Sunday, January 8, 2012

Spaghetti Sos Tomato


Salam sejahtera dan bahagia semua.Hari ni nak cerita pasal favourite anak2. Spaghetti ni kalau buat memang cepat habis. Tapi buat versi tak berapa pedas,sedang2 je. Cara yang saya selalu buat ni ringkas tapi sedap mengikut bahan2 yang ada kat dapur je.

Bahan2:
250gm spaghetti (direbus dengan sedikit minyak zaitun hingga lembut dan toskan)
400gm daging kisar
1 biji bawang besar Holand (didadu)
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 batang lobak merah (dipotong dadu)
1 tin tomato puri
1 biji tomato didadu
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar lada hitam dikisar
1 sudu kecil serbuk oregano
1-2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya
1.       Panaskan minyak  dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga layu.
2.       Kemudian masukkan daging kisar dan lada hitam, masak hingga daging betul2 masak.
3.       Masukkan pula tomato dadu,tomato puri, cendawan butang.
4.       Bila mendidih masukkan sos tomato, sos cili, lobak merah dan serbuk oregano serta air.
5.       Perasakan dengan garam dan gula mengikut citarasa. Masak hingga mendidih dah kuah kelihatan agak pekat.
6.       Bolehlah dihidangkan dengan spaghetti yang telah direbus tadi.

2 comments:

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Mak aii...sedapnya..yang atas sedap yang bawah tu pudding pelangi tu pun sedap....

~Norul Mas Hana ~ said...

kak Paty,
cubalahh..hehe