Tuesday, March 29, 2011

Custard Teacake




Salam bahagia semua…wah..dah lama saya tak hantar laporan masakan kat sini. Internet bermasalah sikit la..tapi sempat juga terjangkit virus Custard Teacake ni..agaknya saya lah orang terakhir buat cake ni, tapi tak kisah lah kan..saya tak boleh nak tengok ada custard2 ni..tambahan pula, semua bahan2 memang ada dalam stok. Terus je la buat  dan laku jugak la kat ‘kedai makan’ saya ni. Anak sulung saya kata ‘eh, kek ni ada inti la..’ tak pernah umminyer buat cake ada inti. Sebenarnya saya buat custard teacake ni dah dua hari lepas.Baru sekarang sempat nak post kat blog. Mula2 dulu ternampak custard teacake CMG kat dapur tanpa sempadan nun di Sedenak,masa tu dah berkenan dan salin resepi siap2 dah. Pastu dua hari lepas tu pulak, makin ramai ada menu ni..wahh makin membara semangat nak membuat tu..hehe..dan sekarang dah rasa dah…memang sedap, diapproved oleh Tuan Besar di rumah ni.. =) Nak share kat sini jugak resepi nya, saya copy dari rumah CMG..minta izin yer..terima kasih juga kepada tuan asal resepi ni…

BAHAN KEK :-)
125 gram mentega
1/3 cawan gula halus @ gula kastor
1 biji telur gred A
3/4 cawan teping naik sendiri (self raising flour)
1/2 cawan tepung kastard
1/2 camca teh esen vanilla

BAHAN KASTARD :-)
1 camca besar tepung kastard
1 camca besar gula kastor
2/3 cawan susu segar (mat guna 70% susu sejat IDEAL + 30% air)
15 gram mentega (kurang lebih 1 camca teh)
2 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.
  2. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat saiz 7 inci (mat guna acuan kaca macam dalam gambar). Ketepikan.
  3. Putar mentega dengan gula halus hingga berkrim, masuk telur dan putar hingga kembang. Tambah esen vanilla. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung naik sediri + tepung kastard sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.
  4. Masukkan 1/2 adunan ke dalam bekas yang telah disediakan, ratakan dan buat sedikit lubang ditengah2nya. Tuang kastard, ratakan dan tutup dengan baki adunan, ratakan dan bakar selama 30 minit atau hingga masak.
  5. Sejukkan sebelum dihidangkan. Jika suka boleh ayak gula aising atas permukaan kek sebagai penyeri...Selamat mencuba!!!
Sumber: CMG

9 comments:

Kak Rosaliza said...

assalam norul ank2 akk suka tang inti je, bhgian lain kurang sikit, tp akk suka, sedap je kan

~Norul Mas Hana ~ said...

Wkmslm kak lieza,
haah la..anak saya pon suka inti tu..kek dia soft je..bestt!!!

Nieza said...

Assalam Norul..apa khabar?lama tak singgah sini...btw sedapkan kek ni..nieza pun dh buat..:)

~Norul Mas Hana ~ said...

wkmslm nieza,
khabar baik..alhamdulillah..
haah..mmg sedap la kek ni.. ramai dah buat kan..virus tu terkena kat saya jgk..hihi

Ezadlieza said...

salam norul...wah dah custard teacake dah ada kat sini...ni yg buat akak lg teruja ni...rata2 sume dah try...norul punya siap alas daun pisang lg tu..

Kak Sam said...

Assalamualaikum...
Haihh dah kena jangkitan jugak rupanya. Hehehe tak sabonya nak merasa kek ni.

Bee said...

Norul, terkena gak jangkitan ya...hehehe:)

umi said...

wah jangkitan sedang merebak ni..tahniah dah buat kek ni,anak2 mesti suka! umi tak tau bila nak buat kek ni, simpan resepi dah lama dah. tunggu time lapang sikit la kot hehe..

~Norul Mas Hana ~ said...

Kak Lieza,
Kak lieza bila lagi nak terjangkit ni..hihi..

Kak Sam,
wkmslm...ha..apa lagi, try la buat, kalo nak rasa..hihi

Bee,
haah la..terkena jangkitan jgk saya ni..buat jgk akhirnya..

umi,
anak2 mmg suka..umi buat la nanti, bila datang seru dan ada masa.. =)