Tuesday, January 10, 2012

Serimuka

Salam bahagia semua..ini kes teringin punya pasal...nak beli macam tak best...so bila jumpa resepi, apalagi cuba buat..Alhamdulillah menjadi.. =) Terima kasih untuk tuan empunya resepi..Kak Shiela...


BAHAN BAHAN

Lapisan atas:
200 ml santan kotak (Ayam brand) (saya guna santan segar)
1 cwn. gula pasir
4 biji telur
2 cwn air
10 helai daun pandan
3/4 cwn tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung
secubit garam
sedikit pewarna hijau
sedikit kulit kayu manis dimesin bersama daun pandan (klu suka)

Lapisan bawah :
3 cawan beras pulut susu (direndam 1 jam)
200 ml santan kotak (Ayam brand) (saya guna santan segar)
1 cawan air
garam secukup rasa (lebih kurang 2 sudu kecil)

CARA CARA

Utk. bawah :

Toskan beras pulut. Masukkan ke dalam loyang dan ratakan. Satukan santan, air dan garam, kacau dan masukkan ke dalam pulut. Kukus selama lebih kurang 15-20 minit atau sehingga pulut masak. Kemudian, tekan dan mampatkan pulut tu.

Utk. atas:

Blend daun pandan bersama 2 cawan air dan kulit kayu manis (klu suka), perah ambil airnya. Satukan santan, gula, telur, garam, air daun pandan dan pewarna hijau kacau hingga sebati. Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung jagung kacau lagi hingga sebati dan tapiskan agar tidak berketul. Akhir sekali tuangkan adunan ini keatas adunan pulut tadi dan kukuslah selama 45 minit lagi atau sehingga masak.

Tunggu sehingga kuih sejuk baru potong bukan apa kalau masih panas kuih tak berapa comel bila dipotong.

* p/s : balut tutup pengukus dgn kain atau tuala supaya wap tak jatuh di atas permukaan kuih..

3 comments:

Kak Sam said...

Amboi, nak 5 ketul untuk minum petang ni boleh?

cik cek said...

Bestnya ada serimuka kat sini...sedapnya....:)

~Norul Mas Hana ~ said...

Kak Sam,
nak 5 ketul jeke?? hehe

Kak cek,
ni ngidam punya pasal...hehe..nasib jadi...