Sebenarnya dah lama saya mengidam nak buat donut, banyak versi dah saya simpan tapi resepi kali ni baru saya dapat mencuba dengan jayanya, Alhamdulillah. Mungkin resepi2 lain pon akan saya cuba juga lain kali. Donut ni saya tengok masa Mas post kat dapur dia hari tu, dah lama juga sebenarnya. Saya sempat copy resepinya nak mencuba. Bila tengok bahan2nya memang ada kat dapur, saya pon start enjin la. Menjadi, tak sangka, hehe..Anak2 saya suka sangat, tak sabar2 nak suruh saya goreng cepat. Bila makan tu berketul2. Saya buat separuh goreng untuk dimakan segera, separuh pula saya frozenkan. Tapinya lepas tu tak cukup rupanya, terpaksa masak juga yang difrozenkan tu.Tak apalah kan, janji anak2 suka dan makan banyak terutama si kakak yang agak choosy sikit makannya tu. Terima kasih kepada tuan empunya resepi serta Mas dan izinkan saya kongsikan di sini juga.
Donut Pesona
Resepi asal : Donut@myresepi.com
Sumber : Dari Dapur CT - Kak CT
Bahan ( 20 biji sederhana saiz ) :
· 3 cawan tepung gandum - diayak
· 2 sudu besar gula halus
· 11 gram yis kering - 1 paket
· 2 sudu besar air
· 3/4 cawan susu cair - saya letak susu segar
· 1 biji telur
· 3 sudu besar marjerin @ mentega -Saya letak butter
· 1/2 sudu kecil garam
· 1 titik esen vanila - jika suka
· 1 titik esen ros - jika suka -saya tak letak
· 1 1/4 sudu teh pelembut bio bostan -Saya letak bread improver
Cara membuat donut :
1. Larutkan yis ke dalam air suam dan apabila telah rata (pekat), pindahkan ke dalam susu dan ratakan. Biarkan 2 minit.
2. Pindahkan larutan susu-yis ke dalam mangkuk dan masukkan gula, telur, margarin, garam dan PELEMBUT BIO DONUT. Campur sehingga sebati dengan memukul atau gunakan mixer letrik. Masukkan separuh tepung dan gaulkan sekurang-kurangnya tiga puluh saat. Tambah lagi tepung baki dan uli sehingga rata (10 minit). Taburkan sedikit tepung jika perlu untuk memudahkan ulian
3. Tutup mangkuk dan biarkan selama lebih kurang 30 minit (atau apabila ulian doh sudah berganda)
4. Uli doh sekali lagi sehingga ulian menjadi pejal (4 atau 5 minit).
5. Terap doh menjadi lapisan kurang sedikit dari setengah inci. Tabur sedikit tepung untuk memudahkan pengendalian doh.Gunakan pencetak doh atau ciptaan sendiri untuk menebuk doh tadi.
6. Sapu hanya sedikit minyak pada bekas untuk mengelakkan doh melekat. Perap selama 25 minit atau apabila doh sudah naik secukupnya.
7. Goreng pada api yang sederhana dan balikkannya dengan kerap. Goreng sehingga kuning keemasan. Sekiranya hendak dibekukan, memadai kuning pucat sahaja.
7 comments:
Salam dari kak cek...pekabo Norul...sihat sejahtera selalu...
Dengo nama je dah terpesona...bila makan terus jadi mempersona...:)
Nampak memang gebu..anak2 mmg gemarkan donut kan.. :)
Wkmslm kak cek,
saya sihat alhamdulillah, cuma lama tak mengonline..hihi..
mmg terpesona kak cek..kenyang..hihi
Hasue,
mmg anak2 sukakan donut..tu belum letak topping ngan coklat bagai lg..hihi
cantik.. gebu gebas donat nurul..
rajin.. rajin.. :)
Maklong,
kena rajin skit nak mkn byk..hihi..
rata2 dah yang buat donut ni.akak belum cuba lagi..teringin jugak rasanya nak mencuba..akak ambik resepinya dulu lah ya..
kak anim..sila2..hihi
Post a Comment