Saturday, October 22, 2011

Puding Roti Berkaramel


Puding roti memang kegemaran seisi rumah…kali ni saya nak cuba versi lain plak, puding roti berkaramel. Saya terjumpa resepinya dari blog Kak Yatie. Sedap dan mudah disediakan…minta izin Kak Yatie saya copy dan paste resepi kat sini.. =)


Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
1 cawan air suam
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara
Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air panas, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - Yatie kukus 30minit je. (saya bakar dengan kaedah bain marie pada 170 darjah selama 40minit-1 jam).
Sejukkan dahulu barulah di potong dan hidangkan.

6 comments:

Sheery Dream Cakes said...

kat rumah nie pun sama.. puding roti mmg fav semua org.. tp yg nie belum perna lg buat nie.. kena buat juga ler nnt nie.. sedapnya..

~Norul Mas Hana ~ said...

Diana,
makan sejuk2 mmg besttt... =)

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum Norul..

Wahhh..cantik permukaan puding roti tu.. Warna karamel pun comel jer..Lama dah tak buat puding roti ni..

Gambar kat atas tu(gambar dapur), buat Naz terliur...bila nak dapat dapur cam tu agaknya...Suka tgk..

~Norul Mas Hana ~ said...

wkmslm naz,
gambar kat atas tu verangan je..hihi..best kalo dpt sebijik.. =)

Kakzakie Purvit said...

Biasa kakak buat puding roti tak ada ceramel. Tengok sini nampak sedapnya sebab ada ceramel dia.

~Norul Mas Hana ~ said...

Kak Zakie,
saya pon first time cuba yg ada karamel...try laa.. =)