Monday, February 28, 2011

Lontong


Di Terengganu ni memang susah nak jumpa menu ni. Teringat masa saya bercuti-cuti Malaysia di Melaka tahun lepas, sarapan di sebuah kedai makan di pinggir bandar Melaka, saya dan husband memilih menu lontong. Memang sangat sedap dan mengenyangkan. Masa membelek majalah Rasa 2009 saya terjumpa dengan resepi lontong ni, maka dapat idea nak mencuba. Senang je rupanya nak membuat lontong ni. Dapat la makan dengan puas hati..hihi.. Di sini saya nak kongsi resepinya.

Bahan2:
3 bungkus nasi impit

Bahan Kuah Lontong
20gm suhun
100gm fucuk
150gm bawang merah*
50gm bawang putih*
80gm kunyit hidup*
50gm cili kering*
(bahan bertanda * dikisar)
3 keping tauhu (didadu)
200gm tempe (dihiris)
2 batang serai (dititik)
1 helai daun kunyit (disimpul)
100gm lobak merah (dihiris jejari)
100gm kubis bunga (dihiris kasar)
80gm udang kering
1 liter santan
gula dan garam secukup rasa

Cara2:
Goreng suhun,fucuk,tauhu dan tempe secara berasingan hingga garing dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak di dalam periuk, tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan udang kering dan kacau seketika.
Selepas itu masukkan santan, serai, daun kunyit,lobak merah,kubis bunga,suhun, fucuk, tauhu,tempe,garam dan gula secukup rasa. Kacau rata sehingga mendidih.
Bila cukup pekat bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama nasi impit tadi.

**jika suka pedas bolehlah ditambahkan cili kisar.

4 comments:

Nadz Nazharzan said...

Salam Norul..
Tq sudi singgah blog Naz..
Lontong ni menu wajib di hari raya kalau dlm
famili Naz. Cuma kita org masak tak de tumis- menumis
dan x goreng dulu bhn2 nya. Tp yg pasti mmg sedap kan
lontong ni. Naz suka mkn dgn sambal tumis..

Unknown said...

sedapnya lontong ni....lama tak mkn...nieza pandai mkn jer tapi tak pandai nk msk lagi...tak pernah cuba pun sebenarnya...hehe nanti bolehlah cuba ni..:)

~Norul Mas Hana ~ said...

wkmslm Naz,
Naz ni org selatan ke? biasa lontong ni galmer kat selatan kan..oohh yeke?style masak yg lain ek..boleh cuba jgk nnt.. mmg sedap la..haah, hubby saya makan ngan sambal jgk ni.. =)

Nieza,
try la buat..senang je..mesti puas ati. ;)

Nor said...

lama dah tak makan lontong ni..tgk sini terliur pulak..menu lengkap dan sihat nih!