Friday, June 3, 2011

Brownies Mudah

Salam bahagia semua. Kejap je masa berlalu dah masuk setengah tahun ni. Tak lama lagi dah nak puasa pula. Anak2 pon dah makin besar, kita pon usia makin bertambah. Semoga hari2 kita dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti berfaedah dan juga amalan2 untuk bekalan akhirat nanti, Insyaallah, saya mengingatkan diri sendiri sebenarnya. Okla, nak cerita pasal brownies pula. Baru2 ni saya ada buat brownies ni. Memang sangat mudah, tapi sangat sedap. Saya guna loyang agak besar, maka brownies ni jadi nipis sikit, saya lapiskan dan sapukan dengan cream cheese. Anak2 saya suka sungguh dengan brownies ni. Cuma bahan2 dia tu saya kurangkan sukatan serbuk koko jadi 4 sudu makan saja instead of 6 sudu dalam resepi tu dan saya tak letak walnut sebab anak saya tak suka ada kacang2 ni. Resepi saya dapat dari rumah Kak Hana. Saya rasa dah ramai pon yang dah cuba tapi saya nak letak juga resepi di sini untuk rujukan masa depan. Terima kasih pada tuan empunya resepi untuk resepi yang best ni. Psst...hari ni dan lusa bakal sibuk di rumah kenduri.. =)

BROWNIES MUDAH
sumber asal : 
wssary@myresipi.com
source : 
hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
6 sb serbuk koko
1/4 cawan mentega cair
1 cawan gula- hana buh 1/3cwn gula putih, 2/3cwn gula perang
1/2 sk vanilla
1/4 sk garam
1/3 cawan tepung gandum
2 butir telur
1 cawan kekacang - optional

Cara-cara
Panaskan oven suhu 160-170 darjah celcius.Taburkan sedikit tepung dalam loyang empatsegi berukuran 18cm - hana sapu loyang dengan butter (saya pon)
Masukkan mentega cair,koko,gula,vanilla,garam,tepung dan telur ke dalam mangkuk.
Gaul sebati. Masukkan kekacang jika mahu.
Masukkan adunan dalam loyang dan bakar lebih kurang 25-30min. Saya bakar pada 150 darjah celcius selama 10minit saja sebab brownies saya agak nipis dan oven saya terlebih panas.

7 comments:

izahdaut said...

memang sedap brownies ni. senang sangat kan. tapi putih2 tu menda? mcm cheese je..terliur betui dah ni..hehe

CT Delima said...

As'salam norul

memang sedap. kak ct ada buat brownies . tapi jenis lain lah. resipi suh letak kekacang gak, tapi anak2 pun tak gemar kak ct ganti choc. chip jer. memang sedap..tambah pulak dengan norul punya ni siap ada cream cheese lagi..perghhh sedapppp!

~Norul Mas Hana ~ said...

izah,
mmg sedap n senang nak buat..haah..tu cream cheese frosting letak buat layer2..saje je..hihi

Wkmslm kak CT,
oohh bagus idea kak CT tu..lain kali nak letak choc chip pulak laa..mmg sedap kak ct, rasa coklat cheese2 gitu..hhihi

alamanda said...

salam ukhwah,
mmg senang la brownies nih.
nnt nak try. tq for sharing.

~Norul Mas Hana ~ said...

alamanda,
salam ukhwah kembali...
try la... =)

Lieza said...

salam norul...mudah jer yer..nak buat..bebudak mesti suka nih...siap ada frostingnya lg...mengiurkan...

~Norul Mas Hana ~ said...

wkmslm kak lieza,
haah mmg senang nak buatnya..mmg anak2 saya suka..tambah lak ada frosting cream cheese..mmg laku la..hehe