dia, makan Chicken claypot rice. Masa tu memang favourite nasi ni. Dah lama dah, masa tu kat Mutiara Damansara tu cuma ada Tesco ni je dengan IKEA dan Ikano Power Centre tu. The Curve memang tak nampak bayang lagi masa tu. Sekarang ni kat area tu dah padat dah..Semua ada.. Tapi claypot rice kat situ saya tak sure pulak, masih ada lagi yang dulu atau tak..dah lama tak jejak ke situ. Kali ni dah dapat resepi ni memang puas hati sangat bila buat. Husband pon suka, asyik tanya letak apa dalam nasi ni. Anak2 pula, masa saya tengah masak, dia orang tanya, ‘Ummi masak apa bau sedap ni?’..hihi..memang laku lah…Alhamdulillah…Saya jumpa resepi ni dari blog Tun qurataayun. Katanya resepi dari mamahawa dan asalnya dari trymasak. Terima kasih pada semua yer… nak kongsi kat sini pula resepinya…

Pot Chicken Rice
Resepi: trymasak
Sumber: mamahawa

Bahan2
       
200 g Beras - tun guna 1 1/2 cawan
250 ml Air- x sukat, masak mcm masak nasi biasa
200 g Isi Ayam - dipotong kasar 
4 bj Cendawan Kering - direbus & dihiris nipis - guna shiitake
1 tangkai Daun Bawang - dicincang kasar - xde stok
½ Cili Merah - dihiris nipis 
10 hiris Halia 
2 ulas Bawang Putih - dicincang 
2 sb Gula  
2 sb Sos Tiram 
1 sb Kicap Pekat 
1 sb Kicap Cair 
1 sb Minyak Bijan 
1 sb Jus Halia (saya sagat halia)
1 sb Serbuk Lada Hitam 
sedikit Garam

Cara Memasak

 
Perap ayam bersama lada hitam, garam, kicap pekat, kicap cair, sos tiram, minyak bijan, jus halia dan gula. Ketepikan.
Masak nasi bersama air secukupnya.
Tumis bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan hirisan cili, cendawan dan ayam. Kacau sebati hingga ayam empuk.
Apabila nasi masak, masukkan ayam diatasnya. Biar hingga aroma ayam sebati bersama nasi dan kuahnya kering.
Taburkan daun bawang sebelum dihidang.

Wednesday, April 6, 2011

Nasi Kuning Sari

Salam bahagia semua. Hari ni dah 6th April. Cepat masa berlalu, sedar tak sedar anak2 pon dah besar2, kita pula makin tua. Aisehh…macam tu lah kehidupan ni. Hari ni saya nak post nasi Kuning Sari. Asalnya resepi dapat dari majalah Rasa 2009, tapi saya dah tambah serba sedikit. Nasi Kuning Sari ni sedap di makan bersama ikan atau ayam masak sambal ataupon gulai daging. Kali ni saya buat lauknya ikan sambal dan telur dadar bersayur je. Menu ni biasanya saya selalu buat untuk berbuka puasa.Tapi untuk hari2 biasa pon sekali sekala makan nasi kuning sari ni sedap juga. Resepinya seperti di bawah.

Resepi : Majalah Rasa 2009
Olahan: Dapurkecilnorul

Bahan2:
360gm beras Basmathi
1 batang (3 inci) kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 cengkih
2 biji buah pelaga
3 sudu besar minyak sapi
2 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
(bahan bertanda * dikisar)
½ sudu kecil serbuk kunyit
2gm daun ketumbar
5gm belacan
360 ml santan cair (bersesuaian dengan beras)
1 biji cili merah dihiris
200gm daging cincang
1 helai daun pandan disimpul
Garam secukupnya

Cara2:
Basuh beras Basmathi bersih dan toskan.
Panaskan minyak sapi dan tumiskan bahan kisar bersama cengkih,pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis. Kemudian masukkan serbuk kunyit, daun ketumbar dan belacan, kacau rata.
Tuangkan santan dan masukkan cili merah juga daun pandan. Kemudian masukkan daging cincang. Kacau hingga rata. Perasakan dengan garam dan masukkan beras.
Biarkan nasi mendidih dan masak.
*enak dimakan bersama ayam atau ikan masak sambal ataupun gulai daging.

Saturday, April 2, 2011

Nasi Minyak


Salam sejahtera semua. Kali ni saya nak tempek nasi minyak yang buat baru2 ni..Resepinya sama macam yang saya selalu buat, boleh tengok kat SINI. Tapi kali ni lauknya saya buat Ayam Masak Ros. Tak boleh taip panjang, ada kerja sikit...daaa

Thursday, March 10, 2011

Moi @ Bubur Nasi




Salam petang yang dingin..
Dari pagi tadi hujan turun, petang ni renyai2 je..dingin betul..anak sulung saya pon liat betul nak bangun pagi ni ke PASTI, akibatnya lewat lah. Nasib tak ada kena denda lewat datang sekolah..hihi..Beberapa hari lepas saya ada masak bubur atau moi ni..Kalau abah saya panggil nasi moi…maksudnya bubur nasi la tu..Sedap dan mengenyangkan, makan lak dengan sambal gesek kak Hana. Dah lama tengok kawan2 blogger mencuba, ni baru saya mencuba sambal gesek makan dengan moi ni..bertambah makan..husband pon suka..hihi.. Saya nak kongsi resepi kak Hana di sini..Mintak izin yer kak Hana.Terima kasih banyakkk.. =)

RESEPI MOI @ BUBUR
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
·                     1 cawan beras
·                     4-5 cawan air
·                     1/2 keping dada ayam - potong dadu kecil
·                     1/2 kiub pati ayam @ 1sk serbuk pati ayam
·                     1 inci halia di ketuk@ hiris nipis
·                     carrot - potong dadu kecil
·                     lada sulah @ blackpepper
·                     sedikit garam
·                     Bahan sampingan (ikut pilihan): bawang goreng, daun sup@daun bawang, sambal getuk @ sambal gesek @ sambal crispy delimas, ikan bilis goreng, kacang goreng, halia goreng, daging ayam rebus hiris, kangkung goreng, telur dadar nipis etc.
Cara-cara
·                     Cuci beras dan masukkan semua bahan kecuali garam dan lada sulah@blackpepper. Masak hingga nasi menjadi bubur. Perasakan dengan garam secukup rasa dan juga serbuk lada sulah@blackpepper. Matikan api.
·                     Cedokkan ke dalam mangkuk dan taburkan dengan daun sup@daun bawang dan juga bawang goreng. Jika suka boleh tambahkan aksesori lain.

Monday, February 28, 2011

Lontong


Di Terengganu ni memang susah nak jumpa menu ni. Teringat masa saya bercuti-cuti Malaysia di Melaka tahun lepas, sarapan di sebuah kedai makan di pinggir bandar Melaka, saya dan husband memilih menu lontong. Memang sangat sedap dan mengenyangkan. Masa membelek majalah Rasa 2009 saya terjumpa dengan resepi lontong ni, maka dapat idea nak mencuba. Senang je rupanya nak membuat lontong ni. Dapat la makan dengan puas hati..hihi.. Di sini saya nak kongsi resepinya.

Bahan2:
3 bungkus nasi impit

Bahan Kuah Lontong
20gm suhun
100gm fucuk
150gm bawang merah*
50gm bawang putih*
80gm kunyit hidup*
50gm cili kering*
(bahan bertanda * dikisar)
3 keping tauhu (didadu)
200gm tempe (dihiris)
2 batang serai (dititik)
1 helai daun kunyit (disimpul)
100gm lobak merah (dihiris jejari)
100gm kubis bunga (dihiris kasar)
80gm udang kering
1 liter santan
gula dan garam secukup rasa

Cara2:
Goreng suhun,fucuk,tauhu dan tempe secara berasingan hingga garing dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak di dalam periuk, tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan udang kering dan kacau seketika.
Selepas itu masukkan santan, serai, daun kunyit,lobak merah,kubis bunga,suhun, fucuk, tauhu,tempe,garam dan gula secukup rasa. Kacau rata sehingga mendidih.
Bila cukup pekat bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama nasi impit tadi.

**jika suka pedas bolehlah ditambahkan cili kisar.

Monday, January 31, 2011

Nasi Minyak

Salam hari Isnin yang terang...Alhamdulillah, hari ni agak terang dari sebelum2 ni. Hampir setengah hari habis di hospital tadi. Tak larat nak mengejar si hero yang tak nak duduk diam..biasalah budak2.. Mendaftar dah hampir 30minit, tunggu giliran jumpa doktor pulak dekat sejam jugak.Lepas tu pergi kat bilik suntik untuk ambil sampel darah, sekali dah pukul 1 diorang rehat lak sampai pukul 2pm. Kena tunggu, pergi minum di kantin hospital, pastu pukul 2pm ambil darah, tunggu result 50minit baru siap. Waahh kena tunggu lagi, makanya pergi la solat dulu di masjid Ladang, nasib baik dekat je. Pastu baru leh jumpa doktor dan ambil ubat. Fuhh...Nasib baik sebelum ke hospital dah masak siap2. Kalau tak...ada yang hangin nanti..haha..Hari ni masak yang senang je, nasi minyak, lauk gulai kambing (resepi di SINI ) dan acar tomato pedas. Resepi nasi minyak yang saya buat macam kat bawah, sumber mak mertua.

Bahan2
2 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar gula
garam secukup rasa
1 helai daun pandan (dipotong)
3 cawan nasi
3 cawan air
2 sudu besar susu cair
sedikit kismis hitam

Cara2:
Panaskan sedikit minyak di dalam periuk, biasanya saya pakai periuk rice cooker je.
Tumiskan rempah 4 sekawan sehingga naik bau, kemudian masukkan air, sos tomato,gula, garam, susu dan daun pandan. 
Apabila mendidih, masukkan beras yang telah dicuci tadi serta kismis dan tanak sehingga beras kelihatan agak kembang.
*Kuantiti air mengikut jenis beras yang anda guna,macam masak nasi biasa.
Kemudian letakkan di atas rice cooker dan masak sehingga nasi betul2 masak.

Thursday, January 27, 2011

Nasi Lemak

Termenung jugak pagi tadi, fikir nak masak apa untuk sarapan. Cadangnya nak ke hospital pagi ni makanya masak lah nasi lemak lebih sikit untuk lunch terus. Kat Terengganu ni memang makan nasi lemak dengan sambal ikan, biasanya ikan tongkol tapi tak ada stok pulak. Buat je lah ikan biasa je, tak tahu nama ikan apa..hehe.. Lepas tu buat telur dadar, cukuplah.Resepi nasi lemak style mak mertua macam kat bawah:

Bahan2:
3 Cawan beras
1 cawan santan
1 cawan air
(ikut jenis beras,seperti masak nasi biasa)
sedikit garam
1 inci halia dihiris
2 cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 sudu minyak masak
1 helai daun pandan

Cara2:
Masukkan semua bahan2 ke dalam rice cooker dan masak seperti masak nasi biasa.
Guna petua  Kak Nor Secubit Garam biarkan beras terendam seketika sebelum masak untuk mendapatkan nasi yang lembut dan gebu. Terima kasih kak nor, kongsi kat sini yer..Mintak izin... 
Alhamdulillah, gebu nasi lemakku..hehe 

Sunday, January 16, 2011

Nasi Goreng Udang

Udang adalah makanan kegemaran anak sulung saya...Maka, rumah saya sentiasa ada haiwan ini di dalam freezer.Nasi goreng udang ni adalah nasi goreng yang paling senang dan cepat untuk disediakan.Cepat buat, cepat lah makan...hehe

Bahan2:
2 mangkuk nasi putih sejuk
beberapa ekor udang
1 biji telur
1 batang lobak merah dihiris halus
1 biji bawang merah*
1 ulas bawang putih*
(bahan2 bertanda * dikisar)
2 pokok daun bawang
garam secukup rasa

Cara2:
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan udang dan kacau sehingga udang betul2 masak.
Masukkan lobak merah yang dihiris. Kemudian masukkan nasi putih dan cili merah.Gaul ratakan nasi.
Masukkan pula telur yang dipukul dan garam. Gaul sebati nasi dan siap.
Taburkan daun bawang yang telah dihiris semasa hendak makan.