Teringat masa kecik2 dulu, di kejiranan saya tu selalu ada ‘Kenduri kanak2’. Maksudnya jamuan makan untuk kanak-kanak sahaja. Mak2 cuma datang tolong sikit2 tuan rumah je. Biasanya kalau anak tuan rumah tu baru masuk ngaji Al-quran dari Muqaddam, dapat nombor bagus dalam periksa ke,sambutan hari lahir ke, pendek kata macam kenduri kesyukuran la juga cuma kecil-kecilan je dan untuk menjamu orang kecil-kecil je (kanak-kanak). Seronok betul zaman kanak2..huhu.. Dan yang paling tak lupanya, menu utama tu selalunya pulut kuning makan dengan kari telur. Memang sedap lah gandingan tu. Kena pula kuah kari tu pekat, memang marvelous. Dah lama teringin nak buat kari telur, baru2 ni buat la juga tapi makan dengan nasi putih je. Maybe lainkali nak buat versi makan ngan pulut kuning pula. Ni resepi yang saya guna untuk kali ni, macam masak kari biasa je.. =)
Bahan2
4-5 biji telur rebus
1biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih diris
1 inci halia dihiris
1 biji bawang merah dan 2 ulas bawang putih (dikisar)
Rempah 4 sekawan (agak2 je sukatan)
3 sudu makan rempah kari
1 cawan santan
1-2 cawan air
Sec ubit garam
1 biji lada merah (dibelah)
3 biji kentang dibelah empat
1 tangkai daun kari
Cara2
Panaskan minyak dalam periuk, kemudian tumiskan bahan2 yang dihiris bersama daun kari dan rempah empat sekawan sehingga kekuningan.
Kemudian masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air (dijadikan pes),bersama bawang yang dikisar, dan masak hingga pecah minyak.
Setelah itu masukkan air, kentang, telur dan masak hingga mendidih.
Kemudian masukkan pula santan dan lada merah juga garam. Masak hingga kuah kelihatan agak pekat. Bolehlah dihidangkan.
4 comments:
Betul tu. memang best gandingan pulut kuning + kari telur.
as-salam
sedanye kari telur..dah lama tak masak kari telur...
aa ye kenduri kanak2. hehe.. tak tau pun. dulu duk kampung yang memang xde banyak majlis tuk kanak2. yang ada majlis sukan tadika. haha..tapi lauk tu nampak sedapp
Kak Sam,
mmg matching btul kan..hihi
ady,
wkmslm. itulah,sesekali makan best jgk..
izah,
skrg ni dah tak ada dah..dulu2 je.. =)
Post a Comment