Saturday, May 28, 2011

Fetucini Meat Ball


Untuk makan petang baru2 ni saya buat fetucini Meat Ball ni. Resepi asalnya saya dapat dari buku senangnya memasak Chef Hanieliza hadiah dari adik saya. Tapi seperti biasa lah, saya ada tambah2 sikit mengikut citarasa dan stok yang ada. Anak sulung saya suka sangat, dia kata ‘Memang best’. Bertambah-tambah makannya. Resepi ni sebenarnya Spaghetti Meat Ball, tapi saya tukar dengan Fetucini sebab itu yang ada di dapur. Fetucini ni sebenarnya spaghetti yang dicampur dengan telur. Resepi ni senang je nak buat, tapi sedap… Nak kongsi resepi seperti yang saya buat di bawah.

Bahan2:
500gm Fetucini
400gm daging kisar
1 biji bawang besar didadu
2 ulas bawang putih dicincang
2 biji tomato di potong dadu
1 batang lobak merah di potong dadu
1 biji lada benggala di potong
½ cawan tepung jagung
2 batang sosej dihiris
1 cawan isi ayam dipotong kecil
½ tin sliced button mushroom
1 sudu makan lada hitam kisar
1 sudu makan serbuk oregano
Garam secukup rasa
1 cawan sos tomato (boleh digantikan dgn tomato masak yang dikisar)
2 sudu makan minyak masak

Cara2:
Rebus fetucini hingga lembut. Toskan.
Gaulkan daging kisar dengan tepung jagung. Bulatkan seperti bebola kecil.
Panaskan minyak, tumiskan bawang hingga wangi. Masukkan isi ayam dan sosej yang dihiris, masak sebentar.
Kemudian masukkan tomato, cendawan, lobak merah, sos tomato, serbuk oregano, serbuk lada hitam dan garam. Masukkan  bebola daging dan masak hingga bebola daging masak dan mendidih. Sekiranya air kurang boleh tambah sedikit ketika ini. Kemudian masukkan sayur-sayuran dan masak hingga kuah agak pekat. Rasakan masinnya.Kacau rata dan biarkan sehingga pecah minyak.
Bolehlah dihidangkan dengan fetucini yang telah direbus tadi.

No comments: