Friday, December 2, 2011

Kuih Kaswi



Salam bahagia semua..Kuih kaswi ni antara kuih kegemaran saya juga, bila buat sendiri dapatlah makan banyak sikit. Tiba2 terasa nak makan kuih kaswi. Saya guna resepi dari Myresipi. Alhamdulillah menjadi... Tercapai hasrat...hihi...Terima kasih kepada tuan empunya resepi ni yer..

Bahan A
5 cawan air
3 keping gula kerek/roda (banyak dijual di pantai timur)
atau 3 s/b gula merah
3 sudu besar gula pasir
1 helai daun pandan
Masakkan semua dan sejukkan

Bahan B
2 cawan tepung gandum
½ cawan tepung kanji/ubi atau jagung
1 sudu kecil kapur kueh
Kelapa parut ( yang muda)
Sedikit garam

Cara:
1. Panaskan kukusan.
2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan.
3. Bancuh semua bahan dan tapiskan kan dalam loyang.
4. Masakkan sehingga masak.
5. Tunggu sehingga sejuk baru bolih potong.
6. Gaulkan garam dan kelapa.
7. Lumurkan kueh yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.

Sumber: Myresipi

4 comments:

cik cek said...

Kuih fav husband kak cek ni...:)

~Norul Mas Hana ~ said...

kak cek,
yeke? wahh kalau kak cek buat ni mesti bertambah2 sayangnya...hihi =)

Diana @ Melley Mey said...

Alahai!! sedapnya tgk kuih nie.. lamanya dah x makan...sedap kuih nie.. suka sgt makan..

~Norul Mas Hana ~ said...

Diana,
mmg sedap..saya pon dah lama tak makan, itu sebab yg buat jgk tu..kes teringin..hihi