Thursday, September 15, 2011

Jantung Masak Kunyit



Salam rindu semua.. dah lama sangat tak mengupdate dapurkecilnorul ni, atas beberapa sebab yang sangat tidak mengizinkan. Dalam hati tu rindu sangat nak aktif macam dulu2, dan dengan harapan lepas ni dapat jugalah mengaktifkan diri walaupon tak dapat seaktif dulu..huhu.. Macam mana raya kawan2 semua tahun ni? Saya alhamdulillah, seronok sebab dah lama tak balik ke Pahang dapat habiskan 2 minggu kat sana, oklah tu kan, siap gi mandi manda kat air terjun lagi..hihi..
Baru-baru ni time raya macam biasa lah, ayah saya jual daging dan beberapa ekor lembu pun tumbang. Dapat lah merasa perut lembu muda, jantung, hati,paru yang setelah dibahagi2 sesama sedara mara yang ada kat Pahang tu, dapat lah di bawa balik ke rumah masing2 sorang sikit. Jantung tu saya dapat sebelah je maka terhasillah jantung masak kunyit ni. Resepi macam masak kunyit biasa je, tapi saya rebus dulu jantung tu.

Bahan2:
Jantung lembu sebelah
3 biji cili padi (diketuk)
1 biji bawang besar (dihiris bulat)
2 ulas bawang putih (dihiris)
½ inci halia (dihiris)
½ sudu kunyit serbuk
1 sudu makan sos tiram
Sedikit garam

Cara2:
Jantung lembu direbus hingga nampak jantung sedikit kecut. Kemudian jantung dihiris nipis dan digaulkan dengan garam dan kunyit.
Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang putih, bawang besar, halia dan cili padi. Bila dah kekuningan masukkan sos tiram dan jantung tadi. Masukkan sedikit air jika nampak terlalu kering dan gaulkan hingga masak. 

2 comments:

Kak Rosaliza said...

Assalam norul, tadi akk ingatkan jantung pisang msk kunyit heheh, sbb ada jantung kat umah tak th nak msk apa hehe. emmm edapnya jantung, tu tapi susah nak dpt

~Norul Mas Hana ~ said...

wkmslm kak liza,
keh keh..patutnya saya letak jantung lembu kan..
mmg susah nak dpt ni.. =) jantung pisang celur mkn ngan sambal pon sedap tuu...