Wednesday, October 26, 2011

Bahulu Strawberi Chocolate Chips



Salam bahagia semua....hari ni nak report masakan yang sedap ni yang saya dapat dari blog kak Dayang. Asalnya nama Bahulu Pandan Choc Rice, tapi saya tukar strawberi sebab tak ada pandan paste. Aci lah kan.. Sedap dan gebu je kejadian kuih ni, macam kek pon ada. Anak2 suka betul, sekejap je licin. Nak kongsi resepi kat sini jugak, terima kasih kak Dayang... =)


Bahulu Pandan Chocolate Rice

bahan-bahan :
100 gm tepung gandum
4 biji telur A
90 g gula kastor
50 ml minyak jagung 
1 sk ovalette
2 sb susu segar
1 sk pandan emulco / pes pandan (saya tukar guna strawberi emulco)
2 sb chocolate rice (boleh tambah jika suka)

cara-cara :
Panaskan oven pd suhu 180C. Sediakan loyang yg bersesuaian atau muffin/paper cup. Sapukan mentega dan taburkan dgn sedikit tepung. (Jangan lupa alaskan dgn baking paper jika menggunakan loyang).
Sediakan mangkuk adunan. Satukan telur, gula dan ovalette. Putarkan hingga pucat dan kembang. 
Kemudian masukkan tepung, susu dan pandan emulco/pes pandan. Putar lagi hingga sebati.
Masukkan minyak jagung dan kacau sebati (kaup balik) dgn menggunakan rubber spatula.
Akhir sekali, masukkan coklat urai. Kacau perlahan2 sehingga rata. Tak perlu dikacau terlalu lama.
Bakarlah selama 25-30 minit atau sehingga kek  masak (DJ guna suhu 180C pd 20 minit pertama dan kemudian diturunkan kpd 160C utk 10 minit terakhir). Suhu bergantung pd jenis oven masing-masing.
Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu. Hiaskan dgn topping kesukaan jika suka. (tak sempat nak menopping, anak2 dah nak makan sangat)

Sumber: Kak Dayang

4 comments:

Naz / Nadz COSK said...

Ermmm.. bagus jugak ek tukar jadi bahulu strawberry.. Kreatif..

~Norul Mas Hana ~ said...

naz,
tukar sebab tak ada pandan emulco..guna apa yg ada je la..hihi

CT Delima said...

As'salam Norul

sekali pandai macam kek span, dua kali pandang..bak ler 2-3 ketul kek cawan tu..hehehe. tengok dah tahu akan kelembutannya. kena cuba ni, anak2 k.ct memang suka akan tak rugi mencuba betul tak :)

Thanks Norul :)

~Norul Mas Hana ~ said...

wkmslm kak ct...
dah lama abis la kak..hehe..nanti saya buat lg yer..hehe..mmg lembut gebu ni, try la.. =)