Monday, October 24, 2011

Puding Jagung


Sebenarnya saya sangat suka makan puding jagung, dari kecil lagi. Arwah mak saya pon selalu buat. Kalau masa hari raya tu, mesti ada untuk pencuci mulut. Bila dah lama tak buat, saya pon dah tak ingat sukatan maka kenalah cari juga kat blog kekawan kat sini. Pernah buat guna resepi dari myresipi tapi macam lembik pulak, kali ni saya tambah kan sukatan tepung jagungnya dan alhamdulillah menjadi.
Resepinya seperti di bawah:

PUDING JAGUNG
Resepi: 
F&N@myresipi.com

Bahan-bahan ( sefamily )

* 1 cawan tepung kastad (saya letak 1 1/2 cawan)
* 1 cawan jagung manis ( saya letak 1 tin )
* 3/4 cawan gula
* 3 cawan air
* 1 1/2 cawan susu cair

Cara-cara
1. Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
2. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
3. Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan. 


5 comments:

cik cek said...

Puding yang ringkas tapi sedapppp...kan ..kan :D

Cheq Sue said...

hai norul...sedapnya puding jagung tu...dah lama jugak x buat

Naz / Nadz COSK said...

Ermm..lama dah tak buat puding jagung.. Sedap nampak. Naz suka yg sejuk dlm peti ais..nyumm..

Anna Qawina said...

sedap ni tp ank2 kuranglak, nak cuba buatlagi mana tau selera depa ni berubah2 kan.nak je layan tekak sdri..hehe

~Norul Mas Hana ~ said...

Kak Cek,
mmg btul..kejap je membuatnya...

Cheq Sue,
mmg sedap...hihi..makan sejuk2..yummy!!

Naz,
btul3x...keluar peti ais, sejuk masuk tekak...mmg asikkk..

Anna,
anak2 saya lak suka sgt puding ni, lg2 yg sulung...nak makan buat la skit..hehe..tekak sendiri kena layan jgk kdg2 tu.. =)