Tuesday, February 8, 2011

Apam Mentega

Semalam masa blogwalking nampak apam mentega ni kat rumah Kak Sofea di Penang tu. Tengok bahan2 pon semua ada, maka dah bercita2 nak buat petang tu. Mula tu macam jadi tak jadi je nak buat..haha.. Tapi akhirnya berjaya jugak menangkis segala virus M yang ada, maka terjadilah apam mentega ini. Anak2 suka sebab lembut dan gebu je apam ni. Minta izin copy paste resepi dari Kak Sofea, terima kasih kerana berkongsi resepi yang mudah dan sedap ni =) Gambar saya tak sempat nak keluarkan lagi, masih panas...kalau dah keluarkan tak sempat nak snap plak.. =)

APAM MENTEGA

Resepi: Sofea@after6am

 

Bahan-bahan ( +-50 biji )

  • (A) Bahan2 utk gula hangus:-
  • 11/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 250 gm mentega
  • (B)
  • 1 cawan gula castor 
  • 4 biji telur
  • 3 cawan tepung gandum ayak besama
  • 2 sudu teh soda bikarbonate
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara

  1. cara buat gula hangus: masukkan gula dlm periuk,masak dgn api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
  2. padamkan api dan masukkan air.nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega,kacau rata dan ketepikan.
  3. Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yg masih panas tadi.
  4. kemudian masukkan susu selang selikan dgn tepung.gaul semua hingga sebati.
  5. perap selama 1/2 jam.
  6. panaskan pengukus dan acuan lompang.tuangkan adunan ke dlm acuan.adunan ni jika dituang penuh kedlm acuan pun x mengapa sbb semasa masak dia x akan melimpah.
  7. Jika guna acuan lompang kukus selama lebih kurang 15 min - 20 min.tutup pengukus dgn kain supaya wap tidak jatuh ke bawah.
  8. selamat mencuba.......
Sumber: After6am

13 comments:

izahdaut said...

nk try jugk apm ni...bila la ek..eh klu butter tu tak suhu bilik lagi pun boleh je kan masuk dlm air gula yang panas tu kot? boleh ke? hehe

~Norul Mas Hana ~ said...

try la kak.. saya letak butter yg seketul je..kan gula tu panas..kacau2..nnt dia cairla..hehe..boleh kak izah..hihi

K.Nor said...

salam norul. mmg sedap apam ni, k.nor dah biasa buat masa k.sofea tu post resipi kat myr.. lembut jer kan

~Norul Mas Hana ~ said...

wkmslm k.nor..
mmg lembut sangat.. masa jenguk myr tak perasan lak apam ni..hihi =)

Azlita Aziz said...

salam Norul...
comelnyer apam tu... ya allah geram akak tengok macam nak picit2...

~Norul Mas Hana ~ said...

wkmslm kak ita,
itu la kak, saya tengok pon terkejut..gebuss..hihi

fara dean said...

salam..
x penah dgr lg apm mntega..bole cuba..

cikmanggis said...

nak cuba try test gak la apam ni.Nampak mengiurkan hehe

Adiweyah said...

salam ziarah..comelnye apam ni..nanti leh cuba..

Unknown said...

assalam norul...sedapnya nengok apam ni gebus jer...bila lak nk rajin mengapam ni yer...hehe

~Norul Mas Hana ~ said...

Fara dean n kak CM,
try la buat...senang je..sedap lak tu..

Adiwieyah,
thanks sudi singgah..try la buat apam ni..

Nieza,
nanti sampai seru mengapam..asik nak mengapam aje..hehe

Sofea said...

salam Norul...t.kasih krn dh cuba resepi apam mentega akak tu..mmg lembut dan sedap kan..!Tq2 ;)

~Norul Mas Hana ~ said...

wkmslm kak sofea,
terima kasih kongsi resepi best.. =)