Tuesday, February 22, 2011

Laksa Lemak


Laksa lemak atau laksa kuah putih ni glamer ni Terengganu. Kuahnya sama je dengan kuah laksam. Kalau dulu sebelum kahwin hanya terdedah pada laksa penang je. Bila dah berada di Terengganu ni, laksa kuah putih la yang glamer dan selalu dapat. Pak sedara husband lak pembekal laksa, maka bertambah senang la nak dapat laksa free. hehe...cuma kena rajinlah sikit nak membuat kuahnya. Sebenarnya sangat mudah nak membuat kuah laksa putih ni, yang penting sedap. Ni resepi yang saya selalu guna nak share kat sini. Rasanya resepi semuanya lebih kurang sama je, bahan2 pon tak banyak.Ni saya buat untuk minum petang dan lebihnya buat sarapan untuk esok harinya.

Bahan2:
5 ekor ikan selayang
2 cawan santan
3 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
(bahan bertanda * dikisar)
1 sudu besar lada hitam kisar
2 keping asam gelugur
Sedikit garam dan gula

Cara2:
Rebus ikan dengan asam gelugor dan sedikit garam hingga ikan masak.
Setelah masak perisikan isi ikan dan airnya jangan dibuang. Kisar isi ikan dan masukkan ke dalam periuk yang telah diisikan dengan santan serta air rebusan tadi. Kemudian kisar tulang2 ikan tadi dan tapis diambil airnya dan masukkan ke dalam periuk tadi. Masukkan juga bahan2 yang dikisar, lada hitam,garam,gula,secawan air dan asam keping di dalam santan tadi. Masak sehingga mendidih dan rasakan masin dan manisnya.
Boleh lah dimakan bersama laksa dan ulam2 pilihan.

**biasanya saya menggunakan timun,kacang panjang, daun selom, daun kesum, bunga kantan,kubis yang dihiris halus sebagai ulam dan dimakan bersama sambal dan sedikit belacan serta perahan limau kasturi.

3 comments:

anymz said...

terima kaseh norul,akak mmg suka sgt laksa lemak ni..selalu berkira2 nak buat tapi tak buat2 jugak,bila dah keluar n3 ni hari ni dah teringat balik..masuk list lah menu ni..hehe

Sheila Shafea said...

Salam sdp tu laksa lemak ..lama x membuatnya...dlm rmh ni ramai yg gemar ,maklum le tekak org pantai timur...nak rasa semangkuk yeee

Nieza said...

wah nampak sedap ni..tak pernah msk lagi tapi pernah mkn...nanti boleh cuba ni.