Salam Sabtu yang damai..hari ni matahari sangat terang di Terengganu ni.. Alhamdulillah..
Kali ni nak cerita pasal hobi yang lain saya iaitu membaca. Sekarang saya addicted to books written by Ustaz Hasrizal ni, juga penulis blog Saiful Islam. Sekarang saya sudah miliki 2 buah buku seperti di dalam gambar di atas. Murabbi Cinta sudah tamat, sekarang untuk menghabiskan beberapa chapter lagi dalam iSecangkir Teh Pengubat Letih. Isi kedua-dua buah buku ini langsung tidak menjemukan bahkan rasa tak sabar nak baca sampai habis.
Ini pula buku yang dah beli tapi masih belum mula membacanya...tengah tunggu turn..hihi..
Teringat masa bekerja di Kuala Lumpur dulu2..masa dalam LRT pergi dan balik kerja mesti saya habiskan dengan membaca buku2 yang saya beli, biasanya di kedai buku second hand di Amcorp Mall. Saya fikir masa di ambil dari stesen Universiti ke Ampang Park agak lama, daripada duduk dalam LRT hanya 'awak tengok saya,saya tengok awak' je dalam tu baik tengok buku..hehe...Masih tak dapat lupa, saya selalu terserempak dengan seorang perempuan (kakak) yang selalu menghabiskan masa dalam LRT dengan membaca tafsir Al-Quran..sangat baguskan...
Oh ya...selain buku2 motivasi, saya juga suka mengumpul buku masakan, cuma belum dapat nak mencuba semua resepi2 itu..Nanti saya cerita lagi... =)
3 comments:
salam hana... tq kongsi psl buku2 ni... macam berkenan kat secangkir teh pengubat letih tu. ada follow gak blog saiful islam, gaya penulisan dia mmg best. x jemu baca & mesejnya mendlm ;)
wkmslm..buku secangkir teh pengubat letih tu mcm travelog penulis semasa ke Turki..macam baca buku cerita jgk..mmg menarik.. =) anyway thanks sudi singgah..
Great posst thanks
Post a Comment